Lulu Tree Madu Kelulut Asli |Usahawan PeDAS

March 4, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Lulu Tree Madu Kelulut Asli |Usahawan PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Re-cap: Madu Kelulut

Jika ditanya apa beza madu lebah biasa dan madu lebah kelulut, salah satu jawapan yang pasti adalah madu kelulut adalah dibawah kategori stingless bee (tidak bersengat).

Di dalam siri jejak usahawan PeDAS, LunaStory telah memaparkan kisah tentang madu kelulut asli sebelum ini dengan FZ Agro. Kali ini, kita berkenalan dengan seorang lagi pengusaha madu kelulut pelbagai produk, iaitu Lulu Tree.

Lulu Tree Madu Kelulut Asli: Pengusaha Madu Kelulut Pelbagai Produk

Lulu Tree Madu Kelulut-1

Lulu Tree adalah jenama produk keluaran Amrina Dynamic Ventures. Usahawan PeDAS pengeluar produk di bawah jenama Lulu Tree ini wujud sejak 3 tahun lalu dengan produk madu kelulut yang dituai di ladang sendiri.

Ramai penggemar madu kelulut asli memilih produk dari Lulu Tree ini berdasarkan komen positif dari laman sosial mereka:

Salah satu kelainan madu kelulut asli keluaran Lulu Tree ini adalah rasanya yang dikatakan manis. Kebiasaannya, madu kelulut asli berasa sedikit masam daripada madu lebah biasa, tetapi usahawan ini juga menanam buah-buahan di kawasan yang sama. Dengan lebah kelulut sebagai agen pendebungaan, secara tidak langsung rasa madu kelulut asli yang dihasilkan juga manis!

Sayangnya, masa madu jadi manis ini ikut musim…

Selain mengeluarkan produk madu kelulut asli untuk dijual sejurus dituai, Amrina Dynamic Ventures juga mengeluarkan produk kosmetik syampu yang semakin mendapat tempat di hati pengguna-pengguna tegarnya!

View this post on Instagram

Let’s pray no more hiccups ya?πŸ˜‰

A post shared by LULUTREE (@lulutreeofficial) on

Lulu Tree Madu Kelulut-2
Syampu Lulu Tree adalah syampu 2-dalam-1: syampu dan perapi (conditioner) dan syampu tiada bahan kimia berbahaya

Kata-kata Inspirasi daripada Pengasas, Puan Amrina Binti Mohd Khalid

“Malaysia mempunyai pelbagai khazanah; jadilah antara yang memartabatkan produk kita, produk Negara”


Di mana anda boleh mengintai laman sosial rasmi usahawan ini?

Facebook | Instagram | LuluTree Homepage | WhatsApp

Cik Lis akan ulas dengan lebih lanjut produk usahawan ini di entri berikutnya. Cik Lis jumpa anda di sana pula ya (β—• α΄— β—•βœΏ)

Entri kedua|| Khasiat Minum Madu Setiap Hari |Lulu Tree PeDAS

Entri ketiga || Cara Makan Madu Kelulut |LuluTree PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.