Dokumen untuk Perniagaan -AR Success

September 6, 2019 by 1 Comment

Dokumen untuk perniagaan bukan saja penting sebagai bukti bahawa  bayaran telah dibuat kepada pihak yang betul tetapi penting untuk kita tahu tujuan bayaran itu dibuat.

Walaupun sedar akan kepentingan dokumen sokongan ini kepada  sesebuah perniagaan namun masih ada lagi situasi dimana dokumen  sokongan ini hilang atau berterabur.

Contoh dokumen sokongan adalah invois, resit, bil, laporan dari Sistem POS, Penyata Bank, Perjanjian. Selain dari resit dan bil, dokumen sokongan yang lain senang untuk diurus kerana saiznya tidaklah sekecil resit dan bil.

Apa pun situasi resit dan bil, kita sebagai pemilik perniagaan tiada pilihan kena urus resit dan bil ini agar tiada yang hilang atau berterabur.

Apa pun sistem fail yang kita guna untuk urus dokumen sokongan, resit dan bil ini perlu disusun dengan kemas dan rapi agar mudah bagi orang yang akan “Key-in” transaksi ke Sistem Perakaunan atau Excel.

Menyedari dan memahami situasi usahawan berdepan dengan resit dan bil hilang dan berterabur, AR Success ambil inisiatif dengan menyediakan servis menyusun dan menampal resit dan bil mengikut tarikh dan kategori transaksi. Ini adalah salah satu “Added Value” yang kami berikan kepada pelanggan kami agar laporan yang sediakan betul dan lebih tepat.

Bagaimana jika tiada langsung dokumen untuk perniagaan?

Ikuti perbualan antara usahawan dengan Akauntan (AR Success)

Usahawan : Saya nak beli kereta tapi sales person Proton tu tanya ada hantar dan bayar cukai tak?
Awak boleh ke tolong buat dan hantarkan cukai untuk saya?

Akauntan : In Sha Allah boleh. Awak ada enterprise atau Sdn Bhd.

Usahawan : Enterprise je

Akauntan : kalau macam tu just bagi saya Akaun Pengurusan enterprise.

Usahawan : Apa Akaun Pengurusan tu? Saya tak pernah buat pun sebelum ni.

Akauntan : Akaun Pengurusan ni adalah satu laporan yang akan tunjukkan bisnes kita untung atau rugi (dalam Penyata Untung Rugi) dan ia juga akan tunjukkan aset, liabiliti dan modal kita dari 1st day kita bisnes hingga terkini (Dalam Kunci Kira-Kira)

Usahawan : oooo macam mana nak buat tu?

Akauntan : Awak just bagi saya dokumen duit masuk, dokumen duit keluar dan bank statement.

Usahawan: mana saya ada semua dokumen tu, bank statement ada lah.

Perakaunan sangat memerlukan dokumen sokongan.
Apa jadi yang tiada dokumen sokongan? Tanpa dokumen mereka tak boleh buat Akaun Pengurusan, tanpa Akaun Pengurusan mana boleh buat Audit (bagi Sdn Bhd) atau hantar cukai (bagi enterprise)


Jadi bagaimana usahawan di atas nak beli kereta? Atau nak apply loan (bukan saja loan kereta tapi loan rumah, loan perniagaan dan sebagainya.

Bagaimana mereka yang seumpa ini nak kembangkan bisnes mereka? Bagaimana jika mereka disaman oleh LHDN.

Soalan-soalan di atas selalu saya ajukan kepada auditor yang *berkeras* nak dapatkan dokumen. Ini kerana sebagai auditor sebenarnya mereka ada solusi untuk mereka selesaikan situasi ini iaitu melalui memberi pendapat mereka diakhir proses audit.

Akauntan akan cuba mencari solusi untuk situasi usahawan di atas sebab kalau bukan akauntan yang bantu mereka siapa lagi yang akan bantu usahawan kan.

DOKUMEN SOKONGAN Duit Keluar
Kenali 3 jenis BAUCER dan penggunaanya

Ada 3 jenis baucer :-

1. Baucer Bayaran
2. Baucer Tunai
3. Baucer Pettycash

Apa itu Baucer?

Ia adalah satu dokumen yang digunakan untuk memberi maklumat tentang bayaran yang hendak dibuat.

Sebagai contoh, anda nak bayar sewa pejabat. Maka baucer contoh Baucer Bayaran digunakan untuk memaklum bayaran sewa tersebut.

Dokumen untuk perniagaan

Apa fungsi baucer sebagai dokumen untuk perniagaan?

1. Memberi maklumat terperinci bayaran yang hendak dibayar seperti di bawah :-

a. Nama pihak yang nak dibayar
b. Alamat pihak yang nak dibayar
c. Detail perkara yang hendak dibayar contoh no invois.
d. Jumlah perkara yang hendak dibayar

2. Baucer ini juga boleh digunakan sebagai bukti bahawa sesuatu bayaran tersebut telah dibuat.

Perbezaan antara 3 Baucer

1. Baucer Bayaran – adalah baucer yang digunakan untuk buat bayaran menggunakan duit dari bank Perniagaan atau Syarikat.

2. Baucer Tunai – adalah baucer yang digunakan untuk buat bayaran menggunakan duit jualan tunai.

3. Baucer Pettycash – adalah baucer yang digunakan untuk buat bayaran menggunakan duit pettycash (Panjar Runcit)

Dokumen Penting dalam Perniagaan boleh baca disini
Dokumen Sokongan dalam Perniagaan boleh baca disini

SEKIRANYA TUAN/PUAN SEBAGAI PEMILIK SYARIKAT BELAJAR ILMU URUS AKAUN BISNES SYARIKAT SECARA MUDAH DAN PRAKTIKAL?
ARS JUGA BOLEH MEMBUATKAN USAHAWAN TENANG DAN DAPAT TIDUR MALAM TANPA RISAUKAN URUSAN AKAUN SYARIKAT.

HUBUNGI TERUS :

ROZITA KAMARUDIN

PRINCIPAL, AR SUCCESS
CHARTERED ACCOUNTANT
MEMBER OF THE MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS
MEMBERSHIP NO: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

LAMAN WEB AR SUCCESS DI LINK INI (KLIK SAHAJA)

UNTUK BERHUBUNG DENGAN FB AR SUCCESS, KLIK DISINI 

Hubungi AR Success hari ini untuk bantuan pengurusan dan perekodan dokumen untuk perniagaan.

One Reply to “Dokumen untuk Perniagaan -AR Success”

  1. Terima kasih Cik Puan atas maklumat yang sangat bermanfaat untuk para usahawan di luar sana! Terbaik!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.