Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli di Malaysia

February 28, 2022 by No Comments

Kehidupan unik masyarakat orang asli di negara kita berpotensi untuk diketengahkan terutama dari segi nilai pelancongan, pendidikan, budaya dan hospitaliti golongan tersebut. Kini, pelbagai usaha untuk bangunkan sosioekonomi orang asli di Malaysia giat dijalankan oleh Native.

Melalui entri kali ini, Cik Min akan berkongsi sedikit sebanyak mengenai sosioekonomi masyarakat orang asli di Malaysia. Informasi yang menarik ini Cik Min dapatkan daripada portal Berita Harian.

Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli di Malaysia

Orang Asli Mempunyai ‘Watak” Istimewa

Pengasas tunggal Native, Daniel Teoh, 27, membulatkan tekad untuk membantu bangunkan sosioekonomi orang asli di Malaysia dari segi sektor pelancongan, selain meningkatkan keyakinan diri dan mengembangkan potensi golongan, sejajar dengan pemodenan negara.

Anak jati Bayan Lepas, Pulau Pinang ini bermula menjadi sukarelawan membantu untuk membina sebuah rumah di perkampungan Orang Asli di Semenyih, Selangor pada 2018 sekali gus mahu berbakti kepada masyarakat peribumi ini.

Usaha itu juga dilakukan untuk golongan wanita masyarakat orang asli, dengan menganjurkan program kemahiran mengajar seni kraf tangan menggunakan daun mengkuang. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh komuniti tersebut untuk orang ramai.

“Dari sudut lain, orang asli mempunyai ‘watak’ istimewa jika didekati. Sudah tiba masanya komuniti membantu meningkatkan sosioekonomi, sektor pelancongan, kemahiran dan yakin diri.”

Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli di Malaysia

Menerima Pelbagai Pengiktirafan | Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli di Malaysia

Usaha lulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam University of Nottingham, Semenyih ini dalam membantu masyarakat orang asli juga turut menerima pengiktirafan daripada Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) dan Deutsche Bank iaitu Anugerah SIF-Deutsche Bank Made for Good.

Anugerah itu bertujuan menyokong dan menggalakkan perusahaan sosial yang menunjukkan kecekalan dan inovasi hebat mereka dalam menyesuaikan perniagaan, bagi menyampaikan impak sosial walaupun menghadapi cabaran akibat pandemik COVID-19.

Sebagai alumni program Usahawan Sosial Muda (YSE) SIF, Daniel berkata pihaknya adalah sebuah perusahaan sosial pengembaraan impak di Malaysia yang memperkasakan komuniti orang asli untuk menjadi tuan rumah kepada pengalaman budaya mendalam sebagai satu bentuk mata pencarian.

“Dengan terhentinya sektor pelancongan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami mula memikirkan cara terbaik untuk orang asli seperti menjual durian yang diperoleh terus daripada komuniti rakan kongsinya (masyarakat orang asli).

“Perusahaan sosial ini menjadi jenama durian sebagai sumber asli pertama di Malaysia, dengan 40 peratus daripada penjualan itu disalurkan kepada benefisiari.

“Kami turut melengkapkan rakan kongsinya dengan kemahiran dan alatan digital asas, serta menawarkan pengalaman perjalanan maya, mewujudkan aliran hasil baharu untuk mereka.”

Perancangan Masa Hadapan | Bangunkan Sosioekonomi Orang Asli di Malaysia

Mengenai perancangan masa hadapan, beliau tidak akan menoleh ke belakang dan akan terus membina jaringan bersama-sama masyarakat orang asli untuk menjana pendapatan mereka sendiri.

“Secara terus terangnya, saya bukanlah membesar dalam suasana masyarakat itu malah tidak pernah terfikir untuk bekerjasama dengan mereka apabila dewasa.

“Namun, mendekati orang asli adalah anugerah terindah buat saya kerana di sebalik apa yang disangka orang luar, ia tidak sama jika sudah mengenali satu sama lain. Personaliti menarik dan mesra apabila orang luar mendekati masyarakat itu.

“Mereka akan mula bercerita dan berkongsi pengalaman. Dari situ saya percaya segala usaha kami dapat membantu meningkatkan sosioekonomi, selain khazanah hutan yang dekat dengan dunia mereka akan meninggalkan pengalaman berbeza kepada orang luar.”

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang bangunkan sosioekonomi orang asli di Malaysia kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.