Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

June 30, 2022 by No Comments

Detik pertama kali anak menjejakkan kaki ke sekolah, merupakan saat yang paling mengharukan buat setiap ibu bapa di dunia. Cik Min percaya, anda sebagai ibu bapa pasti akan memilih sama ada prasekolah terbaik kerajaan, ataupun tadika swasta terbaik yang ada di Malaysia untuk anak-anak tersayang, kan?

Untuk pengetahuan anda, terdapat kira-kira 24 410 institusi tadika dan prasekolah yang telah berdaftar di seluruh Malaysia tau! Antaranya ialah Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA), termasuklah TABIKA KEMAS yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, TABIKA Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan, serta semua prasekolah yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga swasta.

Wahhh baru Cik Min perasan … Banyak betul pilihan tadika untuk anak-anak kita rupanya! Namun, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan ibu bapa berpusu-pusu untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke tadika swasta yang terbaik di Malaysia. Ada yang sampai sangguplah mengeluarkan belanja besar demi pendidikan prasekolah yang berkualiti untuk anak mereka. Memang terbaik!

Tetapi, Cik Min tertanya-tanyalah juga … Kenapa agaknya ibu bapa ni lebih memilih tadika swasta ya? Haaa, kalau anda nak tahu sebabnya, mari teruskan membaca perkongsian Cik Min untuk info lebih lanjut!

Mengapa Tadika Swasta? | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan tadika swasta menjadi pilihan para ibu bapa zaman kini. Pertama ialah, kelebihan nilai tawaran modul dan program yang tadika itu sediakan. Ibu bapa mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendaftar anak mereka di tadika swasta yang menawarkan pelbagai program tertentu, sesuai dengan kehendak ibu bapa dan minat anak-anak. 

Kedua, tadika swasta menjadi pilihan ibu bapa disebabkan kemudahan dan fasiliti yang disediakan. Misalnya, seperti ruang yang selamat untuk anak-anak menunggu sementara dijemput ibu bapa. Kemudahan ini tidak semestinya untuk anak-anak sahaja. Kadangkala, kemudahan yang disediakan oleh tadika juga diperlukan oleh ibu bapa. Misalnya, kawasan yang selesa untuk menghantar dan mengambil anak-anak tanpa mengganggu aliran trafik di kawasan tersebut, dan sebagainya.

Ketiga, tadika swasta juga menawarkan modul tambahan yang berbeza dan dilengkapi pelbagai program tambahan lain untuk memenuhi keperluan murid dan ibu bapa masa kini. Antara contoh program tambahan yang ditawarkan di kebanyakan tadika swasta ialah, kelas muzik, kelas berenang dan juga kelas bahasa ketiga atau asing, seperti bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Terdapat juga tadika yang menawarkan program kelas mengaji Iqra’ dan Al-Quran tau! All-in-one bak kata orang…

Tadika ABS – Aktif, Bijak dan Santun | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Ada yang masih mencari atau sedang memilih tadika yang terbaik untuk anak-anak? Ni ada satu cadangan daripada Cik Min … Untuk pengetahuan anda, antara salah satu tadika swasta yang terbaik di Malaysia ialah, Tadika ABS!

Tadika ABS ini hanyalah singkatan sahaja tau! Nama penuhnya ialah, Tadika Aktif, Bijak, Santun. Ia merupakan satu institusi prasekolah yang bukan sahaja memfokuskan penguasaan kemahiran akademik, tetapi juga membimbing anak-anak anda untuk fokus terhadap kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan untuk ‘survive‘, dalam suasana yang kian mencabar ini.

Tadika swasta terbaik di Malaysia
Anak-anak di Tadika ABS yang digelar Tuan Muda dan Cik Puan Muda

Menarik, kan? Cik Min pun ikut teruja juga. Memang jarang nak jumpa tadika yang tidak hanya memfokuskan kepada akademik sahaja semata-mata. Tapi, bukan itu sahaja kelebihan Tadika ABS ni tau! Antara kelebihan lain Tadika ABS yang menjadikannya tadika swasta terbaik di Malaysia ialah:

  • ✅ Persekitaran pembelajaran yang mengutamakan keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid.
  • ✅ Mendorong tingkah laku positif murid melalui teknik mendidik gaya Nabi.
  • ✅ Penerapan amalan dan budaya Melayu tinggi dalam proses pendidikan.
  • ✅ Penerapan nilai keusahawanan dan kewangan.
  • ✅ Pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan komprehensif bagi mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.

