Studio AlHijrah : Studio TV yang Bermanfaat

February 8, 2017 by 2 Comments

8 Februari 2017 di Studio AlHijrah

Hari ini saya memenuhi undangan untuk keudara di Studio AlHijrah membicarakan topik Penderaan Anak-anak di Taska.
Terima kasih pihak AlHijrah yang sentiasa berusaha menyajikan topik-topik segar untuk penonton dan pastinya ramai yang telah mendapat manfaat dari perkongsian-perkongsian di TV AlHijrah.

Bagaimana untuk ke Studio AlHijrah?

Untuk tiba di pejabat TV AlHijrah sebelum pukul 9 pagi, saya perlu keluar rumah dari Kajang seawal jam 7 pagi.
Confident sangat saya pilih di Waze untuk ke Institut Kefahaman Islam (Ikim.fm) .
Bila lalu depan Masjid Negara dan tak berhenti di hadapannya, saya mula rasa pelik.
U-turn lah di bulatan hadapan Bank Rakyat itu.

TV AlHijrah berada betul-betul di hadapan Masjid Negara.
Ianya tak sama dengan Ikim.fm (rupanya) — sudahlah jem di pagi hari.
Elakkan sesat arah sebegini ya.

Alamat penuhnya ialah:

Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah,
Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
  • +603-22601600
  • +603-22601566

Link untuk peta ke TV AlHijrah di sini

Setiba di dalam kawasannya?

Sebaik sahaja masuk kedalam pintu gerbang TV AlHijrah tu, terus parking di belakang guard house.
Jika dia tanya, beritahunya kita adalah tetamu.

Ini adalah pemandangan dari tempat parking untuk arah yang dituju iaitu Studio TV AlHijrah.

Studio AlHijrah

Ada banyak tangga yang perlu dinaiki untuk ke Studio TV AlHijrah.
Bila memandang ke hadapan eh ke atas memang rasa tak boleh pergi dah haha.
Tapi separuh jalan tu ada escalator.
Cari ya escalator untuk naik ke studio dibimbangi cairlah bedak yang dipakai didalam kereta itu nanti kalau kita berusaha juga naik tangga.
Lagi-lagi dengan suhu Malaysia hihi.

Bila berada di hadapan studio, kita akan lihat (kadang-kadang) ada meja yang digunakan untuk recording sebarang topik terutama jika DIY (do-it-yourself).

Melangkah masuk ke dalam studio, kita akan disambut oleh meja kaunter hijau yang sangat cantik.
Eh dah lain dah kawasan dalam studio ni. Kali terakhir saya ke sini pada bulan Ogos 2016 rasanya.

Studio AlHijrah 1

Hanya beritahu kepada kaunter, kita jemputan untuk topik apa dan dia akan benarkan kita masuk kedalam.

Bila masuk ke dalam studio, sekali lagi saya terpegun dengan hiasan dalamnya yang mempunyai banyak set background.
Macam sudah terlalu lama saya tak kesini dan mana pula ada orang yang akan selalu ke sini selain dari memang bekerja disini kan?
Eh tapi ada juga jika jemputan yang topiknya yang selalu keudara di TV AlHijrah — pasti dia tahu studio AlHijrah sudah(lama) berubah wajah!

Bahagian dalam set

Tetamu undangan akan masuk ke bilik mekap dahulu untuk touchup sedikit wajah sebelum keudara.

Ada ruangan menunggu yang selesa dan tetamu akan dipanggil untuk ke set dan memulakan topik untuk keudara.
Pakai mic comel dan jangan terus bercakap haha.
Hanya bercakap apabila ditanya ya kawan-kawan. Jangan ambil alih tugas pengacara.

Studio AlHijrah 3

Sesi saya pagi tadi bersama pengacara Emy dan Irma Hasmie.
Bersama saya ialah Dr Ruziana, Psikiatrik dari UPM yang banyak berkongsi ilmu tentang penderaan anak-anak.
Banyak yang saya sebagai ibu pelajari dari topik pagi tadi dan akan dikongsikan dalam entri yang lain ya.

Studio AlHijrah 2

Setiap kali keudara, saya mesti kagum dengan kepetahan pengacara haa kerana itulah mereka jadi pengacara kan.
Sangat penuh drama dan nampak comel sahaja walaupun berdrama!

Parenting Al Hijrah 4

Gambar saya pada sesi hari ini dibantu ambil oleh adik-adik yang membantu urusan pakai mic, keluar masuk tetamu dan pengacara.
Memang kagum melihat mereka bekerja dengan sistem yang tidak boleh salah.
Semua orang mesti patuh dan mengambil inisiatif supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Semoga perkongsian hari ini di Studio AlHijrah memberikan manfaat dan dapat diamalkan oleh ramai ibubapa diluar sana.
Doakan juga saya terus kuat dalam usaha berkongsi ilmu keibubapaan (parenting) bersama ibubapa di Malaysia khasnya.

 

 

 

2 Replies to “Studio AlHijrah : Studio TV yang Bermanfaat”

  1. Farah Adilla Othman says:

    Salam.
    Macam mana nak jadi jemputan untuk TV Al Hijrah slot Assalamualaikum ya?
    Untuk program kesedaran pendengaran.

    1. Suraya Ali says:

      Cik Puan Farah Adilla, saya tak pasti Cik Puan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.