Minyak Kelapa Dara Baihaq | Usahawan PeDAS

March 18, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Minyak Kelapa Dara Baihaq | Usahawan PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Minyak kelapa dara adalah produk hiliran daripada buah kelapa. Menurut sumber dari Harian Metro (21 September 2018), kerajaan memperuntukkan hampir RM50 juta untuk membangunkan industri kelapa yang kini diangkat sebagai Sumber Rezeki Baru Negara.

Menurut rekod yang dicatat di dalam Buku Statistik Jabatan Pertanian Malaysia 2018, pada tahun 2017, hasil eksport Malaysia dengan produk dari industri kelapa ke luar negara mencatatkan angka RM995.4 juta manakala hasil import ke dalam negeri pula bernilai RM1.07 billion termasuklah minyak kelapa dara. (sumber: apps.myagro.moa.gov.my)

Pada tahun 2017, Malaysia mengimport kelapa dan produk-produk berasaskan kelapa bernilai RM1.07 bilion berbanding dengan jumlah eksport berjumlah RM995.4 juta. Produk kelapa yang diimport dan dieksport ialah kelapa tua, kelapa muda, minyak kelapa, kopra, kelapa parut kering, santan kelapa dan minyak kelapa dara (Sumber: Buku Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018)

Daripada statistik yang dinyatakan, adalah selamat untuk mengatakan yang produk kelapa dan hiliran kelapa seperti minyak kelapa dara mempunyai permintaan yang tinggi dari dalam dan luar negara.

Salah seorang peserta usahawan PeDAS kita adalah pengeluar minyak kelapa dara. Jom berkenalan dengan mereka.

*Kredit penuh untuk sumber rujukan:

Minyak Kelapa Dara Baihaq

Minyak Kelapa Dara Baihaq-1

Produk minyak kelapa dara Baihaq ini dikeluarkan oleh Baihaq Enterprise. Pemiliknya adalah seorang wanita, iaitu Nurul Hidayah Binti Baharudin dan telah beroperasi selama 2 tahun. Produk Baihaq berpusat di Perak.

Keistimewaan Minyak Baihaq

Minyak kelapa dara Baihaq diproses secara tradisional tanpa menggunakan penghabaan mesin. Bagi menghasilkan minyak ini Baihaq menggunakan hanya buah kelapa yang berkualiti sahaja.


Berminat untuk mencuba produk dari Baihaq atau ingin menghubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut? Ikuti mereka di laman media sosial:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun kunjungi kedai mereka disini:

No 123, Kampong Samagagah Selinsing, Simpang Empat, 34400 Semanggol, Perak

Entri ketiga|| Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Baihaq:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.