PU Riz Sah Jadi Pensyarah Kanan

February 21, 2022 by No Comments

Baru-baru ini, Cik Min dapat tahu berita gembira tentang pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz kini sah jadi pensyarah kanan bagi program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di Fakulti Pengajian Antarabangsa, Kolej Antarabangsa Inovatif.

Jadi, melalui artikel kali ini, Cik Min ingin berkongsi lebih lanjut dengan anda semua mengenai berita gembira ini. Sebelum itu, informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal My Metro.

PU Riz Sah Jadi Pensyarah Kanan

Promosi Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Melalui Harian Metro, Muhammad Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata, lantikan secara kontrak selama setahun itu berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.

“Kolej ini diselia oleh YEG Academy (M) Sdn Bhd. Insya-Allah bakal bertukar status universiti tahun depan. Sebelum ini mereka melantik PU Amin, terbaharu saya pula.”

“Selain menjalankan tugas sebagai pensyarah kanan, saya juga bertanggungjawab dari segi pemasaran untuk mempromosikan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ini. Ia sesuatu yang baharu dan diiktiraf MQA.”

Menurut PU Riz, dia berharap agar lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara menawarkan kursus sama sekali gus melahirkan mutawif berkualiti.

“Program ini mendapat sambutan baik. Alhamdulillah semua okay. Harapnya universiti lain wujudkan program sebegini. Banyak impak.”

“Kalau umrah okay lagi, tapi ibadat haji ini yang susah sikit. Ada banyak jenis haji yang perlu kita ketahui. Orang kena tahu sebab perjalanan haji ini panjang. Perlu ada kepakaran untuk mereka uruskan haji.”

Story Instagram – PU Riz Sah Jadi Pensyarah Kanan

Berita ini tentunya khabar baik buat pelajar-pelajar program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, sekali gus peluang ini juga dapat meningkatkan lagi imej Kolej Antarabangsa Inovatif.

Cik Min lihat di Story Instagram PU Riz juga turut menzahirkan rasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada pengurusan kolej berkenaan.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Min tentang PU Riz sah jadi pensyarah kanan kali ini. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada para pembaca.

Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.