Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS

April 13, 2020 by No Comments

Artikel “Idea Bilik Tidur Sempit | Izzahrra PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Jika anda ada membaca entri Tips Menghias Ruang Tamu sebelum ini, anda akan mendapati yang Cik Lis suka bermain permainan simulasi The Sims.

Idea Bilik Tidur Sempit-1

Apa yang menarik tentang permainan simulasi ini adalah pemain bebas untuk mereka rumah dan menghias bilik avatar yang kita bina. Terdapat banyak komuniti untuk pemain The Sims di pelbagai platform media sosial berkongsi akan rekaan dan design hartanah mereka. Untuk pemain The Sims yang terbaru seperti The Sims 4 di konsol Playstation ataupun versi PC, anda boleh mengakses The Sims Gallery untuk melihat atau menggunakan paten rekabentuk yang dikongsikan oleh pemain lain di seluruh dunia.

Jangan terkejut jika ramai orang menggunakan platform maya ini di dunia nyata juga untuk membantu di dalam mencari idea untuk menghias bilik atau mereka rumah idaman sebenar! Sehinggakan ada orang Malaysia yang mendakwa kos consultation fees atau yuran reka bentuk kepada Interior Designer dapat dikurangkan sebanyak RM2,500 apabila klien yang bermain The Sims 4 tersebut menunjukkan “rekabentuk” bilik tidurnya sendiri. (sumber: gamersantai[dot]com)

Apapun, mari kita beralih semula ke topik utama artikel ini iaitu…

Idea Bilik Tidur Sempit

x|x Daripada Galeri atau Media Sosial Pemain Permainan Simulasi

Secara tidak langsung, Cik Lis telah menyenaraikan satu kaedah yang mungkin tidak berapa konvensional? Hehe.

Tapi kan, walaupun anda tidak bermain permainan ini, anda boleh mendapatkan idea daripada pemain-pemain The Sims yang dikongsikan di internet. Di Youtube pun ada banyak professional Interior Designer sebenar yang mencabar diri dengan membuat design bilik tidur dengan bajet kecil. Contohnya seperti yang diletakkan dibawah ini. Antara tips beliau yang paling berguna adalah:

The most expensive item is not always the best item

(Kevin Lee Yi, Interior Designer)

Credit: Buzzfeed Multiplayer | Dec 5, 2017 (3,994,676 views)

Ada juga saluran Youtube dari orang Malaysia yang menunjukkan rekaan moden rumah serealistik yang mungkin seperti rumah Melayu tradisional. Contohnya @aminions. Cumanya dia buat rumah dari bawah hingga ke bumbung dan bilik tidur bukan fokus utama. Tapi masih menarik!

*Pertama kali Cik Lis mendengar atau tahu akan kewujudan tilam boleh lipat atau Murphy bed di sini. Murphy bed juga wujud di dunia nyata.

Credit: familyhandyman.com

x|x Daripada rancangan, dokumentari atau artikel bacaan berkaitan dengan menggunakan ruang kecil secara optimum

Cik Lis pernah menonton rancangan dokumentari dari Jepun di kaca TV suatu masa dahulu. Nama rancangan tersebut adalah Before and After, tapi Cik Lis tak ingat di saluran mana. Jika anda Google, rancangan ini ada banyak variasi dari segi namanya, tapi tak mengapa. Cik Lis pun nak refresh balik memori akan rancangan ini, Cik Lis guna kata kunci “Before and After”, “Japan TV show” dan “House Renovation” serentak.

Idea Bilik Tidur Sempit-2

Umumnya, kebanyakan hartanah dan perumahan di Jepun bersaiz kecil dan sempit. Rancangan ini menunjukkan bagaimana artisan atau pakar yang dipanggil sebagai ‘Takumi’ atau Grandmaster yang dipanggil untuk mengubah rumah-rumah peserta menjadi lebih menarik dan berfungsi dengan lebih bagus daripada sebelum transformasi dengan bajet yang ada serta permintaan atau harapan khusus peserta tersebut.

Pengajaran yang paling penting daripada rancangan ini adalah tentang bagaimana untuk menggunakan ruang secara maksimum. Saiz bilik yang sempit atau kecil bukan lagi alasan untuk tidak menggunakan segala pelusuk ruang yang ada seperti dinding, siling, tangga dan lantai. Secara tidak langsung, peserta masih boleh menikmati peningkatan kualiti dalam kehidupan seharian walaupun hidup di dalam ruang yang kecil.

Mungkin daripada rancangan ini anda boleh berbincang dengan tukang rumah atau kontraktor ataupun profesional lain untuk membuat custom-made atau build-in compartment untuk menggabungkan meja belajar menjadi katil? Ataupun almari baju boleh menjadi katil, Bahagian tread dan riser tangga boleh menjadi ruang penyimpanan barang tambahan dan sebagainya.

Pendek kata, rancangan ini mengajar atau memberi idea kepada anda bagaimana untuk untuk menjadikan satu fungsi tertentu menjadi pelbagai fungsi dan dalam masa yang sama, rekaannya masih cantik untuk diamati.

x|x Penutup

Bagi yang gigih membaca untuk mencari idea bilik tidur sempit tetapi tak jumpa apa yang dicari di sini, Cik Lis minta maaf. Bukannya apa, kalau nak bercerita contohnya nak guna tema warna apa untuk bilik dan seumpama dengannya, idea yang dikongsikan di sini mungkin tak berapa mainstream atau konvensional. Tapi, sesekali kalau berehat daripada norma pun bagus juga kan? Lebih-lebih lagi jika anda mencari perspektif baru.

Kita berhenti sampai di sini sahaja dahulu ya. Cik Lis nak sambung hias rumah dalam The Sims di tempat yang Cik Lis baru buka dengan Expansion pack Island Living pula. Dah tempat pun macam ala-ala Bali di tepi pantai, mungkin Cik Lis boleh ambil inspirasi daripada perabot kayu jati Indonesia sebenar daripada pembekal perabot usahawan PeDAS, Izzahrra Enterprise? Hehe.


Berminat untuk membeli perabot daripada Izzahrra Enterprise? Ataupun ingin melihat dengan lebih dekat lagi jenis-jenis perabot daripada usahawan pembekal perabot ini? Layari laman-laman rasmi Izzahrra disini:

Facebook|Instagram|Shopee|WhatsApp

Sekian sahaja dari LunaStory untuk siri pengenalan usahawan PeDAS pembekal perabot Izzahra. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi di edisi pengenalan usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!

Ingin mengenali usahawan Izzahrra dengan lebih dekat? Baca profil penu mereka di sini:

Entri pertama||Perabot Online Malaysia Izzahrra | Usahawan PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.