Kasut Pengantin Lelaki Melayu | Capal Arils:PeDAS

April 11, 2020 by No Comments

Artikel “Kasut Pengantin Lelaki Melayu | Capal Arils:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Perihal Kahwin

Banyak pantun Melayu berkait dengan pengantin dan raja sehari. Halus dan lembut sahaja bahasanya!

Contohnya seperti pantun ini:

Tirai berombak-ombak,
Bantal bertekat di tepi dinding;
Biar undur hendak berkuak,
Pengantin nak masuk bersanding.

Kurik Kundi Merah Saga

Ataupun yang ini:

Cendawan tumbuh di batang,
Diambil orang setiap hari;
Bagai bulan dipagar bintang,
Pengantin duduk suami isteri.

Kurik Kundi Merah Saga

Selalunya, banyak artikel lebih fokus kepada persiapan pengantin perempuan. Bagaimana pula dengan bakal pengantin lelaki? Didoakan agar semua persiapan mental, fizikal dan rohani sudah selesai ataupun hampir selesai.

Kalau bab pakaian atau busana ini, pengantin lelaki selalunya akan memilih untuk memakai kasut kulit sahaja sebagai pelengkap. Bagi pengantin lelaki yang masih buntu ataupun inginkan kelainan di hari majlis walimatul urus anda, anda mungkin ingin mempertimbangkan memakai capal kulit asli pula! Lebih-lebih lagi jika tema pakaian anda adalah baju tradisi.

Kasut Pengantin Lelaki Melayu: Capal

Sandal atau capal kulit asli yang dipakai oleh pengantin lelaki terutamanya mempunyai kelasnya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi jika pengantinnya mengenakan persalinan lengkap baju melayu songket bersama dengan tanjak dan keris. Barulah ada aura seperti Raja Sehari!

Antara testimoni pengantin lelaki bercapal Aris:

Kalau bukan untuk pengantin pun, ramai yang gemar akan capal dari Arils LeatherVille Craft ini kerana kualitinya sangat dijamin! Jadi, tak rugi kalau beli capal Arils ini, boleh dipakai lagi dan dipadankan dengan pakaian lain juga!


Jika anda ada sebarang pertanyaan mahupun sekadar ingin mengikuti perkembangan dan promosi semasa dari produk ini, anda boleh melayari laman-laman ini:

Facebook | Instagram | WhatsApp 1 | WhatsApp 2

Ingin melihat sendiri dengan lebih dekat produk Capal kulit Aris ini? Ini alamat kedai atau bengkelnya:

No155E, KM15/4, Jln Bakri, Muar, 84000 Johor.

Sekian sahaja siri jejak usahawan untuk produk ini. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut profil penuh usahawan ini, anda boleh mengikuti link yang tertera di bawah. Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS yang lain ya!

Entri kedua|| Kedai Capal Handmade Johor | CKA:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.