Festival Buku dan Kanak-Kanak 2017

February 4, 2017 by No Comments

Bila kawan saya beritahu dia ada program 3 hari buka booth di Festival Buku dan Kanak-kanak — saya terfikir ehhh kenapa saya tak tahu.
Haha iye juga, kenapa pula saya kena tahu.
Bahaya jika saya tahu dan sekarang saya dah tahu dan kena pergi (pula).

Pergi ke Festival Buku dengan matlamat mahu menghantar barang milik sahabat.
Alang-alang sudah kemari, saya ronda SACC Mall buat lepas rindu.

Festival Buku

Festival Buku atau dipanggil Fesbuk ini diadakan di Atrium atau ruang legar SACC Mall dan berlangsung selama 3 hari bermula 3 hingga 5 Feb 2017.
Hari Jumaat hingga hari Ahad.

Peta untuk ke SACC Mall Shah Alam adalah di link ini.
SACC Mall ni sebelah PKNS Shah Alam.
Ala-ala tengah kota bandaraya juga.

Sesampainya saya disini pada jam 12 tengahari, pengunjung sudah mulai ramai dan kebanyakannya ialah ibubapa yang membawa anak mereka bersama.

Hari minggulah hari untuk bersiar-siar bersama keluarga kan sebab hari Isnin sampai Jumaat kita sudah bekerja kuat.

Festival Buku 1

Terdapat lebih kurang 20 booth disini yang membuat promosi bagi buku-buku yang dibawa.
Ada diskaun sehingga 50% bagi buku-buku terpilih.
Memang kena tetapkan hati tentang apa yang telah kau janjikan pada awal tahun tadi iaitu puasa beli buku.
Festival Buku 3

Ada buku Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang dijual disini.
Dari buku keagamaan sehinggalah novel romantik — semuanya ada.

Festival Buku 4

Penganjur juga sediakan program untuk anak-anak.
Memang gembira anak-anak ini bermain ditemani ibubapa mereka.
Masa saya kecil dahulu, memang inilah impiannya — iaitu boleh buat apa sahaja haha.

Festival Buku 5

Mesti anak-anak ni rasa kagum sangat bila pasir pasir halus ni melekat pada lukisan mereka.
Hasilnya ialah sebuah gambar yang sangat cantik dan boleh disimpan sebagai kenangan!
Dengan lukisan secantik itu, saya merasakan saya mempunyai bakat seni yang sangat tinggi.
(haha keyakinan keterlaluan betul ni saudari!)

Bila tengok anak-anak disini, teringat pula anak-anak yang berada di kampung.
Tak apalah, ada rezeki nanti kita kemari ya anak anak Mommy.

Festival Buku 6

Saya meneruskan perjalanan mencari buku-buku yang berkualiti untuk anak-anak.
Emaknya puasa!
Puasa beli buku dan kena habiskan apa yang di dalam rak dahulu.
Udah macam perpustakaan daerah dah rumah awak!

Festival Buku 7

Berbekalkan azam yang tinggi, saya (hanya) spend untuk 4 buku ini.
Kalau dah beli satu untuk Zikry, mesti teringat buku untuk Dzakwan dan kemudian mesti ada buku untuk Alya.
Itulah emak-emak, kemana pergi pun mesti teringat anakanda dimana sahaja mereka berada kan.

Bagi ibubapa yang mahu membawa anak-anak ke suatu tempat yang menyeronokkan.
Dalam masa yang sama boleh mencari buku untuk anak-anak kan?
Fesbuk atau Festival Buku dan Kanak Kanak ini yang akan berakhir esok 5 Feb 2017!

Pelbagai aktiviti atas pentas disediakan untuk anak-anak.
Cabutan bertuah untuk ibubapa — lupa pula saya nak semakkan apa hadiahnya hihi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.