Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

May 19, 2022 by No Comments

Sebagai usahawan, adakah anda tahu tentang perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai. Adakah anda tahu bahawa terdapat juga perbelanjaan yang tidak dibenarkan dalam cukai?

Mari Cik Min kongsikan tentang perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai agar dapat membantu usahawan semua dalam menguruskan perakauanan perniagaan tuan puan.

Kategori Belanja | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Untuk mengetahui perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai, usahawan perlu mengetahui kategori belanja yang dibuat dalam sesebuah syarikat terlebih dahulu untuk memastikan perbelanjaan tersebut dibenarkan atau tidak. Terdapat 2 kategori perbelanjaan, iaitu:

  1. Belanja Dibenarkan
  2. Belanja Tidak Dibenarkan

Apa Itu Belanja Dibenarkan? | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Belanja yang dibenarkan adalah belanja yang dibenarkan ditolak dari pendapatan perniagaan. Belanja ini akan mengurangkan atau merendahkan keuntungan perniagaan.

Tapi Cik Min, apa contoh belanja dibenarkan?

Jangan risau tuan puan, sini Cik Min terangkan. Contoh belanja dibenarkan terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Belanja operasi/pentadbiran (contoh: sewa pejabat, gaji pekerja, utiliti, bil telefon, penyelenggaran kenderaan atau pejabat dan lain-lain) 
  2. Belanja pemasaran (seperti banner, sepanduk, risalah dan lain-lain)
  3. Belanja

Tonton video di bawah untuk penerangan lanjut mengenai belanja yang dibenarkan.

Apa Itu Belanja Tidak Dibenarkan? | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Belanja tidak dibenarkan adalah belanja yang tidak dibenarkan ditolak dari pendapatan perniagaan. Ianya akan dicampur balik kepada untung/rugi di dalam penyata untung rugi. Ini akan menjadikan untung bertambah atau rugi menjadi kurang atau silap silap jadi untung. Jika perniagaan untung, kebiasaannya akan dikenakan cukai.

Senarai di bawah merupakan contoh belanja tidak dibenarkan:

  • Susut nilai
  • Belanja peribadi seperti aksesori kereta persendirian, belanja domestik dan lain-lain
  • Belanja potensi pelanggan
  • Insuran pengarah syarikat
  • Yuran guaman, yuran agen cukai, yuran setiausaha syarikat
  • Derma dan sumbangan kecuali tempat yang diluluskan oleh LHDN
  • Denda lewat bayar seperti EPF, SOCSO dan cukai
  • Saman trafik
  • Hutang lapuk
  • Untung atau rugi dari pelupusan harta
  • Faedah dari pinjaman sewa beli kereta
  • Belanja perjalanan (50% tidak dibenarkan)
  • Belanja keraian (50% tidak dibenarkan)

Belanja Tidak Dibenarkan: Implikasi kepada Cukai Syarikat

Implikasi belanja tidak dibenarkan ini akan menyebabkan keuntungan syarikat bertambah yang akan menyebabkan cukai menjadi tinggi.

Belanja tidak dibenarkan ini juga boleh menyebabkan syarikat yang mengalami kerugian pun mungkin akan dikenakan cukai.

Kesan Salah Rekod Duit Masuk | Terma yang Digunakan

Situasi ini berlaku kepada salah seorang usahawan di mana disebabkan tidak menyimpan dokumen sokongan duit masuk, pinjaman yang masuk ke bank syarikat direkod sebagai duit jualan di dalam Penyata Untung & Rugi oleh akauntan mereka. 

Ini telah menyebabkan keuntungan syarikat meningkat. Bila untung meningkat, maka cukai juga akan tinggi. Duit masuk tersebut sepatutnya direkod di bawah liabiliti sebagai Pinjaman.

Kesan Salah Rekod Duit Keluar | Terma yang Digunakan

Situasi 1

Kebiasaan usahawan menggunakan terma perjalanan (travelling) untuk belanja petrol atau tuntutan “mileage” di dalam rekod duit keluar mereka.

Terma perjalanan bukanlah salah tetapi adalah lebih tepat menggunakan terma petrol atau tuntutan “mileage” kerana terma perjalanan mempunyai impak cukai.

Impak cukai yang dimaksudkan adalah di mana hanya 50% dari amaun perjalanan yang dibelanjakan dibenarkan ditolak dari pendapatan mengikut undang-undang cukai LHDN.

Situasi 2

Kebiasaan usahawan menggunakan terma “Entertainment” untuk belanja pelanggan di dalam rekod duit keluar mereka.

