Parenting Tips : Penderaan Anak-anak di Taska

February 8, 2017 by No Comments

Parenting Tips : 8 Februari 2017 di Studio AlHijrah

Hari ini saya memenuhi undangan untuk keudara di Studio AlHijrah membicarakan topik Penderaan Anak-anak di Taska.
Terima kasih pihak AlHijrah yang sentiasa berusaha menyajikan topik-topik segar untuk penonton dan pastinya ramai yang telah mendapat manfaat dari perkongsian-perkongsian di TV AlHijrah.

Bagaimana untuk ke Studio AlHijrah?

Untuk tiba di pejabat TV AlHijrah sebelum pukul 9 pagi, saya perlu keluar rumah dari Kajang seawal jam 7 pagi.
Confident sangat saya pilih di Waze untuk ke Institut Kefahaman Islam (Ikim.fm) .
Bila lalu depan Masjid Negara dan tak berhenti di hadapannya, saya mula rasa pelik.
U-turn lah di bulatan hadapan Bank Rakyat itu.

TV AlHijrah berada betul-betul di hadapan Masjid Negara.
Ianya tak sama dengan Ikim.fm (rupanya) — sudahlah jem di pagi hari.
Elakkan sesat arah sebegini ya.

Alamat penuhnya ialah:

Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +603-22601600
  • +603-22601566

Link untuk peta ke TV AlHijrah di sini

Entri penuh tentang Studio TV AlHijrah di link ini

Jemputan Bersama

Sewaktu tiba di studio TV AlHijrah, saya menyemak jemputan bersama dan nama Dr Ruziana Masiran, Pakar Psikiatrik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Wow — saya pun tak sabar nak belajar dari wanita hebat ini.
Kami sudah bertembung di bilik mekap namun sekadar bertukar senyuman kerana saya sangkakan dia adalah antara pengacara dan setiap pengacara pastinya sibuk.
Orangnya tinggi dan langsing!

Sebelum masuk ke set, kami berbual-bual ringan.
Namun bila didalam set, saya pun ternganga mengagumi setiap butir bicara perkongsian ilmu dari Dr Ruziana Masiran ini!

Saya kongsikan untuk ibu-ibu di Malaysia ya.

Studio AlHijrah 3

Penderaan Kanak-Kanak di Taska

Ianya adalah topik yang diberikan dimana saya mewakili suara ibu-ibu bekerja yang menghantar anak kerumah pengasuh mahupun taska.

Senario sedia ada

Soalan pengacara yang cantik manis yang pertama ialah “Apakah situasi ibu bekerjaya dan bagaimana memilih taska yang baik untuk anak-anak?”

Saya tambahkan maklumatnya ya berbanding dengan jawapan kepada pengacara kerana waktu siaran sangat terhad.

Ibubapa di Malaysia mula mencari pengasuh anak sewaktu dalam tempoh berpantang namun biasanya waktu mengandung dah mula mencari taska atau pengasuh.
Ramai ibu bapa memilih pengasuh atau tadika yang hampir dengan rumah atau tempat kerja.

Faktor reputasi taska atau pengasuh boleh dipertimbangkan sebelum memilih taska untuk anak.
Lebih baik bertanya dengan kawan-kawan yang sama-sama sepejabat untuk mengetahui sebarang taska yang dicadangkan.

Gambar kiriman sahabat melalui WhatsApp

Jenis-jenis penderaan

Jenis-jenis penderaan antaranya ialah penderaan seksual (yang tertinggi di Malaysia, penderaan fizikal dan penderaan emosi (paling kurang dilaporkan). Ia boleh jadi berlaku dalam bentuk yang tidak mencederakan seperti tengkingan, herdikan dan pengabaian.
Ianya tetap adalah antara penderaan untuk anak anak kita.

Taska ialah rumah kedua

Selain rumah kita, taska ialah suatu tempat yang penting dalam pembangunan anak-anak kita.
Terutama dalam tempoh baru lahir sehingga 3 tahun dimana sistem kepercayaan mereka mula terbentuk.
Sekiranya kita tidak tahu bawa penderaan telah berlaku terhadapnya dalam tempoh itu, kesannya membawa kepada sehingga anak dewasa.

