Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi

June 30, 2022 by No Comments

Pendidikan anak sangat penting untuk dimulakan sejak awal usia. Oleh itu, kebanyakan ibu bapa masa kini memilih untuk menghantar anak ke tadika, seawal usia empat tahun. Tentunya, tadika yang terbaik pasti menjadi tumpuan dan buruan para ibu bapa. Oleh itu, perkongsian Cik Min pada kali ini telah dikhususkan buat penduduk di Bangi, Selangor yang sedang mencari tadika terbaik di Bandar Baru Bangi.

Tahukah anda, seorang ahli falsafah pendidikan bernama Maria Montessori pernah berkata bahawa, otak kanak-kanak diibaratkan seperti span? Span ini bersifat menyerap, begitu juga otak kanak-kanak yang mampu menyerap banyak ilmu di awal usia. Oleh itu, sekiranya anda tidak merebut peluang ini untuk menambah ilmu dan kemahiran anak-anak, anda sememangnya akan rugi … Jadi, jom sama-sama kita sediakan pendidikan terbaik untuk anak-anak.

Walau bagaimanapun, wujud ke tadika terbaik di Bandar Baru Bangi yang memfokuskan kedua-dua kemahiran akademik dan juga kemahiran kepimpinan?

Haaa, ni Cik Min nak share! Sekiranya anda masih belum menemukan tadika yang sesuai untuk anak-anak, anda boleh mula survey salah satu tadika terbaik di Bandar Baru Bangi yang terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, Selangor ini. Jom teruskan bacaan untuk info lanjut!

Mengapa ibu bapa memilih Tadika ABS Bandar Baru Bangi?

Tadika ABS Bandar Baru Bangi yang terletak di alamat No. 1 Jalan 3/31 Seksyen 3, Bandar Baru Bangi 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan ini, beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, seawal jam 7 pagi sehingga 6 petang. Kebiasaannya, tadika akan beroperasi bermula jam 8 pagi. Jadi, ibu bapa tidak perlu lagi tergesa-gesa untuk ke pejabat selepas menghantar anak ke tadika.

Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi
Kredit: Facebook Tadika ABS – Tuan Muda dan Cik Puan Muda Tadika ABS Bandar Baru Bangi.

Selain itu, Tadika ABS Bandar Baru Bangi juga mempunyai tenaga pengajar yang terdiri daripada guru terlatih dan berpengalaman dalam membimbing anak-anak. Para guru di Tadika ABS juga turut menjalani Latihan Guru Aktif Bijak Santun. Latihan ini bertujuan menambah ilmu dan kemahiran guru-guru Tadika ABS dalam teknik pengajaran dan pembelajaran modul.

Apa yang lebih menarik yang Cik Min boleh kongsikan ialah, latihan ini tidak hanya berlangsung sekali sahaja. Walaupun guru-guru di Tadika ABS Bandar Baru Bangi telah lama berkhidmat, latihan untuk mereka tetap disediakan supaya guru-guru ini tidak ketinggalan dan tetap terus menyediakan pendidikan yang berkualiti buat anak-anak anda.

Bukan itu sahaja, anak-anak anda akan berada di dalam persekitaran yang ceria, selamat dan juga selesa. Suasana ini akan menyebabkan anak-anak menjadi lebih seronok untuk belajar. Cik Min yakin, confirm lepas ini, anak-anak anda akan lebih bersemangat untuk ke tadika!

Seterusnya, modul dan program yang menepati keperluan dan fitrah anak-anak. Seperti yang kita tahu, fitrah kanak-kanak adalah bermain. Oleh itu, di Tadika ABS Bandar Baru Bangi ini, pembelajaran akan dilaksanakan menggunakan konsep belajar sambil bermain. Hal ini akan menjadikan kemahiran berfikir anak-anak tidak hanya tertumpu kepada otak, tetapi turut diselaraskan dengan pergerakan tubuh badan. Barulah otak cerdas dan badan sama cergas!

Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi
ABS Fun Time Challenge dengan konsep permainan tradisional yang menguji kemahiran, ketangkasan dan kebijaksanaan anak-anak ketika bermain.

Tadika terbaik di Bandar Baru Bangi ini juga ada menyediakan pelbagai program tambahan yang memenuhi keperluan perkembangan anak-anak, seperti Kelas Bacaan Mengaji, Program Fardhu Ain dan Hafazan, Program Membaca: Kaedah Fonik dan Suku Kata, dan Projek Bertema: Seni Kreatif. Program tambahan yang dilaksanakan ini bertujuan sebagai pengukuhan buat anak-anak. Program tambahan ini juga merupakan tanda dedikasi guru-guru kreatif Tadika ABS tau! InshaAllah, anak-anak akan lebih selesa dan tidak mudah takut dengan guru-guru di sini.

Cik Min tahu, pasti anda sedang memikirkan tentang yuran, kan? Tahukah anda, di Tadika ABS Bandar Baru Bangi ini terdapat pelbagai pakej yuran yang memudahkan urusan ibu bapa. Anda tidak perlu rasa terbeban kerana Tadika ABS Bandar Baru Bangi pasti akan menawarkan pakej yuran yang sesuai dengan kehendak anda dan juga anak-anak. Lagipun, Cik Min dengar, pakej yuran yang ditawarkan oleh tadika ini sangat berbaloi tau … Memang terbaik Tadika ABS di Bandar Baru Bangi ni!

Anak Saya Akan Belajar Apa? | Tadika Terbaik di bandar Baru Bangi

Tadika ABS Bandar Baru Bangi merupakan tadika swasta yang mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) untuk mengembangkan potensi kanak-kanak, khususnya kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.

Kanak-kanak di Tadika ABS Bandar Baru Bangi akan melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Gaya pembelajaran ini juga dapat mengembangkan potensi anak-anak anda dalam aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Pembelajaran di Tadika ABS Bandar Baru Bangi ini juga disokong dengan modul khas seperti Little Ibnu Sina: Sains.Cerita.Eksplorasi, Smart English, Smart Muslim dan Playschool Astakona. Terdapat juga Modul Kelab ARAF (Kelab Kewangan dan Keusahawanan Abdul Rahman Auf) yang merupakan modul keusahawanan untuk mendidik generasi celik wang ini memupuk kemahiran ‘survivor‘ yang tinggi.

Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi
Anak-anak diajar berniaga dalam Kelab ARAF.

Wahhh, ini pertama kali Cik Min dengar tentang modul keusahawanan didedahkan di peringkat prasekolah. Seronoknya anak-anak dapat merasai pengalaman menjadi ‘usahawan cilik’! Ini baru betul tadika terbaik di Bandar Baru Bangi.

Matlamat Tadika ABS Bandar Baru Bangi | Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi

Anda tidak perlu risau untuk menghantar anak-anak ke tadika terbaik di Bandar Baru Bangi ini kerana, para guru di sini amat berpegang kepada matlamat persekitaran yang ceria, selesa dan selamat, serta untuk memberikan kesan positif bagi perkembangan anak-anak tanpa tekanan.

Matlamat ini seiring dengan tiga misi utama Tadika ABS Bandar Baru Bangi demi mempersiapkan anak-anak untuk masa hadapan iaitu:

  • ✅ Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menggembirakan.
  • ✅ Melahirkan generasi berakhlak baik, berbudi bahasa dan bersopan santun melalui bahasa & Budaya tinggi serta teknik Nabi yang selaras dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  • ✅ Memupuk nilai keusahawanan dan bijak kewangan melalui 6 nilai Preneurship.

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tadika Terbaik di Bandar Baru Bangi”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.