Beana Home Quran

February 24, 2020 by No Comments

Beberapa kali penulis bertemu pemilik Beana Home Quran dalam majlis ilmu, Ustazah Anna. Beliau sangat bersemangat setiap kali berbicara tentang amanah pendidikan membaca Al-Quran.

Beana Home Quran
Amanah ayah untuk Puan Anna menjadi guru mengaji

Beana Home Quran

BEANA yang membawa maksud JADILAH SAYA, diambil dari bahasa Inggeris dan Arab untuk menerapkan bahawa segala bentuk kejayaan didunia dan akhirat adalah dari diri sendiri. Corak dan semangat kehidupan didunia adalah permulaan yang baik dalam kehidupan setelah kematian.

Siapakah Beana?

Adakah Tuan/Puan sebagai ibubapa mengalami masalah ini :

Mencari guru mengaji untuk anak-anak dirumah?
Atau mencari guru mengaji untuk diri sendiri belajar membaca Al-Quran?
Mencari penyelesaian belajar Al-Quran tanpa perlu memandu menempuh traffic jammed?

Beana telah membantu saya dan pastinya boleh menyelesaikan masalah-masalah Tuan/Puan diatas.

Diasaskan sejak 2009 oleh Ustaz Berry (Founder) dan Ustazah Anna (Co-Founder) atas dasar mengembangkan ilmu membaca Al-Quran. Ditubuhkan secara rasmi sejak Januari 2017 dengan hampir 150 tenaga pengajar (yang digelar Qutor) seluruh Lembah Klang.

Al-Quran Sebagai Nadi Masyarakat

Tanggungjawab pandai membaca dan mengajar semula adalah sebuah tanggungjawab yang besar.

Beana Home Quran dengan moto ‘Mengaji at your door step’ memahami bahawa semakin mudah seseorang individu mahupun sebuah keluarga itu dapat belajar Al-Quran maka semakin bertambahlah umat Islam yang terdedah kepada Al-Quran.

Sebuah kitab yang mengandungi panduan kehidupan, itulah Al-Quran.

Sebagai ibubapa juga kita tak mahu anak-anak ketinggalan dalam belajar membaca Al-Quran. Ianya tanggungjawab kita dalam membesarkan mereka. Namun bila lihat aktiviti harian, campur dengan jadual bekerja kita, memang tak terkejar untuk menghantar mereka ke kelas Al-Quran.

Mujur Beana Home Quran menyediakan perkhidmatan guru mengaji (QuTor) yang akan datang ke rumah kita pada hari dan jadual yang telah ditetapkan.

Apa yang membuatkan kami tercetus rasa untuk memperkembangkan projek ini adalah kerana keperluan masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca Al-Quran dan memahami adalah sangat diperlukan saat ini.

Ustazah Anna, Beana Home Quran

Apa Kata IbuBapa dan Peserta tentang khidmat Home Quran?

Apa kata peserta di FB Beana Home Quran

“Alhamdulillah Beana is what I’m looking for. The teacher is patient and child friendly. I am still a beginner learning how to read the Quran and I’m quite scared to learn if the teacher is too strict. Anyway, I feel relaxed now that I’m with Beana Home Quran. Learning is how it’s suppose to be. Interesting and exciting. Highly recommended.”

Apa kata ibubapa tentang Beana Home Quran

“Alhamdulillah my child is very comfortable with Ustazah Ilyani who can speaks English very well. Very child friendly and the lesson been done in a very interesting way. Highly recommended.”

Kelainan dalam sistem pembelajaran Beana ialah

Apa yang lebih menarik ialah sistem pembelajaran yang ditawarkan di Beana ini ialah matlamat 50 jam boleh membaca Al-Quran.

  • Kaedah pembelajaran menggunakan flashcard yang direka khas untuk mengekalkan kefahaman melalui rangsangan pergerakan
  • Pelajar didedahkan dengan penggunaan gadjet yang positif di mana pelajar akan membaca menggunakan slideshow
  • Pelajar juga akan diberikan workbook untuk lebih menarik fokus dan minat membaca Al-Quran.

Beana juga menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar Universiti atau mana-mana individu yang berminat mengajar Al-Quran secara part time atau sepenuh masa untuk sama-sama menyebarkan Al-Quran diseluruh Malaysia, InsyaAllah. Hubungi info.beanahomequran@gmail.com
.
.
Perlukan Guru Al-Quran datang kerumah anda?
Layari laman web Beana Home Quran disini.
.
http://beana.wasap.my/ atau hubungi nombor +6011-5223 4111

Baca artikel keibubapaan di LunaStory.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.