Bagaimana Menulis Blog yang Menarik
Ramai usahawan sering risau tentang bagaimana menulis blog yang menarik. Mestilah risau kan, kita dah tulis panjang-panjang tapi pembaca rasa bosan dan tinggalkan artikel yang sedang dibaca tak sempat habis.
Hilang semangat tahun baru yang mula dipupuk tempohari bila tengok jumlah pembaca semakin berkurangan di blog.
Tips Bagaimana Menulis Blog yang Menarik Pertama #1 Tajuk Artikel Blog Mesti Menarik
Antara topik yang sering menjadi carian di Google ialah tentang bagaimana melakukan sesuatu, tips, teknik serta pengalaman peribadi.
Masukkan jumlah tips yang diberikan dalam artikel ini contohnya lima, tujuh dan sembilan. Ini adalah bagaimana menulis blog yang menarik.
Panjang tajuk biasanya tidak lebih daripada 10 patah perkataan bagi tujuan memuatkannya di dalam skrin.
Sekiranya terdapat spesifik jantina atau pekerjaan, lebih menarik artikel tersebut contohnya ‘Tujuh Sebab Kaum Wanita berusia 35 tahun keatas Kena Jaga Kesihatan Rambut
Gambar Kena Cantik
Bagaimana gambar yang cantik? Bukankah cantik itu bergantung kepada mata yang memandangnya haha. Gambar yang cantik ialah gambar yang terang dan mempunyai pixel lebih daripada 1000 keatas.
Sekiranya Tuan/Puan menjumpai gambar dari Google, sebaiknya ia dikreditkan semula kepada laman web asal atau Google.
Ada video ringkas
Upload video ringkas didalam video dan sharekan semula di dalam blog kita. Pastikan tajuk dan description tentang video tersebut ditulis dengan lengkap dan mudah difahami.