Memoire Express : Hotel di Kuching

Pengalaman di Memoire Express Hotel, Kuching

Kali ini saya ke Sarawak dan menempah sendiri hotel di Kuching.

Hadir ke sini untuk urusan kerja.

Saya book Memoire Express Hotel di Airasia. Ada promosi dan harganya hanya RM52!

“Murah dan cantik hotelnya (dalam gambar) ” detik hati saya.

Bila saya Google Maps, kedudukan hotel ini tidak jauh dari Lapangan Terbang Kuching.

Ini cukup mudah untuk logistik saya!

Alamat Memoire Express Hotel ialah:

Q3A Central Park Commercial Centre,

93200 Kuching, Sarawak.

No telefon 082413551

Google Mapsnya ialah https://g.co/kgs/PWbaii

 

Hotel di Kuching

Dekat dengan kemudahan

Hotel ini berhadapan dengan foodcourt kaum Cina bernama Queen Bee.

Terdapat Seven Eleven dan Mc Donalds bersebelahan bangunan hotel ini.

Cukup mudah!

Tersalah booking tarikh bilik hotel

Dua hari sebelum datang ke Kuching, saya tersalah pilih tarikh di online booking.
Terpilih awal sehari.

Jari gemuk (agaknya ah tidak syak lagi!)
Saya hubungi nombor telefon hotel dan staff bernama Theresa membantu saya menukarkan tarikh booking.

Sekejap sahaja ianya selesai.

Hotel di Kuching

Untuk ke Memoir Express Hotel kita kena masuk melalui Memoire Hornbill Hotel.

Staff akan tunjukkan jalan untuk ke bilik kita untuk kali pertama bimbang kita sesat.

Memoire Express terletak bersebelahan Memoire Hornbill namun masih dalam bangunan yang sama.

Ianya sebuah hotel baru buka di Kuching.
Kawan-kawan saya di Kuching buat muka hairan seperti “Kenapa duduk disini?” dan “Di kawasan manakah hotel ini?”

Sebab selalunya pelancong akan menginap di hotel berhampiran Waterfront.

Saya jawab “Sebab ianya paling murah, kelihatan bersih dan cantik ¬†bila saya survey di Internet”

Hotel di Kuching

Hotel di Kuching yang selesa

Rupanya memang betul-betul cantik macam dalam Internet.
Cukup bagus untuk saya tidur, mandi dan solat.

Bilik air hotel ini juga selesa.
Tidak rasa macam hotel bajet.
Berbaloi.

Hotel di Kuching

Bagi kawan kawan yang mahu ke Kuching dan aturan perjalanan yang akan bergerak ke lapangan terbang dari hotel, saya cadangkan ambil Memoire Express Hotel.

Jika mahu ke Waterfront boleh guna servis Uber anggaran dalam RM8.

Ianya sebuah hotel di Kuching yang menggembirakan!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.