Panduan Cara Membuka Kiosk

December 21, 2022 by No Comments

Di Malaysia, sektor industri makanan semakin berkembang seperti kedai makan, kafe, kiosk dan lain-lain. Terdapat yang berniaga secara sepenuh masa atau hanya separuh masa. Kiosk juga merupakan antara bisnes makanan yang semakin bertambah banyak. Hari ini Cik Min nak kongsikan kepada bakal usahawan tentang panduan cara membuka kiosk di Malaysia.

Terdapat beberapa jenis kiosk yang menyediakan makanan berat seperti dim sum, burger dan kebab, atau beraneka makanan ringan dan pastri. Kebiasaannya, kiosk jenis ini banyak dibuka di pusat beli-belah, tempat hiburan besar atau tempat-tempat strategik yang ramai pengunjung.

Apa itu Kiosk?

Kiosk merujuk kepada gerai kecil, sementara, berdiri sendiri yang sering digunakan di kawasan trafik yang tinggi untuk tujuan pemasaran. Adakah anda tahu bahawa kiosk boleh dikendalikan oleh manusia (satu / dua individu) atau elektronik?

Selain itu, kiosk boleh terdiri daripada pelbagai jenis seperti :
• Kiosk runcit (mainan sehinggalah produk kecantikan & kesihatan),
• Kiosk makanan,
• Kiosk penjagaan makanan,
• Produk perkhidmatan (kad kredit atau insurans).

Kiosk merupakan alternatif kos rendah untuk memasarkan produk atau perkhidmatan perniagaan anda.

5 Perkara Wajib Ada Sebelum Membuka Kiosk | Panduan Cara Membuka Kiosk

1. Modal

Panduan Cara Membuka Kiosk

Kekurangan modal adalah masalah yang sering berlaku kepada usahawan yang berminat memulakan perniagaan. Modal yang besar belum tentu membawa maksud kepada pulangan yang lumayan.

Untuk menjual produk makanan khususnya sejuk beku, persediaan modal adalah amat penting. Sebagai contoh, persediaan peti sejuk beku, alat pengukus dan stok jualan.

2. Lokasi | Panduan Cara Membuka Kiosk

Panduan Cara Membuka Kiosk

Lokasi perniagaan usahawan adalah sama seperti menu, kerana ia akan menentukan kejayaannya. Lokasi yang strategik boleh meningkatkan prestasi jangka panjang syarikat dengan ketara.

Sebagai contoh, tuan puan boleh mengkaji lokasi syarikat sedia ada yang strategik seperti pusat beli-belah runcit, medan selera, pusat hiburan, daerah pejabat, hospital, kilang atau kampus.

Trafik yang tinggi, kemudahan akses, keboleh terlihatan dan sasaran pasaran perniagaan usahawan serta para pesaing, semuanya boleh mempengaruhi lokasi kiosk anda.

3. Permintaan pasaran

Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan membayar oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran.

Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran. Usahawan perlulah memastikan produk yang ingin dijual mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran.

4. Konsep | Panduan Cara Membuka Kiosk

Panduan Cara Membuka Kiosk

Setelah memutuskan perniagaan apa yang ingin dibuka, usahawan hendaklah memikirkan konsep kiosk. Konsep juga termasuklah senarai menu, pulangan modal, sumber modal serta pelan pemasaran.

Selain itu, usahawan juga boleh membuka francais jenama makanan dengan membuka perniagaan kiosk. Usahawan boleh lihat senarai kiosk yang terbuka untuk francais di sini.

5. Lesen perniagaan

Untuk menjalankan perniagaan yang sah di Malaysia, lesen perniagaan merupakan medium wajib yang ada kepada setiap usahawan untuk membuka kiosk atau apa-apa perniagaan sekalipun.

Untuk sektor industri pemakanan, setiap negeri mengenakan syarat serta prosedur yang berlainan untuk memohon pelesenan. Ini kerana, sektor makanan adalah amat berisiko tinggi untuk kesihatan orang awam dan boleh membawa penyakit.

Pematuhan dalam pengurusan sektor industri makanan adalah sangat penting bagi mendapatkan kelulusan pelesenan premis kedai makan, kiosk, kafe dan lain-lain lagi.

Ini bagi memastikan usahawan sentiasa mematuhi piawaian yang digariskan oleh pihak yang berkuasa seperti kebersihan premis dan kualiti makanan yang tinggi sekali gus dapat memastikan kesihatan pelanggan berada dalam keadaan terjamin.

Demikianlah serba sedikit perkongsian Cik Min tentang “Panduan Cara Membuka Kiosk” yang boleh usahawan ikuti sebagai persediaan sebelum memulakan perniagaan. Cik Min harap usahawan berjaya mencapai target jualan dan berkembang maju!

Untuk mendapatkan lebih banyak artikel menarik, tuan puan boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.