Urut Sakit Badan Kuala Lumpur (Sports Massage PRO MMR)

February 4, 2018 by 2 Comments

Servis Urut Sakit Badan Kuala Lumpur di PRO MMR

Antara topik yang paling banyak carian di blog ialah servis urut sakit badan Kuala Lumpur. Kalau kita di kampung macam dah kenal Mak Semah, Wak Timah, Wak Din yang dah terkenal dengan kepandaian mengurut kan?
Tapi ini bandaraya Kuala Lumpur, mana nak cari orang yang pandai urut sakit badan wehhhh.
Seakan-akan reda dengan kesakitan badan dengan harapan nanti baiklah tu. Takpun bila ada rezeki balik kampung, berurut.

Di Kuala Lumpur pun banyak juga pusat urut seperti urutan Thailand, blind massage oleh orang-orang buta, refleksologi dan macam macam lagi. Rambang mata tak tahu nak pergi yang mana satu sebab kita nak sihat dan segarkan badan yang sakit ni kan.

Namun kini selepas saya kenal PRO MMR – Sports Massage & Treatment, harapan seolah-olah bercahaya haha!

 

 

Siapakah PRO MMR?

Sejak hampir 8 tahun lepas PRO MMR menyediakan perkhidmatan sports massage and treatment ataupun servis urut sakit badan Kuala Lumpur kepada orang biasa (bukan atlit) dan juga atlit.

 

Pro MMR menggunakan teknik ‘urutan sukan’ atau ‘sports massage’ yang lebih memfokuskan kepada otot kita.
Semua sports therapist mempunyai sijil dan belajar anatomi badan manusia serta teknik urutannya lebih teratur dan sistematik berbanding urutan biasa. Di luar negara, sports massage memang terkenal dan diapplikasikan oleh semua orang samada ahli sukan ataupun orang biasa bagi melegakan otot yang sakit.

Sport massage Kuala Lumpur

Gambar sports therapist PRO MMR bersama atlit berbasikal di luar negara.

Kenapa kena guna servis urut sakit badan di PRO MMR?

Selalunya bila kita sakit badan, kita panggilnya sakit urat ataupun angin dalam badan kan.
Tapi sebenarnya apa yang berlaku ialah otot kita overused dengan sesuatu aktiviti kita.
Contohnya dah lama tak bersenam dan tiba-tiba panjat bukit di hujung minggu.

Urut sakit badan Kuala Lumpur

Atau beberapa hari bekerja depan komputer menyiapkan tugasan dari pagi sampai malam.
Itu pun men’stress’kan otot kita. Akibatnya, beberapa bahagian badan kita akan sakit. Mungkin bahagian bahu, atau belakang badan.
Atau mungkin juga kaki dan tangan bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan.

 

Biasanya kita biarkan sahaja kan?
Tapi bahaya tau.

Katakanlah kita sakit sebelah kaki kiri, dan kita tak berurut.
Ianya berlarutan sehingga seminggu atau mungkin sebulan. Kemudian ianya dah baik dan kita rasa lega.
Namun bahayanya ialah kita mungkin sakit kaki kanan pula!
Sebab selama sebulan kita sakit kaki kiri dan kita terlebih guna kaki belah kanan!
Ianya efek keseluruhan badan nanti.

Jadi kawan-kawan, jika ada sakit mana-mana bahagian badan, terus lah ke PRO MMR untuk mendapatkan servis urut sakit badan di sini atau namanya Sports Massage.

 

 

Servis urut sports massage kuala lumpur

Gambar team PRO MMR memberikan servis urutan sukan sports massage kepada tim Maharaja Lawak untuk membantu melegakan ketegangan otot badan selepas beberapa hari rehearsal pagi sampai malam!

Sports Massage tu apa?

Sports massage adalah teknik urutan yang memfokuskan kepada kelegaan otot (muscle) yang tegang mahupun yang tercedera.
Ianya umpama memberikan ‘treatment’ ataupun ‘rewards’ kepada otot kita.

Kesiannnn dia kerja kuat kan.
Ada kawan-kawan yang aktif bersukan seperti berlari ataupun berbasikal mahupun berfutsal, mesti ambil tahu tentang servis sports massage oleh PRO MMR ini.

Banyak sangat good review yang membuatkan kita seakan-akan wajib mendapatkan servis sports massage ini!
Usah dibiarkan kesakitan badan berlarutan.

Sports Massage Kuala Lumpur

Mula-mula berurut maybe rasa sakit tapi apabila otot kita mendapat rawatan yang sepatutnya dari sports therapist di PRO MMR — wahhhhhhh ini lah hasilnya!

 

“Lepas 2 ke 3 jam, tempat sakit tu DAH TAK RASA SAKIT LANGSUNG! Rasa macam tak percaya pulak!”

 

Testimoni PRO MMR servis urut sakit badan Kuala Lumpur

Setelah sekian lama kita menanggung kesakitan, lepas ni kalau ada apa-apa je rasa tak selesa atau sakit badan, terus ke PRO MMR ya kawan-kawan!

Servis urut sakit badan Kuala Lumpur oleh PRO MMR ini sesuai untuk atlit dan bukan atlit, lelaki dan perempuan, orang dewasa dan juga kanak-kanak asalkan………ada otot untuk di urut maksudnya tidak terlalu kurus.
Jaranglah ada orang yang terlalu kurus tanpa otot kan di Malaysia.

PRO MMR - Tahira

Dalam gambar ni adalah atlit dalam bidang larian – Tahira dan Aman yang hadir ke PRO MMR untuk mendapatkan servis sports massage disini.

 

Servis-servis lain di PRO MMR?

Selain urutan sukan, PRO MMR juga ada servis ‘sports cupping’ iaitu berbekam, terapi ais serta pelbagai lagi terutama kepada ahli sukan.

Kalau kawan-kawan ada kenal ahli sukan yang tak tahu nk buat recovery kat mana, terus buat temujanji di PRO MMR untuk merasai yang di sinilah tempat yg paling tepat!

 

Bagaimana menghubungi PRO MMR?

Untuk temujanji urut sakit badan Kuala Lumpur, jangan terus ke PRO MMR ya sebab kena buat appointment.
Kalau masa kita walk in tu dah ada orang buat appointment, kesian pula kena tunggu.
Terbuka kepada lelaki dan perempuan kerana mereka mempunyai sports therapist lelaki dan perempuan. Jangan risau ya!

Alamat dan nombor telefon untuk membuat temujanji urut sakit badan Kuala Lumpur ialah

No 20-4 jalan 3/146, Metro centre, Bandar Tasik Selatan (5.66 mi)
Kuala Lumpur, Malaysia 57000
Dibuka setiap hari 10 pagi sehingga 10 malam.

Highlights info row image 012-399 2109

Urut sakit badan

Ini pakej yang ditawarkan oleh PRO MMR sepanjang 2018.

Servis urut sakit badan Kuala Lumpur

Follow PRO MMR untuk mendapatkan informasi di Facebook PRO M  – Sport Massage and Treatment

Hubungi melalui WhatsApp (klik jika guna phone) untuk servis urut sakit badan Kuala Lumpur
Jika nak WhatsApp, berikan kod LunaMMR ya!

Follow Instagram PRO MMR untuk mengetahui lebih tentang servis urut sakit badan dan dapatkan harga promosi.

2 Replies to “Urut Sakit Badan Kuala Lumpur (Sports Massage PRO MMR)”

  1. ummi nani says:

    un dah cuba..best sangat..terasa urat2 di picit

    1. LunaStory says:

      Terima kasih kerana mendapatkan servis Pro MMR ya Puan Ummi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.