Wahhh, unik betul teknik yang digunakan oleh tadika ABS ni! Cik Min yang dah sedia teruja ni pun makin teruja sekali. Oh sebelum Cik Min terlupa, untuk pengetahuan anda, Tadika ABS ini khusus untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 4 hingga 6 tahun. Jadi, jika anda mempunyai anak dalam lingkungan umur ini, bolehlah mula survey Tadika ABS sekarang!

Tadika ABS di Seluruh Malaysia | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Tadika swasta terbaik di Malaysia
Murid-murid Tadika ABS sewaktu Hari Apresiasi Bakat

Haaa, anda tahu tak bahawa Tadika ABS mempunyai cawangan di seluruh Malaysia? Tadika ABS ini boleh dijumpai di Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Sabah. Sangat sesuai sekiranya anda merupakan ibu bapa yang sering berpindah randah atas tuntutan kerja. Tidaklah anak-anak anda ketinggalan atau perlu menyesuaikan diri di tadika baharu. Tak gitu?

Apa Beza Tadika ABS dan Tadika-tadika Lain?

Antara perkara yang membezakan Tadika ABS dengan tadika-tadika lain ialah, guru-gurunya mengunakan teknik Nabi sebagai teknik mendorong murid secara positif. Unik, kan? Rasanya … Cik Min sendiri pun belum pernah dengar lagi tentang tadika yang mendidik menggunakan teknik Nabi ini, walaupun tadika itu berunsurkan islamik. Memang unik!

Seterusnya, di Tadika ABS, bahasa dan budaya yang tinggi juga diaplikasikan untuk menerapkan budaya dan akhlak halus dalam generasi kini. Yelah, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Betul tak?

Tadika swasta terbaik di Malaysia
Antara aktiviti yang dilakukan di Tadika ABS bagi merangsang kemahiran motor halus murid-murid

Akhir sekali, perkara yang membezakan Tadika ABS dan tadika-tadika lain adalah, penerapan 6 Nilai Preneurship iaitu bekerjasama, berintegriti, berinovasi, sanggup memikul beban orang lain, bijak berdiplomasi dan memperjuangkan kebenaran dalam Modul Kelab ARAF. Wow! Bukan biasa-biasa Tadika ABS ni. Memang selayaknya digelar sebagai tadika swasta terbaik di Malaysia!

Misi dan Visi Tadika ABS | Tadika Swasta Terbaik di Malaysia

Dalam mendidik anak-anak di Tadika ABS, para guru di sini tekad menjunjung tiga misi utama iaitu: 

  • ✅ Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan menggembirakan. 
  • ✅ Melahirkan generasi yang berakhlak baik, berbudi bahasa, bersopan santun melalui bahasa dan budaya tinggi, serta teknik Nabi yang selaras dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  • ✅ Memupuk nilai keusahawanan dan bijak kewangan melalui 6 nilai Preneurship.

Ketiga-tiga misi di atas adalah bertujuan untuk merealisasikan visi Tadika ABS, iaitu mempersiapkan anak-anak untuk masa hadapan.

Berminat untuk Mendaftarkan Anak Anda di Tadika ABS?

Anda berminat untuk mendaftarkan anak-anak di Tadika ABS? Mahu anak anda lebih menikmati pengalaman belajar yang lebih meluas? Jom sertai Kelas Percubaan Tadika ABS secara PERCUMA sekarang juga!

Anda hanya perlu klik di sini, dan anak anda boleh rasai sendiri kelas percubaan percuma selama 5 hari. Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://tadikaabs.com/ atau Facebook Tadika ABS.

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Tadika Swasta Terbaik di Malaysia”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.