Terma “Entertainment” bukanlah salah tetapi seperti juga terma perjalanan ianya mempunyai impak cukai di mana hanya 50% belanja “Entertainment” dibenarkan ditolak dari pendapatan.

Adalah lebih tepat usahawan gunakan terma “refreshment” kerana kebiasaan kita melayan pelanggan dengan membawa mereka makan-makan.

Rekod | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Terdapat tiga jenis rekod iaitu:

  1. Buku Tunai
  2. Buku Bank
  3. Buku Panjar Runcit (Pettycash Book)

Cik Min boleh terangkan tak? Boleh, sini Cik Min berikan definisi ringkas setiap jenis rekod tersebut.

Apa Itu Buku Tunai (BT) Dan Objektifnya

  • Buku yang diguna untuk merekod transaksi duit tunai masuk dan keluar.
  • Objektif Buku Tunai adalah untuk mengawal aktiviti duit masuk, keluar dan baki. 

Apa Itu Buku Bank Dan Objektifnya

  • Buku Bank adalah buku yang digunakan untuk merekodkan transaksi duit masuk dan keluar dari bank akaun sesebuah organisasi.
  • Objektif Buku Bank juga sama dengan objektif BT iaitu mengawal aktiviti duit, masuk dan baki duit dalam bank.

Apa Itu Buku Panjar Runcit (Petty Cash Book) Dan Proses Reimbursement

  • Buku Panjar Runcit (Petty Cash Book) adalah buku yang digunakan untuk merekodkan transaksi duit masuk, keluar dengan jumlah yang kecil dan baki duit dalam peti yang diletakkan duit dan resit-resit.

Salah Faham Tentang Petty Cash (PC)

Usahawan selalu menganggap Petty Cash adalah duit tunai yang dikeluarkan dari bank atau duit jualan tunai mereka. Lagi parah, ada yang salah faham dengan menganggap Petty Cash ialah duit peti.

Petty Cash ini sebenarnya adalah duit yang dikeluarkan dari bank dengan amaun yang kecil dan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan pejabat. Prosedur biasa bagi PC adalah apabila baki Petty Cash tinggal 50% dari jumlah permulaan, “reimburse” perlu dibuat.

Fail | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Perbelanjaan yang dibenarkan dalam cukai

Setiap usahawan mesti mempunyai fail untuk memudahkan urusan. Tapi sebagai usahawan juga tuan puan perlu ada 3 jenis fail ini untuk perniagaan anda. Jom Cik Min kongsikan!

Terdapat 3 jenis fail, iaitu:

  1. Fail Duit Masuk
  2. Fail Duit Keluar
  3. Lain-Lain Fail

Cik Min akan bagi penerangan untuk 3 jenis fail tersebut di bawah.

Fail Duit Masuk

  • Invois Pelanggan (Penghutang)
  • Perjanjian dengan pelabur atau institusi kewangan atau bank atau orang perseorangan yang memberi pinjam wang)
  • Penyata Bank (sama dengan duit keluar)

Fail Duit Keluar

  • Baucer Bayaran
  • Invois Pembekal (Pemuitang)
  • Penyata Bank (sama dengan duit masuk)

Lain-Lain Fail

  • Borang SSM
  • Laporan kewangan atau lain-lain
  • Profil syarikat dan pengarah

Penyata Kewangan | Perbelanjaan yang Dibenarkan dalam Cukai

Apa itu Penyata Kewangan?

  • Penyata Kewangan (atau Laporan Kewangan) ialah rekod formal aktiviti kewangan entiti sama ada yang berasaskan keuntungan (seperti Enterprise, Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) , Syarikat Sdn Bhd dan Syarikat Berhad) atau tidak berasaskan keuntungan (seperti Pertubuhan, Persatuan dan Yayasan).
  • Penyata kewangan melaporkan keadaan kewangan jangka pendek atau jangka panjang bagi kedua-dua entiti di atas. 
  • Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min tentang perbelanjaan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam cukai. Cik Min harap dengan adanya maklumat tambahan tentang fail, reokd dan penyata kewangan dapat membantu usahawan memahami serba sedikit mengenai perakaunan syarikat. Jumpa lagi di posting yang akan datang!

Maklumat Lanjut

Perlukan bimbingan lanjut mengenai pengurusan kewangan syarikat? AR Success merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menguruskan akaun kewangan syarikat usahawan atau peniaga. Hubungi 019-626 3206 (Puan Rozita) untuk penjelasan yang lebih lanjut.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk artikel lain, boleh klik LunaStory.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.