Kilang Printing Kotak Shah Alam | Pilihan Utama
Kilang printing kotak Shah Alam pilihan utama para usahawan? Ada ke? Atau, anda sedang mencari kilang printing kotak untuk pembungkusan produk? Tidak tahu kilang printing kotak apa yang ada di Shah Alam?
Cik Min tahu, bukan mudah nak cari kilang printing kotak yang boleh puaskan hati sendiri, betul tak? Jadi hari ini, Cik Min nak kongsikan tentang kilang printing kotak Shah Alam pilihan utama yang boleh anda cuba!
FLEXISPRINT | Kilang Printing Kotak Shah Alam
FLEXISPRINT ada menawarkan printing kotak untuk para usahawan, terutamanya untuk perniagaan yang menggunakan kotak sebagai pembungkusan. Terdapat pelbagai jenis dan saiz kotak yang ditawarkan oleh FLEXISPRINT tau! Tambah pula, harga yang ditawarkan punnn berbaloi…
Cik Min yakin, mesti anda akan puas hati! Tapi, mesti anda tertanya-tanya juga kan? Apa antara jenis printing kotak yang ditawarkan oleh FLEXISPRINT ni?
Dah, dah jangan fikir banyak sangat! Kita sambung baca perkongsian Cik Min dulu…
Jenis Kotak | Kilang Printing Kotak Shah Alam
Terdapat enam jenis kotak berbeza yang ditawarkan oleh FLEXISPRINT, iaitu:
1) Pull Out Box
2) Portable with Handles Box
3) Standard Box
4) Lid & Bottom Box
5) Sleeve Box
6) Hinged Lid Box
Hmmm Cik Min, apa beza semua jenis kotak tu? Saiznya sama ke?
Haaa, kalau korang nak tahu, beza setiap jenis kotak tersebut adalah melalui bentuk atau designnya. Setiap jenis kotak mempunyai saiz yang berbeza mengikut permintaan anda. Jadi, para usahawan boleh memilih kotak yang sesuai mengikut pembungkusan produk!
Menarik kan perkongsian tentang ‘kilang printing kotak Shah Alam’ ni? Tapi, sabar dulu… Teruskan baca perkongsian Cik Min ni okay? Jangan berhenti sampai sini je tau!
Bagaimana Pula dengan Design Kotak?
FLEXISPRINT ada menyediakan designer untuk membantu usahawan membuat design pada kotak! Jadi, anda tak perlu pening kepala untuk dapatkan idea design kotak sendiri gitu… FLEXISPRINT akan bantu anda dengan membuat mockup terlebih dahulu. Cool, kan?!
Macam mana kalau ada design sendiri, Cik Min? Jangan risau… Kalau anda ada design sendiri, anda boleh gunakan juga! FLEXISPRINT menerima design daripada pelanggan tau. Bahkan mereka juga turut memberi khidmat nasihat jika design anda boleh ditambah baik!
Wowww, betul ke ni Cik Min? Iya betul, takkan Cik Min nak tipu pula kan… Senang cerita, CONFIRM anda akan lebih puas hati dengan hasil printing kotak untuk pembungkusan produk nanti!
Bagaimana Nak Buat Tempahan?
Mesti anda tertanya-tanya, macam mana nak buat tempahan dengan FLEXISPRINT ni kan? Haa, sabaq sat… Tudiaaa terkeluar cakap utagha! Okay, meh Cik Min kongsikan cara membuat tempahan bersama FLEXISPRINT. Ada dua cara tempahan kotak, iaitu:
1) Membuat tempahan secara online.
2) Membuat tempahan secara walk-in.
Cik Min, macam mana pula nak tempah secara online atau walk-in ni? Macam ni…
1) Online
Anda boleh terus ke Linktr.ee FLEXISPRINT, atau ke website FLEXISPRINT untuk tempahan dan sebarang pertanyaan berkaitan printing kotak.
2) Walk-in
Jika anda lebih suka walk-in ke kedai untuk lihat sendiri prosedur printing kotak ini, dan lebih suka berbincang secara bersua muka, anda boleh terus ke outlet FLEXISPRINT yang berada di:
FLEXISPRINT Outlet Seksyen 13
No 12, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Tel : +603 5523 9119
Email : flexisprint@gmail.com
FLEXISPRINT Outlet Seksyen 2
No 14, Jalan Bunga Tanjung 2/16,
Seksyen 2, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : +603 5510 2290
Email : flexisprint@gmail.com
Ini pula merupakan waktu operasi FLEXISPRINT:
Buka: ISNIN – SABTU (9:30 a.m – 6:30 p.m)
Tutup: AHAD & Cuti Umum
Jangan kata Cik Min tak bagitahu tau! Pastikan anda check hari dan masa sebelum datang. Kalau salah hari, esoknya kena datang semula pula, hehe…
Berapa Minima Tempahan Printing Kotak?
Walau bagaimanapun, FLEXISPRINT telah menetapkan minima tempahan kotak yang akan diambil daripada usahawan ya. Terdapat dua kategori tempahan untuk usahawan membuat tempahan iaitu:
1) Perniagaan Baru/Kecil
2) Jenama yang Berkembang
Apa bezanya, Cik Min? Merujuk gambar di atas, terdapat perbezaan bilangan tempahan printing kotak yang boleh dibuat berdasarkan status perniagaan anda sebagai rujukan.
Baiklah, sekarang Cik Min dah menjawab persoalan yang ada di fikiran anda tak? Dah teruja ke belum? Nak tempah, tapi belum yakin ke tu? Baca sampai habis dulu! Cik Min ada selitkan testimoni sikit untuk anda semua…
Bagaimana dengan Kualiti Printing Kotak FLEXISPRINT?
FLEXISPRINT sudah pasti akan memberikan kualiti yang terbaik! Cik Min amat yakin dengan hasil percetakan kotak yang ditempah tersebut, pasti akan membuat anda berpuas hati! Masih rasa ragu-ragu ke? Anda boleh lihat lebih banyak video testimoni printing kotak di Youtube FLEXISPRINT.
Cik Min yakin, lepas je tengok semua video testimoni tu nanti, mesti anda akan 100% yakin dengan kualiti printing kotak daripada FLEXISPRINT!
FLEXISPRINT sememangnya memberikan tawaran terbaik untuk servis printing kotak, di tambah pula dengan kualiti terbaik dengan harga yang berpatutan! Jadi, anda dah tak perlu risau atau pening kepala memikirkan di mana nak dapatkan servis printing kotak lagi, sebab… FLEXISPRINT kan ada!
Jom jadikan kilang printing kotak Shah Alam terbaik, FLEXISPRINT, sebagai pilihan utama anda!
Setakat ini sahaja dahulu perkongsian Cik Min tentang ‘kilang printing kotak Shah Alam’. Untuk lebih banyak perkongsian dan artikel menarik, boleh dapatkan di portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.