Review Filem Joker

October 23, 2019 by No Comments

Review filem Joker ini merupakan ulasan LunaStory dan mungkin MEMPUNYAI SPOILER jadi Tuan/Puan digalakkan membaca semula selepas menonton filem ini di pawagam. Review Filem Joker 2019 ini adalah bersempena Minggu Kesihatan Mental Masyarakat

Put on a happy face – Joker 2019

Filem Joker 2019 menyajikan sebuah filem dari sudut ‘musuh’ Batman. Bagi yang ingin mengetahui ‘kenapa Joker sebegitu?’ filem ini MUNGKIN menjawab persoalan kita bertahun-tahun.

Review Filem Joker dari sudut Sakit Mental

Filem ini memaparkan watak Arthur Fleck (Joker) yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix yang bekerja sebagai pelawak (comedian) di sebuah ejensi di bandaraya Gotham.

Bandar Gotham digambarkan sebagai sebuah bandar yang gelap (dark), penuh sampah, kes buli dan kekecewaan.

Arthur Fleck yang dipukul oleh budak-budak nakal di bandar Gotham

Pembukaan filem Joker sudah berat dan penuh kekesalan. Arthur Fleck duduk di hadapan sebuah cermin dan sedang bersedia untuk memulakan tugasannya. Tugasan beliau pada hari itu ialah mempromosikan jualan penghabisan stok sebuah kedai muzik.

“Senyum dan ketawa di luar, namun menangis didalam hati.”

Arthur Fleck, Joker 2019

Arthur Fleck berusia lingkungan tiga puluhan dan merasakan kegagalan dirinya. Senyuman yang dipaparkan dan kebahagiaan yang cuba diberikan kepada orang lain membuatkannya semakin dan semakin sedih.

Sisi Baik Joker

Arthur Fleck tinggal bersama ibunya yang sudah tua bernama Penny Fleck dilakonkan oleh Frances Conro. Seorang yang sudah tua, sakit dan sangat mengasihi anaknya. Ibu mana yang tak bangga dengan anak-anak mereka kan?

Ibu Arthur sering memanggilnya dengan nama samaran ‘Happy’ dan beliau akan senyum setiap kali ibunya panggil begitu.

Penny Fleck pernah bekerja dengan Thomas Wayne (bapa Batman) seorang wakil rakyat yang berkarisma dan kaya. Dalam filem Joker 2019 ini, Penny beberapa kali menghantar surat kepada Thomas Wayne dan ternanti-nanti balasannya.

Setiap kali Arthur pulang dari kerja, ibunya akan bertanya “Ada surat dari Mr Wayne?” dan jawapan Arthur ialah “Belum ibu.”
Matanya seakan-akan berkata “Mengapa dia akan balas surat ibu? Apa pentingnya ibu?” Biarpun Penny berkali-kali beritahu yang Mr Wayne sentiasa menjaga pekerja yang pernah bekerja dengannya seperti sebuah keluarga.

Pastilah Arthur tak percaya dan ia dapat menghasilkan dendam pada matanya setiap kali melihat Mr Wayne di kaca televisyen yang sedang bertanding untuk sebuah jawatan di bandar Gotham.

Thomas Wayne kelihatan berjaya dan bahagia bersama isteri dan anaknya Bruce Wayne (Batman) dan ia membuatkan Arthur semakin kecewa apabila ibunya diabaikan.

Baca plot lengkap di laman web Wikipedia.

Perasaan Arthur sentiasa celaru dan kecewa dengan kehidupannya

Arthur sedang on medication dimana beliau perlu makan ubat untuk bertenang. Beliau juga menghadiri kaunseling untuk situasi beliau.

Berat, memang berat. Penonton akan merasakannya dan terbawa-bawa didalam kesukaran yang dirasai oleh Arthur.

Penulis pula rasa nak bersihkan bandar Gotham terutama apartmen Arthur yang aduh semaknya dan penuh dengan tulisan vandalisme.

Rancangan Kegemaran Arthur dan Penny

Untuk review filem Joker ini penulis sukakan cara Arthur menjaga ibunya. Beliau menyuapkan makanan, memandikan dan menonton rancangan televisyen bersama ibunya.

