Pembekal Ayam Gunting Johor | Abim Best

August 11, 2022 by No Comments

Assalamualaikum dan hai semua pembaca Makan Lokal! Hari ini, Cik Min nak bebel sedikit tentang satu pembekal ayam gunting Johor yang memang best ni. Cik Min memang excited sungguh nak kongsikan cerita ni bersama anda tau!

Apa yang pasti, kini anda boleh dapatkan ayam gunting frozen daripada salah satu pembekal terbaik di Johor ni. Nanti bolehlah anda beli, buat simpan stok dalam peti ais tu. Bila teringin, tinggal goreng dan makan panas-panas. Memang mudah!

So, pembaca Makan Lokal dah ready ke nak tahu tentang pembekal ayam gunting terbaik di Johor ni? Kalau ya, pastikan anda baca sampai habis, sebab Cik Min ada benda menarik nak beritahu anda di penghujung perkongsian ini.

ABIM BEST | Pembekal Ayam Gunting Terbaik di Johor

Pembekal Ayam Gunting Johor
Sumber: Facebook Abim Best

Kalau nak mula berbisnes, kita perlulah membuat planning sebaiknya, betul tak? Jadi, memang wajar untuk para usahawan meneliti dan menggapai sebaik-baik peluang yang berada di pasaran tu. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja. Sebab apa? Sebab itulah prinsip seorang usahawan yang berjaya.

“Eh Cik Min ni, tiba-tiba pula bercerita tentang prinsip…”

Haha, Cik Min bukan apa … Sebenarnya, prinsip sebeginilah yang diterapkan di dalam perniagaan pembekal ayam gunting terbaik Johor yang Cik Min nak ceritakan pada hari ini. Pembekal tersebut dikenali sebagai, ABIM BEST.

Mereka ni bukan semata-mata berniaga dengan membuka kios jualan ayam gunting sahaja, malahan sejak 2016, mereka turut mengambil peluang untuk membekalkan produk ayam gunting sejuk beku kepada para pelanggan dan juga usahawan-usahawan kecil di luar sana. Hebat tak hebat ABIM BEST ni?

Apa Kata Founder ABIM BEST?

Menurut founder ABIM BEST, iaitu Tuan Abim, idea untuk mula menjadi pembekal ayam gunting di Johor ini adalah kerana pelanggan Abim Best itu sendiri.

Menurut beliau, terlalu banyak permintaan daripada pelanggan agar produk ayam gunting ABIM BEST turut dipasarkan di kawasan mereka, supaya pembelian dapat dibuat dengan mudah tanpa perlu ke kios. Maka, dari situlah bermulanya usaha ABIM BEST untuk menjinakkan diri dalam mengembangkan perniagaan sebagai pembekal ayam gunting frozen di Johor.

Cuma satu je yang Cik Min boleh cakap … Kalau permintaan tinggi, confirmlah rasanya pun sedap, kan? Bukanlah nak puji melabung, tapi cuba anda tengok sendiri feedback di Facebook ABIM BEST ni. Anda pasti akan terpegun!

Cara Mendapatkan Produk ABIM BEST | Pembekal Ayam Gunting Johor

Pembekal Ayam Gunting Johor
Sumber: Facebook Abim Best

Buat warga Johor atau para pelancong yang teringin nak merasai ayam gunting sedap dan berbaloi, anda bolehlah singgah ke mana-mana kios ABIM BEST yang berdekatan ya. Bak kata tagline mereka, sedap setiap hari tanpa jemu!

“Tapi, kalau rumah saya agak jauh dari kios-kios ABIM BEST, macam mana Cik Min? Takkan setiap kali teringin, nak kena drive ke sana…”

Ishhh, jangan pening kepala dulu … Kan Cik Min dah kata, ABIM BEST ada jual ayam gunting dalam bentuk frozen? Jadi, anda bolehlah borong siap-siap ketika membuat pembelian di ABIM BEST. Senang cerita, beli aje banyak-banyak untuk buat stok di rumah. Bila-bila teringin, keluarkan aje dari peti sejuk dan terus goreng! Senang kan?

Kalau nak jadikan sebagai bekal makanan untuk anak-anak bawa ke sekolah pun boleh. Sangat mudah, mengenyangkan, dan yang paling penting adalah sedap! Nyum nyum, makin bersemangatlah anak-anak nak ke sekolah nanti…

Kepada yang berminat untuk mendapatkan ayam gunting frozen terbaik di Johor ini, anda boleh berkunjung ke kedai ABIM BEST di alamat, No 3, Jalan Intan 2, Taman Intan 2, 84900 Tangkak, Johor.

Kuantiti Tempahan Mengikut Kehendak Pelanggan | Pembekal Ayam Gunting Johor

Pembekal Ayam Gunting Johor
Sumber: Facebook Abim Best

Beralih ke arah endemik, kerajaan sudah pun mulai membenarkan pelbagai majlis keraian untuk diadakan, seperti majlis perkahwinan, kesyukuran, rumah terbuka dan sebagainya. Oleh hal itu, pasti ramai yang akan berpusu-pusu mengambil peluang ini untuk mengadakan sebarang majlis secara besar-besaran. Almaklumlah, setelah sekian lama tak berjumpa kan?

Namun, Cik Min ada satu persoalan untuk anda. Betul atau tidak, agak jarang untuk kita temui sebuah majlis keraian yang menyediakan hidangan ayam gunting? So far, masih tiada kan? Haaa apa kata, kalau anda sahaja yang menjadi orang pertama berbuat demikian? Barulah ada kelainannya. Memang confirm majlis of the yearlah, bak kata orang!

Seperti yang kita tahu, adakalanya orang yang hadir ke majlis kita ni bukanlah lapar mana pun, terutama sekali pada waktu petang. Jadi kalau ada hidangan yang ringan-ringan tu, mereka pun mesti akan teruja. Silap haribulan, mereka siap makan bertambah lagi. Haha!

Jika anda berminat dengan cadangan Cik Min, bolehlah pergi terus ke kedai ABIM BEST ya. Nak beli dalam kuantiti banyak ataupun sikit, semuanya terserah kepada anda. InsyaAllah, anda takkan rugi jika mendapatkan bekalan ayam gunting daripada pembekal terbaik di Johor ini. Untuk sebarang tempahan awal, anda boleh hubungi Abim Best di talian, 016-888 9957.

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST!

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.