Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri Terengganu

March 24, 2022 by No Comments

Rakyat negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri Terengganu sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri. Untuk makluman, Bantuan i-Fitri ini diwujudkan bagi membantu rakyat di negeri Terengganu dalam kategori B40 dan M40 untuk melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Ikuti perkongsian dengan lebih lanjut di bawah mengenai Bantuan Hari Raya i-Fitri. Sebelum itu, informasi bermanfaat ini Cik Min dapatkan daripada portal Semakan Online.

Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri

Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri

Menurut Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu YB Hanafiah Mat, bantuan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM56.4 juta yang akan dibayar kepada 148,700 ketua isi rumah. Oleh itu, pemohon yang ingin mendapatkan bantuan ini boleh membuat permohonan mulai 22 Mac 2022 sehingga 31 Mac 2022 secara dalam talian.

Kategori Penerima

Kategori penerima untuk bantuan ini melibatkan 2 jenis kategori iaitu:

  • Kategori A: Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500
  • Kategori B: Pendapatan isi rumah antara RM2,501 – RM5,000

Jumlah Pembayaran

Jumlah pembayaran yang akan diterima pemohon adalah seperti berikut:

  • Kategori A: RM400.00
  • Kategori B: RM250.00

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah pada 17 April 2022.

Syarat Kelayakan – Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di negeri Terengganu sahaja semasa memohon.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) – boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain, dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun); atau
  3. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) – boleh terdiri daripada ibu/bapa/datuk/nenek/adik-beradik dan lain-lain, dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2501.00-RM5000.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
  4. Pemohon berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20).
  5. Pemohon mestilah pengundi berdaftar di negeri Terengganu.
  6. Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah tidak layak memohon.
  7. Kontraktor berdaftar adalah tidak layak memohon.
  8. Peniaga berlesen adalah tidak layak memohon kecuali jumlah pendapatan isi rumah memenuhi syarat kategori.
  9. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Perakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri

Permohonan bantuan ini boleh dimohon melalui laman web ibantuanTerengganu.

Selepas selesai memohon, sila cetak borang permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan untuk dihantar kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Dokumen yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan/sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
  2. Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan.
  3. Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK.
  4. Salinan SSM (bagi peniaga berlesen yang layak).

Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak dan kerajaan negeri Terengganu berhak menolak permohonan dan meminda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Permohonan Bantuan Hari Raya i-Fitri

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Bantuan i-Fitri boleh dirujuk melalui laman web ibantuanTerengganu.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.