Abim Best Sajian Keluarga Masa Kini

May 24, 2023 by No Comments

Siapa sahaja tidak menyukai ayam gunting, kan? Ramai pastinya suka makan ayam gunting. Tapi, di mana jika kita hendak dapatkan ayam gunting yang sedap? Haa, kalau nak tahu, Abim Best lah jawapannya! Abim Best merupakan sajian keluarga masa kini kerana menghidangkan pelbagai jenis hidangan termasuklah ayam gunting dan bermacam-macam lagi.

Founder Abim Best

Abim Best Sajian Keluarga Masa Kini
Sumber: Facebook Abim Best

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang founder Abim Best, kan? Maklumlah, beliau bukan sahaja menghasilkan ayam gunting yang sedap, malah memberi inspirasi kepada ramai orang untuk menjadi usahawan sepertinya.

Nama founder Abim Best ialah Tuan Shahabim atau lebih mesra dikenali sebagai Tuan Abim. Beliau berasal daripada Kajang dan telah berhijrah ke Tangkak untuk memulakan perniagaan beliau. Pada mula perniagaan Abim Best, beliau hanya ingin menyara kehidupan. Namun, dengan usaha keras dan juga memperkenalkan produk makanan yang sedap ini, Abim Best telah menjadi sajian keluarga pada masa kini.

Menu di Abim Best | Abim Best Sajian Keluarga Masa Kini

Mesti ramai yang beranggapan Abim Best hanya menjual ayam gunting sahaja, kan? Jawapannya tidak dan ia mempunyai pelbagai menu lain yang dapat memikat hati si pembeli. Di Abim Best, terdapat menu lain seperti Sotong Raja, Mozarella Cheese Bomb dan juga Sosej Cheese.

Bukan sahaja menyajikan pelbagai menu, tetapi tuan puan juga tidak perlu risau dengan harganya. Pastinya berbaloi dan akan repeat sampai bila-bila. Menu-menu tersebut bermula dengan harga serendah RM2.50 sahaja untuk a la carte. Haa, mana nak cari harga murah macam di Abim Best, kan?

Wahh sedapnya sampai Cik Min pun telan air liur. Dah masuk musim cuti sekolah ini, ibu bapa bolehlah bawa anak-anak menikmati produk-produk di Abim Best ini kerana pastinya menjadi sajian keluarga masa kini.

Musim Cuti Sekolah Bersama Abim Best

Sudah masuk musim cuti sekolah ini pastinya ibu bapa tidak tahu untuk bawa anak-anak ke mana, kan? Ibu bapa bolehlah bawa anak-anak ke gerai Abim Best yang terdekat untuk merasakan kelazatan dan keenakan produk di Abim Best. Kalau nak tahu, mereka menjual produk segar dan berkualiti tinggi.

Bukan sahaja anak-anak yang tidak boleh berhenti makan, ibu bapa sekali tidak boleh berhenti kerana sedap sangat! Kalau nak tahu tentang lokasi kiosk Abim Best serta info terbaru, tuan puan boleh layari Facebook dan Instagram Abim Best.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang “Abim Best Sajian Keluarga Masa Kini”. Jumpa lagi di lain postingan dan jangan lupa untuk membaca lebih banyak artikel menarik di Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.