Facebook Lancar Reels untuk Pengguna di Malaysia

February 23, 2022 by No Comments

Facebook kini lancar Reels untuk pengguna di Malaysia dan semua pengguna global. Dengan kata lain, pengguna di serata dunia dapat berkongsi kandungan video pendek seperti TikTok dan Instagram secara terus melalui aplikasi Facebook. Fungsi baharu tersebut boleh digunakan bermula Rabu, 23 Februari 2022. Facebook Reels ini tersedia untuk pengguna Facebook secara global di 150 negara, termasuk di Malaysia.

Sebelum ini, format perkongsian Reels hanya ditawarkan di Instagram, dan ia kini turut diperluaskan ke Facebook. Melalui entri kali ini, Cik Min ingin berkongsi dengan anda semua tentang fungsi terbaharu Facebook ini. Informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal amanz dan beberapa sumber lain.

Facebook Lancar Reels untuk Pengguna di Malaysia

Facebook Reels – Facebook Lancar Reels untuk Pengguna di Malaysia

Berita ini telah disampaikan secara terus oleh Ketua Pengawai Eksekutif, Mark Zuckerberg dalam kapsyen Facebook peribadinya.

“Reels sudah menjadi format kandungan yang paling pesat berkembang setakat ini, dan hari ini kami menyediakannya kepada semua pengguna Facebook di seluruh dunia.”

Facebook juga sedia mengatakan bakal memfokuskan kepada format Reels pada tahun 2022 ini. Reels merupakan salah satu bentuk kandungan yang sedang meningkat popularitinya dalam kalangan pengguna, di samping memastikan pengguna terikat dan meluangkan masa lebih lama pada platform berkenaan. Beberapa ciri penyuntingan tambahan baharu turut ditawarkan dengan pengenalan Reels pada Facebook ini.

Facebook Lancar Reels untuk Pengguna di Malaysia

Bersama pengenalan ciri ini, Facebook turut mengumumkan akan menawarkan ciri pengiklanan pada Reels.

Facebook Lancar Reels untuk Pengguna di Malaysia

Selain itu, Facebook Reels kini juga boleh diakses oleh pengguna global melalui peranti iOS dan Android.

Cik Min rasa fungsi terbaharu Reels di Facebook ini dapat memberikan banyak kebaikan khususnya kepada pengguna Facebook di Malaysia dan seluruh dunia. Hal ini dikatakan demikian kerana, Facebook merupakan salah satu media sosial yang popular dan dikenali tidak kira lapisan umur.

Para usahawan online di luar sana patut mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan anda dan menjadi usahawan yang berjaya.

Jadi, setakat ini saja perkongsian daripada Cik Min mengenai Facebook lancar Reels untuk pengguna di Malaysia. Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada para pembaca.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.