Kambing Perap Ansal Ternak | PeDAS

March 23, 2020 by No Comments

Artikel “Kambing Perap Ansal Ternak | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Perihal Kambing

Sebut tentang kambing, pasti ada pelbagai jenis produk yang dapat kita kaitkan dengan haiwan yang satu ini. Disebabkan kepelbagaian jenisnya, orang putih ada banyak nama untuk mereka seperti goat, lamb, sheep, cattle dan sebagainya.

“Mbeeeeeekkkk~”

Kambing mendapat tempat yang istimewa di dalam kepercayaan orang Islam. Kambing menjadi antara pilihan popular sebagai daging korban untuk acara akikah bagi meraikan kelahiran anak di dalam keluarga serta memanjat kesyukuran di atas rezeki ini terhadap PenciptaNya.

Jika dikorek sejarah tentang kambing, ada pelbagai jenis cerita asal-usulnya mengikut tempat asal dan taburan demografik sendiri. Apa yang boleh dirumuskan adalah kambing menjadi antara pilihan utama pengembala haiwan ternakan dan wujud sejak zaman dahulu lagi kerana kepelbagaian hasil produknya. Daripada hujung tanduk hinggalah ke hujung ekornya. Kalau yang jenis ada janggut ini, dagingnya sangat popular dan enak untuk dimakan.

Kambing jenis berbulu lebat seperti kambing biri-biri pula diternak untuk menghasilkan pelbagai produk tekstil. Susu kambing diminum dan penuh nutrisi. Lemaknya dibuat minyak, dan najisnya dibuat baja dan bahan bakar. Hal ini menjadikan perdagangan hasil kambing sangat menguntungkan.

Usahawan PeDAS kita kali ini adalah pembekal kambing ternak dan pengusaha produk kambing frozen iaitu produk Ansal Ternak. Jom berkenalan dengan mereka!

Kambing Perap Ansal Ternak

Profil

kambing perap ansal ternak-3

Produk Ansal Ternak adalah dibawah pengeluaran syarikat Ansal Frozen and Trading. Mereka adalah pengeluar produk sejuk beku untuk barbeku seperti kambing perap, ayam perap, daging perap dan sos perapan buatan sendiri.

Pemilik produk Ansal Ternak adalah Puan Fazlina binti Anuar. Pusat operasi untuk produk Ansal Ternak adalah di Jasin, Melaka.

Perniagaan ini sudah berusia hampir sedekad sejak ia mula dijalankan. Namun, sambutannya amat menggalakkan. Setakat ini, Ansal Ternak hampir menguasai Selatan tanah air dengan mempunyai rangkaian agen dan networking yang meluas.

Pengiktirafan

Bagi memastikan produk Ansal Ternak diikitiraf secara rasmi dan berkualiti tinggi, Ansal Ternak mempunyai pelbagai jenis sijil daripada pelbagai agensi penting seperti:

  • Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dari KKM
    (78/M/000204-052018)
  • Paten dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia
    (2017009319)
  • Halal dari JAKIM
    JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 098-09/2018

Ramai yang memberi review yang sangat baik terhadap produk Ansal Ternak.


Sekali pandang dekat laman-laman rasmi Kambing Perap Ansal ni pun dah tahu yang ia sememangnya rangkaian produk yang menjamin kepuasan dan kesedapan! Nak intai media sosial mereka untuk mengikuti promosi-promosi semasa, pertanyaan lanjut mahupun tempahan? Link di bawah ya:

Facebook|Instagram|Saluran Youtube|Ansal Ternak Homepage|WhatsApp

Nak singgah ladang atau HQ Kambing Perap Ansal? Ini alamatnya ya!

Ansal Fozen & Trading, JC3448, Jalan TB F4A/1, Bandar Jasin Bestari, 77200 Bemban, Melaka

Ikuti artikel ini seterusnya untuk mempelajari cara perap kambing bakar pula ya!

Entri ketiga|| Cara Perap Kambing Bakar | AT:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.