Parenting 3

Bukan sahaja taska ialah rumah kedua. Tapi pengasuh juga adalah ibu kedua selepas kita.
Ianya satu tanggungjawab yang bukan kecil kan?

Kesan Penderaan

Tahukah anda bahawa mengikut kajian, ada bahagian otak anak yang terkesan apabila penderaan berlaku.

Biarpun kesan fizikal tidak kelihatan dimana tiada calar mahupun luka, ia tetap bahaya.
Ada satu bahagian otak yang bernama Hippocampus yang bertugas mengawal stress semasa kita dewasa.
Anak-anak yang mengalami apa jua jenis penderaan semasa kecil didapati bahagian otaknya di situ hampir sama dengan individu yang mengalami peperangan.

Bayangkan, anak kita mungkin berubah menjadi sangat pendiam dan mengasingkan diri atau mungkin menjadi sangat agresif sehingga melukai orang lain.

Tambah Dr Ruziana apabila menerangkan tentang efek penderaan.

 

Parenting Speaker Malaysia

Pilih Taska yang Berdaftar

Pilih taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana ianya dipantau dan perlu melalui latihan dan panduan yang digariskan.

Pemilihan taska pastinya merupakan satu pelaburan untuk ibubapa terhadap anak-anak mereka.

Peranan ibu bapa

Pastinya peranan ibubapa bukan sedikit dalam hal memastikan tiada penderaan berlaku di taska terhadap anak anak kita.

Bagi ibubapa yang mempunyai anak yang memerlukan lebih perhatian, mungkin oleh berbincang dengan pengasuh cara terbaik menjaga keperluan anak ini.

Contohnya berkongsi waktu terakhir anak minum susu supaya bayi tidak terlalu lapar ketika diberikan susu oleh pengasuh dan menyebabkannya tersedak.
Menurut perkongsian Dr Ruziana ketika saya berbual dengannya.
Dalam banyak keadaan, ibubapalah yang ‘mendera’ anak mereka di luar sedar.

Biarpun niat kita ‘mahu mengajar’ atau ‘tak mahunya berlaku nakal’ — perbuatan memukul dan menengking itu turut mengganggu perkembangan otak anak-anak yang sedang belajar.

Memang bagus perkongsian Dr Ruziana ini. Tak puas bila sekejap bersamanya.
Ini Dr tersebut. Cantik kan orangnya!

Parenting

Upgrade Ilmu Parenting

Saya sempat bercerita tentang suatu keadaan ketika saya di sebuah pasaraya beberapa hari lepas dimana seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 6 tahun makan aiskrim dan terkena aiskrim itu pada baju ibunya.
Dia cuba memberitahu ibunya “Ibu, ibu, kotor”

Secara refleks, ibunya menampar belakang anaknya dan berkata dengan kuat “Kenapa kotorkan baju ibu ha?”

Saya yang ketika itu berada di belakang mereka turut terkejut dengan situasi itu.

Perlahan saya beritahu Dr Ruziana “Kasihan ibu di Malaysia, kita stress agaknya. Kerja, rumah dan keluarga. Apa yang boleh kita lakukan ya?”
Dr cantik yang bijaksana ini berkongsi dengan saya “Kita yang kawal stress itu sebelum berlaku. Apa kita expect bila bawa anak-anak keluar? Mereka duduk diam dan menjadi orang dewasa? Apa akan berlaku pada kita jika mereka menjadi kanak-kanak yang kordinasinya belum stabil seperti kita seperti memegang aiskrim dan terkotorkan baju ibu? Adakah kita boleh bertenang atau kita akan marah?

Bagaimana dengan makan dirumah sahaja. Ia boleh mengurangkan tahap stress kita kan?
Anak-anak kita pula dari pelbagai range usia.
Yang abang dah boleh berdisiplin tapi yang adik belum lagi.
Maka kita yang membuat pilihan — apakah yang kita selalu stresskan dan bagaimanakah mengelakkannya dari berlaku.”

Pakar Psikiatrik ini mengakhirkan bicara dan semoga ada rezeki untuk saya belajar lagi dari Dr ini.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.