Keistimewaan Mee Sudin Melaka | PeDAS

March 21, 2020 by No Comments

Artikel “Keistimewaan Mee Sudin Melaka | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Perihal Mee

Cik Lis teringat masa zaman persekolahan, ada seorang teman Cik Lis tidak boleh makan nasi disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkannya. Jadi, bila tiba masa pelajar perlu menghadiri kursus-kursus yang makanan jadi sangat terhad seperti perkhemahan, kem bina diri dan sebagainya, semestinya ianya adalah satu kerunsingan buat teman Cik Lis yang seorang ini. Kenapa? Sebab selalunya hanya nasi yang akan dihidangkan terutamanya pada waktu makan kritikal seperti tengahari dan malam.

Bagi teman Cik Lis itu tadi, mee menjadi alternatif makanan ruji untuk sumber karbohidratnya. Apa yang Cik Lis cuba sampaikan di sini sebenarnya, mee mungkin menjadi keperluan dalam dietnya seharian berbanding menjadi makanan kehendak sekadar untuk melepaskan rasa mengidam.

Keistimewaan Mee Sudin-1

Ada juga orang yang memang mengambil alternatif lain selain daripada nasi sebagai amalan dietnya. Mee yang biasa dilihat di pasaran dan digunakan di dalam hidangan popular mee adalah jenis mee kuning. Mee hailam, mee bandung, mee kari, mi paprik dan sebagainya.

Mee kuning diperbuat daripada tepung gandum. Jika anda peminat makanan Jepun seperti udon, mee ini juga diperbuat daripada tepung gandum. Soba pula diperbuat daripada gandum jenis buckwheat.

Keistimewaan Mee Sudin-2

Okay. Dah panjang sangat dah bercakap tentang mee ini. Apapun, sepertimana hidangan sihat yang lain, mee boleh menjadi makanan yang baik untuk badan anda jika diseimbangkan dengan baik.

Salah satu inovasi mee sebagai makanan penuh nutrisi adalah dengan menggabungkan ia dengan ekstrak sayur segar. Jom berkenalan dengan usahawan PeDAS pengusaha mee sayur dari Melaka ini!

Keistimewaan Mee Sudin Melaka

Sebelum Cik Lis ulas produk ini dengan lebih lanjut, lebih baik jika kita memberi sedikit pengenalan tentang bisnes disebalik produk Mee Sudin mee sayur ini.

Keistimewaan Mee Sudin Melaka-1

Profil

MeeSudin adalah produk mee dengan ekstrak sayur-sayuran di bawah syarikat Mee Sudin Food Industry. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2016 dan berpusat di Air Molek, Melaka.

Pemiliknya, Siti Jamilah Binti Mahful menggunakan nama bapanya untuk menjenamakan nama produk mee sayur Mee Sudin kerana nama seperti ini mudah untuk diingati oleh pelanggan. Ringkas.

Matlamat untuk mendidik komuniti dan keluarga untuk pemakanan lebih sihat dengan menggalakkan pengambilan sayur-sayuran menjadikan produk Mee Sudin ini tercipta. Kanak-kanak dan sesetengah orang dewasa kurang gemar akan sayur-sayuran, jadi timbullah idea untuk menggabungkan sayur di dalam hidangan mee.

Kelainan Mee Sudin berbanding Mee Kuning Biasa

Selain itu juga, Mee Sudin juga mengatasi masalah mee yang kadang-kadang berasa pahit bila dibeli di pasaran komersial lain. Hal ini kerana Mee Sudin tidak menggunakan pewarna, perisa tambahan mahupun kapur. Kesemua produk Mee Sudin dijamin organik.

Setakat ini, Mee Sudin mengelurkan 3 jenis mee sayur:

Mee bayam|Mee Sayur Lobak|Mee Labu

Mee Sudin dijual di dalam bentuk mee basah dan mee kering. Mee Sudin diiktiraf kualitinya oleh pensijilan daripada agensi MeSTI. Dan semestinya ia halal kerana ianya produk buatan Muslim!

Mee Sudin banyak mendapat pendedahan media dan sering ditemubual oleh wartawan-wartawan seperti Harian Metro dan sebagainya. Anda boleh melihat testimoni-testimoni penggemar Mee Sudin di sini:

Feedback Peminat Mee Sudin


Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Mee Sudin ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Mee Sudin Homepage|WhatsApp

Nak singgah kedai? Ini alamatnya ya:

Mee Sudin Food Industry, G3, Laman Niaga MBMB, Tambak Paya, Jalan Kg Tambak Paya, 75460 Air Molek Melaka

Jom baca artikel ini pula:

Entri ketiga|| Cara Membuat Mee Sayur | MS:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.