Resepi Sup Ikan Merah Sedap Giler

June 30, 2017 by No Comments

Resepi sup ikan merah sedap

Setiap kali mak mertua saya masak sup ikan merah, ianya saaaangat sedap. Boleh bertambah nasi beberapa kali. Jadi saya kongsikan resepi sup ikan merah sedap supaya kawan-kawan dapat berkongsi kegembiraan yang sama ketika menikmatinya.

Senang aje.

Ikut aje resepi sup ikan merah sedap ni confirm sedapppp dan teringat-ingat.

Bahan-bahannya ialah:

Dua potong Ikan Merah
Limau kasturi
Halia
Bawang Merah
Bawang Putih
Sup bunjut
Daun Bawang Putih – Leek
—-

1. Siang dan basuh kepala/keratan ikan merah. Kemudian lumur ikan dengan limau kasturi bagi menghilangkan hanyir ikan.
2. Tumbuk halia, bawang putih & bawang merah dalam lesung batu.
3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sehingga garing dan tambahkan air.
4. Bilas ikan yang dilumur limau tadi dengan air & masukkan ikan dalam sup
5. Masukkan sup bunjut & serbuk lada hitam. Biar mendidih.
6. Tambah garam & perasa secukup rasa.

Resepi sup ikan merah sedap

Sedapnya sup ikan ini

Turut boleh dinikmati bersama potongan cili didalam kicap dan perah limau nipis didalamnya.

Selamat mencuba resepi sup ikan merah sedap ini ya.

Tips untuk mendapatkan ikan merah yang segar ialah pergi pasar awal awal pagi.

Resepi daging dendeng disini.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.