Kuih Tradisional Sejuk Beku | Aizan:PeDAS

March 18, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali menjejakkan diri ke blog LunaStory dan artikel “Kuih Tradisional Sejuk Beku | Aizan:PeDAS“, selamat datang Cik Lis ucapkan. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.


Makanan sejuk beku sangat berguna untuk orang yang gaya hidupnya perlu sentiasa pantas. Panaskan sahaja dengan menggorengnya atau memasukkan makanan tersebut di dalam microwave. Setelah beberapa minit, makanan tadi dah siap dan sedia untuk dimakan!

Makanan sejuk beku sangat sinonim dengan produk berasaskan daging. Dengan permintaan yang semakin meningkat, kuih sejuk beku juga semakin banyak di pasaran.

Di Kedah, usahawan PeDAS ini mengusahakan kuih tradisional frozen yang mengekalkan resepi dan ramuan asli tanpa mengubah rasa asalnya.

Kuih Tradisional Sejuk Beku

Perniagaan kuih tradisional frozen food ini diusahakan oleh Puan Noor Aizan Binti Abdul Hamid ini telah berada di pasaran hampir sedekad. Menurut pemilik makanan sejuk beku Aizan’s Food, walaupun ianya adalah makanan frozen, rasa atau kualiti makanan yang dihasilkannya tidak berubah kerana Aizan’s Food hanya menggunakan rempah ratus asli buatan Melayu dan resepi turun-temurun daripada keluarganya sendiri.

Antara kuih tradisional yang diusahakan oleh Aizan’s Food adalah:

Kuih Tradisional Sejuk Beku-1
|kuih frozen karipap|
Kuih Tradisional Sejuk Beku-2
|frozen roti canai|
Kuih Tradisional Sejuk Beku-3
|kuih frozen donut|
|kuih frozen cucur badak|
|kuih frozen onde-onde|
|kuih frozen samosa|

Selain daripada untuk tujuan komersial, Aizan’s Food juga mampu untuk menerima tempahan untuk pesanan yang besar seperti katering untuk jamuan dan majlis kecil-kecilan. Produk ini adalah 100 keluaran bumiputera Muslim.


Di mana anda boleh mencari usahawan PeDAS ini? Link di bawah:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun mencari mereka di alamat ini:

KAMPUNG SUNGAI DAUN ATAS,06680 ALOR SETAR KEDAH

Entri ketiga|| Tips Membuat Kuih Frozen | Aizan:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.