Resepi Dendeng Daging untuk Ibu

February 16, 2017 by No Comments

Resepi Dendeng Daging

Disclaimer : Penulis telah menjumpai beberapa resepi lalu menjadikannya satu resepi dendeng daging nya seperti di bawah.
Ianya bergantung kepada apa yang ada didalam peti ais.

Bahan 1

1kg daging direbus bersama halia dan bawang putih yang diketuk selama 15 ke 20 minit.

Bahan 2

Dalam 7 biji bawang besar (yang sederhana saiznya)
1 kumpulan bawang putih
Bunga lawang dan kayu manis

Bahan 3

Cili merah yang sudah dikisar.
3 Serai yang diketuk.
Kicap manis.
Asam jawa sesudu.
Asam keping 2 keping.
Daun kunyit (ambil dari pasu hadapan rumah).

Langkah 1 untuk Bahan 1

Potong nipis-nipis daging yang sudah direbus.
Usah buang dahulu air rebusan itu.

Tumbuk (sekuat hati) untuk memudahkan proses kunyahan dendeng daging selepas siap nanti.

Tumbuk ketumbar dan salutkan bersama daging sebelum dicampurkan di dalam kuali.

Langkah 2 untuk Bahan 2

Goreng kesemua mereka sehingga kekuningan.

Kemudian angkat dan ketepikannya.

dendeng daging

Langkah 3 untuk Bahan 3

Masukkan dalam kuali cili merah yang sudah dikisar.
Bila dia dah masak, masukkan air rebusan dari bahan 1 tadi.
Tambah kicap manis, asam jawa.
Rasa. Tambah garam.
Untuk anak-anak nikmati bersama, tak perlu banyak cili.

Akhir sekali tambah bahan 1 (yang sudah ditumbuk) dan bahan 2 (yang sudah digoreng)

dendeng daging

Selamat menikmati dendeng daging ya kawan kawan.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.