PA Baharu Dato Seri Vida (DSV)

March 3, 2022 by No Comments

Siapalah yang tak kenal dengan ratu Qu Puteh kita, Dato Seri Vida yang happy sokmo tu kan? Hari ini Cik Min nak kongsikan berita tentang PA baharu Dato Seri Vida (DSV) yang sangat handsome! DSV baru-baru ini telah memperkenalkan PA baharu beliau di laman sosial miliknya. Menurutnya, banyak permohonan yang masuk tetapi hanya satu sahaja yang membuat dirinya rasa tertarik. Haa nak tahu siapa?

Siapa PA Baharu Dato Vida?

PA Baharu Dato Vida
Sumber: Instagram Qusyairi

Dato Seri Vida (DSV) telah memilih “Abang Qu” sebagai PA beliau. Jom kita kenali siapa sebenarnya Abang Qu ini. Nama sebenar Abang Qu ialah, Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar atau Qush, 26 tahun yang berasal dari Selangor. Abang Qu ni bukan biasa-biasa tau, dia juga ada pernigaan sendiri walaupun ditawarkan gaji sebanyak RM 10,000 sebulan. Menarik kan kisah Abang Qu ni?

Sebab Jadi PA Baharu Dato Seri Vida

PA Baharu Dato Vida
Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Kita pun mestilah nak tahu kan apa sebab Abang Qu berminat sangat nak jadi PA baharu Dato Seri Vida ni. Jadi, setiap kali sebelum memohon sesuatu pekerjaan, kita mesti kena ada target atau objektif yang nak dicapai. Begitu juga dengan Abang Qu kita ini. Dia ingin mencari pengalaman dengan DSV dan belajar membina perniagaan sendiri. Maklumlah, DSV ini seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Qush juga berpendapat bahawa gaji bukanlah sebab utama dalam pencarian sesebuah pekerjaan, tetapi, pengalaman berharga dan persekitaran pekerjaan yang baik itulah yang Qush cari.

Kenapa Pilih Dato Seri Vida (DSV)

Qush merasakan bahawa dalam bidang perniagaan ini kita perlu meneroka dan mengambil pengalaman orang lain untuk berkembang dalam perniagaan yang diceburi. Jadi, DSV merupakan salah satu contoh yang terbaik. Selain itu, Qush juga tertarik dengan sikap DSV yang berfikiran terbuka untuk menerima pendapat orang muda dan melakukan amal kebajikan seperti memberikan bantuan kepada anak-anak tahfiz.

Pendapat Qush Sendiri

PA baharu Dato Vida
Sumber: Instagram Dato Seri Vida

Menjadi PA baharu Dato Seri Vida bukan sesuatu perkara yang mudah kerana beliau perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Bagi Qush, beliau rela mengorbankan masa muda untuk memperoleh peluang keemasan ini bersama DSV. Qush juga telah bertekad untuk bersikap profesional dalam kariernya dan tidak mencampur aduk antara urusan kerja dan peribadi. Namun begitu, akan ada juga cerita-cerita yang akan dilontarkan oleh netizen berkenaan dirinya dan DSV. Qush tidak menghiraukan semua itu, malah sentiasa mencuba untuk fokus terhadap karier dan masa hadapannya. Qush dalam laman sosialnya berharap, agar semua dapat mendoakan supaya segala urusan dalam kariernya dipermudahkan.

Setakat itu sahaja perkongsian Cik Min tentang PA baharu Dato Seri Vida. Kalau nak baca lebih banyak artikel menarik, boleh klik disini.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.