Jahit Pukal Pakaian Semenyih | Fatma Sofea:PeDAS

April 5, 2020 by No Comments

Artikel “Jahit Pukal Pakaian Semenyih | Fatma Sofea:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Jahit Pukal Pakaian Semenyih-1

Menjahit fabrik tidak semudah seperti orang lain sangka. Mencantum dua fabrik supaya menjadi satu memerlukan kepakaran, dan kepakaran perlu diasah. Kali pertama mencuba menjahit jarang akan mendapat hasil seperti yang dilihat di kedai. Mesti benang di jahitan akan ada senget benget sedikit.

Namun, bagi seseorang suka bekerja dengan fabrik warna warni dengan memiliki tagap fokus yang tinggi, pasti jalan menuju kesempurnaan menjadi lebih mudah. Mana akan tidaknya, bayangkan perlu duduk selama berjam lamanya menghadap hasil kerja tersebut. Barulah layak menjadi tukang jahit profesional dan mampu untuk mengambil tempahan yang banyak dalam satu-satu masa!

Jika anda berada di sekitar kawasan Semenyih dan mencari tukang jahit untuk menjahit pakaian anda, tidak kiralah sama ada kain pasang bercorak ataupun untuk pakaian seragam seperti tudung jururawat, baju sekolah untuk anak dan sebagainya, tukang jahit program PeDAS ini ada jawapannya!

Jahit Pukal Pakaian Semenyih

Usahawan PeDAS ini yang mampu untuk menjahit secara banyak atau pukal ini juga adalah pemilik untuk pakaian muslimah. Puan Siti Fatma Sofea merupakan pemilik kepada busana Fatma Sofea yang berpusat di Semenyih.

Selain daripada koleksi ekslusif sedia ada jenama ini seperti blouse, tudung instant, kain telekung dan sebagainya, Fatma Sofea juga ada menyediakan beberapa jenis pakaian yang dibuat dalam kuantiti yang banyak seperti pakaian uniform untuk pekerjaan, baju sekolah dan sebagainya.

Inner yang selesa:


Ingin melihat dengan lebih dekat rekaan-rekaan serta promosi-promosi semasa dari usahawan PeDAS Fatma Sofea? Layari laman-laman media sosial ini untuk pertanyaan lebih lanjut:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Jika berkesempatan, anda yang ingin melihat busana dari Fatma Sofea dengan lebih dekat boleh mendapatkan alamatnya di sini:

NO 12A, JLN TPS2/2, TMN PELANGI SEMENYIH 2, 43500, SEMENYIH, SELANGOR

Entri ketiga|| Tips Memilih Pakaian Muslimah | FS:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.