Sarang Burung Sayap Walet : Minuman |PeDAS

March 2, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Sarang Burung Sayap Walet” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Apa Itu Sarang Burung Walit

Sarang Burung Sayap Walet-2

Sarang burung walit adalah sejenis sarang burung yang boleh dimakan oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, ia dikategorikan sebagai “edible bird’s nest” (EBN), dan burung walit pula dipanggil “swiftlets.” Jadi, ianya adalah edible nest swiftlets.

Sejak dahulu lagi, hidangan menarik dan eksotik ini menjadi pilihan makanan kesihatan, terutamanya di kalangan masyarakat Cina atau Tionghua. Ianya adalah kerana sarang burung walit (atau walet) merupakan komponen utama di dalam perubatan tradisional Cina, yang dikatakan mampu meningkatkan kesan kesihatan, meningkatkan kulit dan menguatkan sistem imun.

Perkembangan Industri Sarang Burung Walet Di Malaysia

Ianya bermula dengan penuaian sarang burung walet di gua-gua batu kapur yang dikatakan bermula di Gua Niah, Sarawak lebih kurang 100 tahun dahulu. Apabila industri pengumpulan sarang burung walet mula berkembang, banyak “rumah toko” atau “rumah roko” dibina untuk menggalakkan burung walet bersarang keluar daripada gua-gua dan diternak dengan lebih meluas.

Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walet menjadikan ianya satu komoditi yang mempunyai pasaran meluas di serata dunia. Malaysia merupakan peneluar ke-5 terbesar sarang burung walet di dunia selain daripada Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

(Sumber Rujukan)

Salah seorang peserta usahawan PeDAS kita merupakan salah seorang pengeluar produk EDB berasaskan minuman, iaitu Sayap Walet.

Minuman Sarang Burung Sayap Walet

Sarang Burung Sayap Walet-1

Minuman sarang burung Sayap Walet merupakan produk keluaran Nuras Secret Enterprise yang berpusat di Johor Bahru. Mula beroperasi dari tahun 2017, produk keluaran Bumiputera 100% ini ingin menjadikan produknya dapat dirasakan oleh setiap orang, tidak kira pelbagai latar belakang.

Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Kurma|Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Laici|Minuman Air Sarang Burung Bersama Buah Durian Belanda

Sayap Walet memperkenalkan produk minuman berasaskan sarang burung walet bersama perahan buahan-buahan segar. Didatangkan dengan botol plastik bersaiz 250 ml dan 2% sarang burung walet, semua orang boleh menikmati sarang burung walet yang harganya sangat mahal di pasaran sebenar.

Harga untuk sebotol 250ml minuman ini adalah RM3.50.

Cara pengambilan: Diminum setiap pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

Usahawan PeDAS Minuman Sayap Walet

Pemilik Nuras Secret Enterprise, Puan Nuraslina Binti Azhar memasarkan produk minuman buah-buahan bercampur dengan sarang burung walet sebagai salah satu cara untuk memvariasikan makanan tambahan selain daripada makanan seperti ginseng.

Hal ini kerana tidak semua orang dapat menikmati herba seperti ginseng atas sebab-sebab tertentu yang menghalang mereka daripada mengambil produk tersebut. Sarang burung dengan campuran buah-buahan adalah salah satu cara untuk menarik minat pelanggan yang mencari cara untuk merasa sarang burung dan menikmati kelazatan rasa buah.

Kata-kata Inspirasi Daripada Usahawan PeDAS Sayap Walet

“Percaya Pada Diri, Kemudian Orang Lain Akan Percaya Pada Anda”


Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan ini?

Facebook | Instagram | Sayap Walet Homepage | WhatsApp

Anda juga boleh mendapatkan produk ini di kedai fizikal beralamat:

Pasar Peladang Skudai, Batu 10, 81300, Johor Bahru

Cik Lis akan reviu produk usahawan ini seterusnya di entri berikutnya pula ya:

Entri kedua|| Produk Sarang Burung Walet Malaysia | PeDAS


Program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah sebuah program dibawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.