Lee Kwang Soo Episod Kelakar dan Menyentuh Hati
Artikel ini khusus untuk Lee Kwang Soo Episod Kelakar. Oleh kerana ini minggu terakhir Kwang Soo bersama Running Man dan selepas ini Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man buat selama-lamanya.
Running Man merupakan variety show yang ditayangkan oleh SBS dan disiarkan pada setiap hari Ahad di Korea Selatan.
Running Man mempunyai 8 orang ahli iaitu Yu Jae Seok, Jee Suk Jin, Kim Joong Kook, Song Ji Hyo, Haha, Lee Kwang Soo dan dua ahli baru Yang Se Chan dan Jeon So Min. Kelapan-lapan mereka merupakan selebriti Korea Selatan.
Pengurusan Lee Kwang Soo telah memaklumkan lebih awal tentang penarikan diri beliau dari rancangan ini. Namun kesedihannya benar-benar terasa pada episod terakhir beliau bersama. Artikel tentang Lee Kwang Soo tinggalkan Running Man ada sini.
Biarpun Kwang Soo mahu hari terakhirnya menjadi hari yang gembira untuk semua, namun ia tetap jadi hari air mata.
Dalam artikel ini, kita akan soroti semula Running Man Lee Kwang Soo Episod Kelakar dan Menyentuh Hati. 559 episod bukannya sedikit tapi kita cuba ya!
Running Man Lee Kwang Soo Kelakar dan Menyentuh Hati
Episod kelakar sebab Lee Kwang Soo memang seorang yang kelakar dan menghiburkan. Dengan ketinggian 191 cm dan digelar ‘giraffe’ oleh kawan-kawannya di Running Man, memek mukanya sering membuat penonton tertawa.
Bezanya sebagai penonton, kita tonton yang sudah diedit dengan punchline setiap ahli. Kru yang bersama sewaktu penggambaran juga setuju bahawa Lee Kwang Soo adalah seorang yang kelakar.
Lee Kwang Soo dan hujan – Episod 1
Sewaktu penggambaraan episod 1 Running Man di atas bumbung bangunan SBS, setiap peserta perlu memperkenalkan diri.
Sewaktu Lee Kwang Soo memperkenalkan diri, hujan mulai turun. Semua ahli dan kru ketawa dan mula bergurau tentang nasib malang Lee Kwang Soo.
Lee Kwang Soo dan Zirafah (Giraffe) Episod 141
Gambar dari episod 141 (Animal Kingdom) dimana penggambaran dibuat didalam zoo. Cabarannya ketika itu ialah mengambil gambar 5 ekor zirafah didalam satu gambar.
Boleh klik video diatas untuk menonton ‘kemesraan’ Kwang Soo dan zirafah.
Running Man di rumah Lee Kwang Soo -Episod 247
Pernah satu episod Running Man menjalankan penggambaran di rumah Lee Kwang Soo. Itupun kelakar!
Lee Kwang Soo tinggal seorang dirumah dan ahli lain dok menyakat kata ada rambut panjanglah di lantainya.
Penggambaran di kilang ayah Lee Kwang Soo – Episod 165
Ayah Lee Kwang Soo iaitu Lee Jong Hoo merupakan seorang pemilik kilang perabot.
Masa episod ni mereka kena cari gadis dalam scrapbook daripada peminat Lee Kwang Soo dan ini membawa kesemua kru dan ahli ke hometown Kwang Soo iaitu di Gyeonggi Province.
Memang gabra lah kan kalau kita kerja depan mak ayah kita. Nampaklah Kwang Soo terkejut pada mulanya dan agak serius sepanjang episod tak macam selalunya dia gila-gila masuk air.
Love, Joy and Gratitude Face – Episod 520
Kalau nak ketawa tak ingat dimana kita berada, tonton episod 520.
Dalam episod ni Kwang Soo belajar tarian Hawai yang mengutamakan mimik muka. Cikgu tarian tu minta mereka ekspresskan wajah love, joy and gratitude dalam tarian dan lihatlah wajah Kwang Soo ni!
Sampai ke hari terakhir, mimik muka ni menjadi meme untuk wajah sedih dan gembira dalam masa yang sama!
Lee Kwang Soo kelaut – Episod 520
Dalam episod yang sama juga, Lee Kwang Soo menyanyi lagu The Lion Sleeps Tonight. Serius, sangat kelaut! Dan menggembirakan orang lain.
Yang penting, muka dia yakin je!
Lee Kwang Soo dan Telur
Running Man ni memang banyak games ketuk telur didahi. Dan Lee Kwang Soo selalu dapat telur yang belum masak. Tapi masa episod terakhir, beliau banyak bernasib baik. Dari 7 telur yang diketuk di dahinya, 2 aje yang belum masak!
Lee Kwang Soo dan Lee Sun Bin – Episod 319
Selalunya setiap kali ada tetamu wanita, Lee Kwang Soo akan kerap mengusik mereka kerana dia masing bujang.
Lee Sun Bin menjadi tetamu di Running Man pada tahun 2016 dan pernah menyatakan dalam sebuah rancangan radio yang Lee Kwang Soo mempunyai ciri-ciri lelaki yang beliau sukai.
Namun dalam Running Man, mesin lie detector mengatakan Sun Bin menipu tentang itu.
Sehingga ke hari artikel ini ditulis, mereka masih bergelar kekasih.
Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook
Dalam kebanyakan games yang melibatkan perlawanan, selalunya Jong Kook akan menang. Namun Kwang Soo bukanlah seorang lawan yang mudah.
Saya paling ingat tiada siapa boleh lawan Kwang Soo bila perlawanan melibatkan kaki dan tangan sebab dia ada kaki dan tangan yang panjang (dan kuat)!
Lee Kwang Soo dan Seluarnya!
Ini lagi satu yang Lee Kwang Soo Episod Kelakar di Running Man bilamana beberapa kali seluarnya tertanggal. Rasanya dia seorang sahaja yang pernah tertanggal seluar dan dion-airkan.
Bila Lee Kwang Soo tiada nanti entah bagaimana suasana dalam Running Man.
Biarpun Kwang Soo tiada, kenangan Running Man Lee Kwang Soo Episod Kelakar akan menjadi sebuah memori indah buat para peminat.
Suka dengan Kwang Soo. Semoga sukses selalu.
Begitulah asat, bertemu dan berpisah pasti ada.