Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung Dengan Niqa Hijab Wash

November 16, 2018 by No Comments

Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung Dengan Niqa Hijab Wash

Sebagai seorang wanita Muslim yang bertudung pasti tercari-cari tips untuk hilangkan kesan peluh pada tudung. Terutama bagi penggemar shawl, pastinya kesan kotoran pada shawl bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata.
Sakitnya hati melihat shawl yang sangat disayangi tapi bertompok disana sini.

 

Kadang-kadang tu kesan alat solek seperti foundation, maskara dan lipstick terkena pada tudung. Kalau tak mekap bersungguh-sungguh pun, kesan makanan tertumpah pada tudung tu alahai susahnya nak hilang.
Tak boleh hilang tau dengan cucian sabun biasa walaupun berkali-kali kita cuba.
Tak ke stress macamtu?

Ada beberapa jenis kotoran yang sering ‘menghantui’ tudung kaum wanita ni.

Antaranya ialah – kesan peluh, kesan makeup, kesan minyak pada muka, kesan dakwat pen atau marker, kesan kotoran sedia ada pada tudung atau kesan bercapuk daripada sabun atau minyak wangi yang digunakan.

 

Walaupun ini diisytiharkan sebagai ‘first world problem’, masalah tetap masalah dan perlukan penyelesaian!

Niqa Hijab Wash mahu membebaskan kaum wanita daripada kotoran tudung yang menjadi mimpi ngeri selama ini.

Niqa Hijab Wash 1

 

 

Sebelum bertemu dengan Niqa Hijab Wash, saya hilangkan kesan peluh dan kotoran lain dengan cara menambah soda bikarbonat dan juga pencuci pinggan tau. Bersusah payah macam nak memasak je gayanya.
Namun bila dah ada Niqa Hijab Wash ni, nak hilangkan kesan peluh bukan masalah besar lagi untuk kita kaum wanita.

 

Rasa seronok sangat dan gembira melampau sebab masalah ini dapat diselesaikan hanya dengan tiga langkah seperti dibawah:

 

Tips untuk hilangkan kesan peluh dan kotoran yang lain adalah seperti berikut:

Cara hilangkan kesan peluh dan kotoran pada tudung dengan menggunakan Niqa Hijab Wash ialah:

Pertama #1
Rendam 10 – 20 ml Niqa ke dalam baldi yang berisi air. Rendam tudung yang hendak dibasuh kedalam baldi tersebut.

Langkah Kedua #2
Selepas rendaman sekurang-kurangnya 30 minit, bilas tudung tersebut dan gosokkan perlahan-lahan terutama dibahagian yang ada kesan peluh tersebut. Bagi tudung yang ada kotoran degil seperti terkena sambal masakan, tuang sedikit Niqa Hijab Wash di bahagian tersebut.

Langkah Ketiga #3
Sidai tudung yang sudah dibasuh dengan menggunakan Niqa Hijab Wash tersebut.

Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung

 

Ini ada tips tambahan daripada Niqa tentang cara menjaga fabrik tudung supaya sentiasa kelihatan baru dan tahan lama.

Tips Pertama#1
Sidai di bawah sinaran matahari boleh membuatkan warna tudung anda pudar. Seeloknya sidai di bawah tempat yang tidak kena matahari macam di bawah bumbung atau di bahagian balkoni.
Tips tambahan – Anda boleh gunakan sabun cucian indoor untuk mengelakan bau hapak atau gunakan sahaja Niqa Hijab Wash dan segala masalah tersebut selesai.

Tips Jaga Tudung Kedua #2
Elakkan merendam tudung sehingga berhari-hari. Kalau boleh 30 minit ke satu jam sudah memadai.
Kalau guna Niqa Hijab Wash lagi mudah. Tiga langkah sahaja dan tudung kita bersih dan wangi.

Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung 1

Puan Juniey Ca share di FB beliau “Sis guna sis kasi review #NiqaHijabWash sangat-sangat berkesan hilangkan kesan minyak muka kat tudung kita tu especially shawl la…rendam-rendam je, bilas dan sidai.”

Tips Ketiga #3 Untuk Menjaga Tudung
Basuh menggunakan suhu air yang normal. Tak payah guna air panas ya. Nanti fabrik mudah mengecut atau mengembang (bergantung kepada jenis fabrik).

Tips Keempat #4
Elakkan menggunakan dryer ketika mencuci. Kalau boleh mesin basuh pun kena elakkan.
Cukup hanya bilasan dan perahan manja dengan sedikit bantuan Niqa Hijab Wash.

Tips Terakhir #5
Jika ada tumpahan makanan, makeup atau kotoran degil yang lain, terus bersihkan dahulu menggunakan Niqa Instant Stain Remover.
Ini bagi mengelakan anda terpaksa memberus di kawasan tersebut sekaligus merosakkan fabrik tudung anda. Sayang wehh tudung kita.

Semoga tips-tips diatas dapat membantu kaum wanita di Malaysia menjaga tudung dan hilangkan kesan peluh dan terus elegan, anggun bergaya.

Sekarang Niqa Hijab Wash sedang keudara di Hot FM dan sertai tim Niqa untuk menjadi ejen di kawasan anda ya.

Niqa HotFM

Untuk mendapatkan Niqa Hijab Wash bagi cepat hilangkan kesan peluh pada tudung boleh hubungi :

Facebook Niqa Hijab Wash

Klik untuk menjadi ejen Niqa Hijab Wash

WhatsApp tim Niqa untuk mendapatkan produk ini

 

Hilangkan Kesan Peluh Pada Tudung

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.