Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid

February 28, 2022 by No Comments

Jika anda merupakan salah seorang peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah semestinya anda juga akan mengenali suami beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Datuk K. Tapi hari ini, Cik Min bukanlah nak bercerita tentang Datuk K. Hari ini Cik Min nak bercerita tentang salah seorang anaknya yang bernama Asyraf Khalid. Kalau nak tahu, baru-baru ini Datuk K ada dedah kejayaan Asyraf Khalid melalui sebuah video penghargaan tau!

Jom sama-sama kita ketahui rahsia tersebut menerusi artikel ini. Segala informasi untuk artikel “Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid” ini Cik Min dapatkan daripada portal The Vocket dan Nurul Zayani.

Datuk K Melihat Perubahan Asyraf Khalid

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid

“Tiada seorang guru yang boleh ajar Asyraf” – Datuk K

Kenyataan tersebut dibuat oleh Datuk K sendiri tau. Namun, segalanya berubah apabila Datuk K dapat melihat sendiri segala perubahan positif terhadap anaknya itu. Untuk pengetahuan anda, perubahan positif yang dimaksudkan adalah setelah Asyraf berjaya mendapat bimbingan daripada Dr. Azizan Osman.

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid: Siapa beliau?

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid

Bila tengah syok bercakap tentang Asyraf Khalid ni, terlupa pula nak intro sikit tentang tuan badannya. Jadi, mari Cik Min kongsikan sedikit sebanyak tentang beliau.

Muhammad Asyraf Khalid merupakan salah seorang usahawan di Malaysia. Beliau adalah Pengasas & CEO syarikat A Klasse Essentials Shd Bhd; sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan keluaran artis seperti Mutyara, Jiwaku Kids & juga Kilafit.

Siapa sangka, walaupun anak kepada seorang usahawan dan artis terkenal tanah air, Asyraf Khalid pada mulanya tetap dibelenggu masalah dalam memulakan perniagaan yang dijayakan bersama isterinya, Tya Arifin iaitu Mutyara.

Penghargaan Melalui Hantaran Video di Instagram

Dalam satu hantaran video yang dikongsikan Asyraf di Instagram, Datuk K telah merakamkan penghargaannya buat Dr. Azizan Osman (RichWorks) yang telah banyak bantu mengubah dan membimbing anaknya bukan sahaja dalam dunia bisnes, malah dari aspek kehidupan juga dalam tempoh 3 tahun sahaja.

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid: Titik permulaan

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid

Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam bersempena sambutan hari lahir bapanya pada hari Isnin yang lalu. Turut dijemput, Dr. Azizan Osman dan beberapa ahli lain Titan RichWorks.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Azizan dalam melahirkan ramai usahawan dan jutawan yang berjaya. Ujar Datuk K lagi, anak didik Dr Azizan Osman bukan hanya dibimbing untuk berjaya dalam perniagaan, malah dibimbing juga dari segi keagamaan, ibadah, bersedekah dan sebagainya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” – Datuk K.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan para usahawan yang telah berjaya agar tidak melupakan individu yang masih berada di bawah dan sedang berusaha keras untuk menggapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.

Kejayaan Tidak Akan Datang Bergolek

Mesti ramai yang terkejut apabila Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid kan? Jangan risaulah, sebab Cik Min sendiri pun tak sangka yang kejayaan beliau merupakan sebahagian daripada didikan mentor terkenal itu. Cik Min harap agar semua para usahawan yang sedang berusaha untuk mencapai target dan goals pada tahun ini, dapat menggapai kesemuanya dengan sebaik-baik usaha! Ingat, kejayaan itu tidak akan datang datang bergolek tau…

Moga dengan cerita tentang Datuk K dedah kejayaan Asyraf Khalid ini dapat menjadi sumber inspirasi dan semangat buat anda semua.

Untuk lebih banyak info bantuan serta artikel-artikel inspirasi menarik buat para usahawan di Malaysia, boleh terus ke laman web LunaStory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.