Pengusaha Batik Lukis Kelantan |Zieyra Design PeDAS

February 19, 2020 by No Comments

Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel pertamaPengusaha Batik Lukis Kelantan | Zieyra Design: PeDAS.” Anda boleh membaca sedikit tentang program usahawan PeDAS di akhir nota kaki artikel ini.


Menurut daftar Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, antara makna batik adalah “kain yg bercorak (dilukis atau ditera dgn lilin dan dicelup).” Ianya adalah sejenis teknik mencorak kain dengan cara teknik resist (Abdullah Jumain, 1990). Berbanding dengan teknik resist yang lain, teknik batik menggunakan lilin atau bahan yang mempunyai sifat kanji yang pekat untuk mengasingkan pewarna yang diwarna pada kain. Apabila kain tersebut direbus, kesan lilin tadi akan tertanggal, meninggalkan hanya motif yang telah dicorakkan.

Batik tidak asing lagi di Nusantara. Batik menjadi berkembang dengan pesat sejak adanya kemudahan perdagangan seantara dunia melalui jalan laut, dari zaman dahulu lagi. Kalau di peringkat global, kita biasa dengar akan pelabuhan-pelabuhan yang terkenal sebagai jalan perdagangan untuk bertukar hasil dagangan seperti Laluan Sutera (Silk Road). Jauh mana perdagangan batik ini, sebuah rekod lama telah mencatatkan kewujudan batik di negara seperti Timur Tengah, Asia Tengah, Asia Tenggara dan India 2000 tahun dahulu lagi. [link]

Sudah semestinya batik di Malaysia semua orang tahu, kenal dan sedar akan kepentingannya. Busana batik telah menjadi pilihan pakaian untuk majlis rasmi. Contoh selain daripada dipakai oleh pekerja sektor awam di tempat kerja (bukan dari unit beruniform) pada setiap hari Khamis adalah majlis rasmi kerajaan, majlis keraian (perkahwinan dan sebagainya), pakaian uniform batik untuk majlis rasmi di sesetengah sekolah elit dan sebagainya.


Pengusaha Batik Lukis Kelantan, Usahawan PeDAS Zieyra Design

Pengusaha Batik Lukis Kelantan-1

Usahawan PeDAS kita kali ini adalah pengusaha batik dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Produk batik yang dijual adalah jenis batik ekslusif – corak batik yang dicanting dengan tangan 100%.

Pengasas Batik Lukis Zieyra Design

Pengasas pengusaha batik lukis Kelantan ini ialah Puan Radziah Binti Mat Salleh. Beroperasi selama lebih dari 5 tahun, Puan Radziah memulakan perniagaan ini apabila timbul minat untuk berkongsi minat dan hobi berkaitan dengan batik lukis Kelantan dengan orang ramai.

Pengusaha Batik Lukis Kelantan-2
Pengusaha Batik Lukis Kelantan-3
Pengusaha Batik Lukis Kelantan-4
Pengusaha Batik Lukis Kelantan-5

Antara keistimewaan yang diberikan kepada pelanggan batik lukis ekslusif Kelantan Zieyra Design adalah dengan menerima tempahan ‘custom made’ design jika ada permintaan khusus.


Kata-kata Inspirasi Daripada Founder, Zieyra Design

JANGAN TAKUT KEPADA KEGAGALAN. DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA KEJAYAAN, BERFIKIR SECARA POSITIF SETIAP MASA


Ingin mengenali pemilik batik kelantan ekslusif ini dengan lebih dekat atau membuat tempahan? Anda boleh menghubungi usahawan ini di:

Facebook: link

Instagram: link

WhatsApp: link

atau laman blog zieyradinicollection.blogspot.com

Alamat kedai

PT 9961
KG KEPAS APAM LATI,
17000 PASIR MAS 
KELANTAN


Cik LIS akan ulas produk batik ekslusif usahawan ini dengan lebih lanjut di artikel seterusnya. Link di bawah ini ya:

Entri kedua: Kain Pasang Batik Zieyra Design |PeDAS


Program usahawan Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS), satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – link

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.