Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022

March 4, 2022 by No Comments

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan tahun 2022. Jadi, mari ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan dan panduan membuat permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Edu Bestari.

Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan 2022

Permohonan Bantuan Kewangan Pengusaha Pelancongan

Dalam Belanjawan 2022 yang diumumkan tahun lalu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan permohonan bantuan kewangan kepada pengusaha pelancongan yang berdaftar. Menerusi Belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta.

Bantuan kewangan yang diwujudkan ini adalah usaha berterusan kerajaan bagi membantu sektor pelancongan. Hal ini demikian kerana, ia merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Permohonan bantuan buat pengusaha pelancongan kini dibuka, pastikan anda buat permohonan sebelum tarikh tutup.

Tempoh Permohonan

Permohonan bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini dibuka sepanjang tempoh berikut sahaja:

  • 1 Mac hingga 15 Mac 2022

Pengusaha Pelancongan yang Layak

Bantuan kewangan oleh MOTAC ini mensasarkan permohonan daripada pengusaha pelancongan dalam kategori berikut:

  • Syarikat pengendalian pelancongan (TOBTAB)
  • Syarikat Malaysia My Second Home (MM2H)
  • Pemandu pelancong
  • Pengusaha spa
  • Pusat Urutan Kaki (PUK)
  • Pengusaha homestay

Kadar Bantuan Pengusaha Pelancongan MOTAC

Kadar bantuan akan diberikan mengikut kategori seperti berikut:

  • Syarikat TOBTAB dan MM2H: RM9,000
  • Pemandu pelancong: RM1,500
  • Pengusaha homestay: RM1,800

Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan Mei 2022.

Cara Memohon

Sekiranya anda memerlukan bantuan yang ditawarkan dan merupakan pengusaha pelancongan dalam kategori seperti yang dinyatakan, anda boleh buat permohonan mulai 1 Mac hingga 15 Mac 2022. Permohonan mestilah dibuat di laman web berikut:

Maklumat Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan pengusaha pelancongan ini boleh dirujuk kepada pejabat MOTAC di setiap negeri. Maklumat pejabat MOTAC boleh dirujuk melalui pautan berikut.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.