Hati-Hati Ubat Kuat Online – Awas!

October 24, 2019 by No Comments

Artikel “Hati-Hati Ubat Kuat Online” ini merupakan artikel ke-8 daripada siri artikel yang ditulis bersempena dengan kempen kesedaran “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian” daripada kempen yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Hmmmm~

___

Biasanya, kalau tajuk yang mencabar ni, admin akan mulakan dengan memberikan takrifan rasmi dahulu.

Ubat kuat. Satu perkataan, tetapi membawa dua maksud yang berbeza jika menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka online.

hati-hati ubat kuat online 1

Seperti yang anda dapat lihat di atas ini, satu membawa maksud ubat untuk menguatkan badan. Satu lagi membawa maksud ubat untuk menambah tenaga badan.

Tetapi di dalam konteks untuk kempen kesedaran waspada beli ubat online kepada orang ramai, semestinya kita sedang bercakap tentang ubat kuat yang ini…

hati-hati ubat kuat online 2

Boleh dikatakan ubat kuat ini sememangnya dalam senarai ubat yang popular untuk dibeli secara online, mahupun dirampas oleh pihak berkuasa.

Persoalannya, mengapa hal ini terjadi?

___

Hati-hati Ubat Kuat Online

Sumber penerangan berikut dipetik daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 5 Januari 2016, “Bahaya Ubat Perangsang Seks” – link

Ubat kuat, atau ubat perangsang seks merupakan bahan yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki yang mengalami masalah mati pucuk atau kegagalan fungsi ereksi “erectile dysfunction” (ED).

Terdapat ubat perangsang seks yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengandungi bahan aktif sildenafil, taladafil dan vardenafil. Ubat ini termasuk dalam kelas phosphodiesterase-5 inhibitor atau penghalang enzim PDE-5.

Ia bertindak dengan cara mengembangkan saluran darah di bahagian zakar untuk meningkatkan aliran darah dan menyebabkan ketegangan zakar apabila menerima rangsangan seksual.

Ubat perangsang seks HANYA SESUAI diambil oleh individu yang mengalami masalah ED atas NASIHAT DOKTOR BERTAULIAH. Ia boleh didapati di premis-premis farmasi komuniti berlesen dengan preskripsi yang sah.

Masuk akal kenapa ubat kuat perlu berdaftar dengan KKM. Bahan aktif sildenafil, tadalafil dan vardenafil yang telah disebutkan tadi tersenarai di dalam Senarai Racun (Kemaskini sehingga 25 Julai 2019) daripada laman web Program Perkhidmatan Farmasi KKM.

Di dalam bahagian “Lampiran” tersebut, sildenafil, tadalafil dan vardenafil tersenarai sebagai Vasodilators

hati-hati ubat kuat online 3
Vasodilators – a substance that causes dilation of the blood vessels (excerpt from Fundamental Pharmacology for Pharmacy Technicians by Jahangir Moinilink)

Klik di sini dan cari “Lampiran” untuk melihat senarai penuh Senarai Racun.

___

Masalah Dengan Trend Penjualan Ubat Kuat Masa Kini

Trend yang membimbangkan masa kini ialah pencampuran ubat-ubat perangsang seks ke dalam produk berasaskan makanan seperti minuman kesihatan dan kopi pra-campuran secara berleluasa untuk mengelakkan daripada pendaftaran dengan pihak berkuasa.

Admin nak share sedikit bagaimana nak kenal produk yang kemungkinan mengandungi perangsang seks ini. Kebiasaannya, kopi yang dicampuri dengan perangsang seks ini adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan kopi pra-campuran yang lain.

Lagi satu, tengok iklannya. Kalau iklannya memang ke arah seksual atau tenaga batin mmmm dah lain macam bunyinya.. jadi, berhati-hati ya… jangan pulak nak cuba-cuba, padah akibatnya nanti…

Ubat-ubat perangsang seks yang dicampurpalsu ke dalam produk lain adakalanya terdiri daripada bahan aktif yang telah diubahsuai (analog) yang belum ada kajian klinikal terhadap keselamatannya. Ia dikhuatiri lebih berbahaya daripada perangsang seks sedia ada.

– dipetik daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 5 Januari 2016, “Bahaya Ubat Perangsang Seks”

Menerusi kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan pada 14 Ogos 2019:

…beberapa jenis produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai hampir RM200 ribu dalam satu operasi yang dijalankan serentak pada 1 Ogos 2019 di tiga buah premis di Perak. Produk yang telah dirampas adalah merangkumi pelbagai jenis produk tidak berdaftar dan makanan yang disyaki dicemari perangsang seks seperti Candy B+ Complex, Soloco, Hickel dan Vimax.

[sumber: www.moh.gov.my › database_stores › attach_download]

Kenyataan yang sama pada 3 April 2019 pula:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima aduan dan maklumat daripada orang awam berkenaan penjualan produk tidak berdaftar secara dalam talian melalui laman sesawang. Produk yang diiklankan di dalam laman sesawang tersebut melibatkan produk perangsang seks iaitu Candy B+ Complex. Candy B+ Complex adalah produk yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memandangkan hasil analisa menunjukkan produk tersebut mengandungi racun berjadual iaitu Tadalafil.

…Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) KKM telah menjalankan serbuan pada 26 Mac 2019 dan hasil rampasan adalah dianggarkan bernilai RM1.129 juta…meliputi beberapa jenis makanan dan minuman yang disyaki dicemari racun berjadual…

[sumber: kpkesihatan.com –link]

…dan banyak lagi berita-berita sebegini yang anda akan jumpa.

___

Kesan Penyalahgunaan Ubat Kuat

Apa yang kita dapat lihat, taktik sekarang peniaga ubat kuat adalah dengan mencampurkan kandungan tersebut ke dalam produk bukan ubat seperti makanan dan minuman.

Bahana Ubat Perangsang Seks | MHI (29 Julai 2019)
kredit: laman Youtube TV3MALAYSIA Official

___

Menerusi penerangan daripada temubual program yang disertakan di atas, ubat kuat mempunyai dos tertentu yang doktor akan beri preskripsi kepada pesakit penyakit yang berkaitan. Contoh yang diberi adalah sekali sehari dengan kuantiti tertentu yang semestinya dikawal.

Ubat kuat haram bahaya untuk diambil atas sebab tiada kawalan terutamanya dari segi aspek dos dan preskripsi daripada pakar bertauliah. Makanan dan minuman yang dicemari ubat kuat ini selalunya tidak declare berapa banyak dos yang perlu diambil, adakah kandungannya selamat since tiada siapa yang selia semasa ianya dikilangkan dan sebagainya.

Berikut merupakan sebahagian daripada penerangan mengapa ubat kuat adalah ubat terkawal:

Ubat perangsang seks merupakan bahan yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan seksual lelaki yang mengalami masalah mati pucuk atau kegagalan fungsi ereksi “erectile dysfunction” (ED).

…Ubat perangsang seks hanya sesuai diambil oleh individu yang mengalami masalah ED atas nasihat doktor bertauliah…Mengapa pengambilan ubat perangsang seks tanpa preskripsi boleh membahayakan nyawa? Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengalami kegagalan ereksi mempunyai risiko tinggi kematian akibat penyakit kardiovaskular. ED ialah tanda awal kepada penyakit darah tinggi, serangan jantung dan strok bagi pesakit lelaki.

…Selain daripada masalah kardiovaskular, ED juga boleh jadi disebabkan oleh masalah psikologi, kecacatan sejak lahir, ubat-ubatan yang diambil, obesiti dan tabiat merokok. Oleh itu, kaum lelaki yang mengalami masalah ED perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera agar punca sebenar masalah tersebut dapat ditangani.

Sumber penerangan berikut dipetik daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 5 Januari 2016, “Bahaya Ubat Perangsang Seks” – link

Penerangan berikutnya hampir sama dengan isi wawancara yang dilampirkan di artikel ini bagi menjawab kesan penyalahgunaan ubat kuat:

Pengambilan ubat perangsang seks tanpa nasihat doktor adalah berbahaya kerana kesesuaian dos ubat perangsang seks tidak sama mengikut peringkat umur. Dos yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, sakit dada, berdebar-debar dan ereksi berpanjangan yang tidak surut atau dikenali juga sebagai priapism walaupun setelah berlaku ejakulasi.

Sumber penerangan berikut dipetik daripada laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 5 Januari 2016, “Bahaya Ubat Perangsang Seks” – link

Orang ramai boleh menyemak di sini [link] sekiranya ingin tahu sama ada produk yang dibeli itu dicampuri dengan perangsang seks atau boleh semak kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan KKM di sini [link]

Baca bersama: Risiko Beli Ubat Online

___

Penutup

___

Berat nak bawa topik ini sebenarnya. Namun, kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang kan? Kalau lah pun anda pembaca tidak pernah terlibat di dalam…aktiviti-aktiviti sebegini, penjualan tanpa kawalan untuk produk ubat kuat yang berselindung di belakang produk-produk yang nampak macam innocent seperti gula-gula sangat membimbangkan. Bagaimana kalau anak-anak anda yang tidak tersengaja mengambilnya kerana tersalah anggap?

Jika anda atau pasangan anda ada masalah perhubungan intim, dapatkan nasihat dan rawatan dengan pakar BERTAULIAH. Malu bertanya, sesat jalan.

Jika anda terjumpa iklan ubat kuat online yang disyaki produk ubat tidak berdaftar dan bernotifikasi dengan KKM, bantu usaha KKM untuk membanterasnya demi masa depan anak-anak kita dengan membuat laporan di saluran yang betul.

Semak status ubat tersebut di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara.

carian produk berdaftar bernotifikasi di laman agensi regulatori farmasi negara atau npra

Ataupun memuat turun aplikasi “NPRA Product Search” di Google Play Store.

Sebab itu orang ramai selalu diingatkan menerusi kempen-kempen kesedaran seperti #biarbetuliklanni! dan siaran akhbar tentang hati-hati ubat kuat online terutamanya demi keselamatan orang ramai.

Hati-hati ubat kuat online!

hati-hati ubat kuat online 4

*Kesemua siri artikel bersempena dengan kempen “Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian” telah disemak oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum disiarkan di internet.

*PENAFIAN: ARTIKEL YANG DITULIS DI SINI TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN. SEBARANG PERTANYAAN LEBIH LANJUT BOLEH DITUJUKAN KEPADA PIHAK DAN BADAN YANG BERKENAAN.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.