Cara Menjadi TikTok Seller

January 18, 2023 by No Comments

Aplikasi TikTok adalah salah sebuah media sosial yang ternama di dunia. Jumlah pengguna aplikasi TikTok semakin meningkat dengan drastik sejak tahun 2019. Kini jumlah pengguna aktif sudah mencecah 1 billion dan Malaysia menyumbang 4 juta daripada jumlah penggunanya. Jom baca lebih lanjut tentang “Cara Menjadi TikTok Seller”.

Kenapa Perlu Jadi TikTok Seller?

Sehingga 2022, TikTok disenaraikan sebagai aplikasi media sosial tertinggi ke-2 mengikut jumlah muat turun di Malaysia. Malaysia menduduki tempat ke-6 tertinggi untuk kadar penembusan TikTok di seluruh dunia. Terdapat ramalan pertumbuhan 52% pengguna menjelang 2026.

Di antara 4 juta pengguna TikTok di Malaysia, majoriti adalah di bawah 30 tahun, manakala 41% adalah antara 16-24. Di samping itu juga, 56.8% pengguna TikTok Malaysia adalah wanita, dan 43.2% adalah lelaki.

Pada tahun 2020, hashtag tempatan tersohor yang digunakan dan dilihat ialah:

1. RamadanMubarak (1.4B views)

2. HeadDanceChallenge (1B views)

3. Raya2020 (344.5J views)

4. JingJitChallenge (184.7J views)

5. KesanaKesini (160.2J views).

Langkah Pendaftaran Dengan Menggunakan Email

1. Buka Google dan taip ‘register tiktok shop seller center’ ataupun klik je link di sini. Isi semua maklumat yang diminta.

Cara Menjadi TikTok Seller

2. Di bahagian business type, tuan puan pilih sama ada ‘Corporation’ atau ‘Individually’. Tekan submit selepas isi semua maklumat.

3. Tunggu sistem buat semakan. Biasanya mengambil masa 1-2 hari.

Cara Menjadi TikTok Seller

4. Tuan puan akan dapat email mengatakan pendaftaran berjaya selepas pengesahan.

5. Download aplikasi ‘TikTokSeller’. Link kan akaun shop tuan puan tu dengan akaun TikTok & klik ‘Authorize’.

6. Selesai!

Kemudahan Menjadi TikTok Seller | Cara Menjadi TikTok Seller

Selepas menjadi TikTok seller, tuan puan akan diberikan pelbagai kemudahan seperti:

1. Subsidi Penghantaran Percuma
2. 0% Yuran Komisen
3. Produk Subsidi Langsung
4. Peningkatan Trafik untuk Video dan Livestream
5. Kelas jualan kepada TikTok Seller semuanya tersedia di TikTok Shop

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Cara Menjadi TikTok Seller”. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.