Rancangan kegemaran mereka berdua ialah sebuah rancangan komedi iaitu Murray’s Show. Jenaka Murray menghiburkan mereka berdua dan cita-cita Arthur untuk keudara bersama pengacara hebat itu didalam rancangan Murray.

Review filem Joker

Berbalik kepada kerjaya Arthur, komedi yang Arthur tonjolkan seringkali hambar dan tidak mendapat sambutan. Beliau juga mempunyai masalah ketawa yang tidak dijangka pada bila-bila masa dan ada waktunya beliau ketawa ketika sedang sedih, marah dan juga keseorangan. Beliau tidak dapat mengawal keinginan untuk ketawa tersebut.

Keganasan dalam Review Filem Joker 2019

Review filem Joker

Sungguh filem Joker ini ganas dan meresahkan.

Bukan sahaja dari segi emosi malah dari segi fizikal. Arthur menerima pistol daripada kawannya dan mula menggunakannya di tempat awam. Fuhhh ini kalau budak-budak tengok ni memang syok lah main tembak-tembak dan berdarah memercik disana-sini.

Filem Joker ini tidak sesuai untuk tontonan umum dan orang dewasa juga memerlukan panduan selepas menontonnya. Walaupun sebelum filem Joker ditayangkan, ia telah mendapat review filem Joker yang dikecam di seluruh dunia kerana mesej yang disampaikan.

Penulis sebelum ini pernah membaca beberapa review tentang filem Joker yang ditulis oleh orang Malaysia tentang bagaimana ‘puas’nya mereka apabila ada filem yang mewakili perasaan mereka tentang sakit mental yang dialami.

Ada juga kecaman dari pihak yang mahir tentang pesakit mental dimana pada kebiasaannya pesakit mental akan mahu mencederakan dirinya dan bukan orang lain seperti yang digambarkan dalam filem Joker 2019 ini.

Arthur banyak menyakiti dan membunuh individu didalam filem ini dan menerbitkan rasa ‘takut’ kepada orang yang ada masalah mental walhal keadaannya bukan begitu. Mereka perlukan teman dan sokongan emosi berbanding dibiarkan.

Review Filem Joker
Arthur sebelum masuk ke rancangan Murray’s Show

Pengakhiran Filem Joker 2019

Review Filem Joker 2019 ini ingin berkongsikan kebaikan dan kekurangan yang dialami sepanjang menonton filem ini.

Kekurangan filem Joker

Berat, gelap (dark) dan meresahkan.
Sebaik sahaja kita keluar dari panggung, kita akan rasa macam semua orang nak serang kita ataupun kita akan rasa anxiety. Itu apa yang dirasakan oleh penulis.

Penulis mengharapkan sebuah pengakhiran yang positif dan membina berbanding membunuh semua orang yang kita sayang supaya kita rasa tidak kehilangan apa-apa.

Orang yang kita sayang patut dilindungi supaya kita membina diri kita menjadi lebih kuat dan bukannya dilenyapkan.

Admin LunaStory

Kelebihan filem Joker

Kelebihan filem Joker ialah ianya dapat menutup segala kekurangan dalam filem ini. Sampai tak sedar yang kita rasa resah seharian.
Plot cantik dan tak membosankan.
Persoalan yang ditinggalkan kepada penonton juga membuatkan kita tak tenang duduk dan tidur.

Pembaca akan terbahagi kepada dua!

Punyalah hebat pengarah Todd Philips ini sampai penamat cerita pun belum tamat. Beliau meninggalkan kita semua kepada dua golongan. Satu golongan yang percaya kepada Thomas Wayne yang mengatakan ibu Arthur ialah seorang yang tidak siuman.

Satu golongan lagi ialah mereka yang percaya kepada Penny Fleck berikutan beberapa scene yang menyokong kepada penyataan ini.
Maka bolehlah kita bergaduh mempertahankan kepercayaan kita haha.

Hero Filem Joker ialah Pemberontakan

Kami setuju untuk tidak bersetuju untuk hero dalam filem ini iaitu pemberontakan dan kehancuran. Jiwa muda yang menonton kadangkala keliru dan terikut-ikut biarpun mereka senyap tak berbicara.

Baca Review Filem Geran yang sedang box office di Malaysia di link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.