Bayam Brazil Goreng Rangup |Wanz Bites PeDAS

February 18, 2020 by No Comments

Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel ketiga dan terakhirBayam Brazil Goreng Rangup |Wanz Bites PeDAS.” Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membaca sedikit penerangan tentangnya di nota kaki artikel ini di bawah nanti.

Entri pertama|| Wanz Bites: Pengusaha Kerepek Peria Pahang |PeDAS

Entri kedua|| PeDAS|Crispy Peria Berperisa Wanz Bites


Nama Inggeris bayam adalah spinach. Benda pertama yang keluar dalam kepala Cik LIS bila sebut tentang bayam adalah kartun lama Popeye the Sailorman.

Bayam Brazil Goreng Rangup-1
Popeye dan Olive Oyl.
Gambar sebagai hiasan Credit image to fsb.zobj.net

Popeye adalah sebuah watak untuk mendidik kanak-kanak yang akan sayur bayam akan jadi kuat kerana ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin terutamanya vitamin K (untuk pertumbuhan tulang).

Cumanya dalam cerita Popeye tu over sangat kuatnya; genggam dan picit tin bayam sampai keluar isi dan terus masuk ke mulut, terus jadi sado. Kecil-kecil dulu ye la, ketawa berdekah-dekah bila tengok kartun. Hahaha…

Perasan tak yang teman wanita / isteri Popeye bernama Olive Oyl? Minyak zaitun? Bila bayam dan minyak zaitun bergabung, jadi salad kan? Halus je orang dulu-dulu sampaikan hint. Hahaha…


Anyways, dah tua-tua pun ada je yang tak suka makan bayam atau mana-mana sayur hijau yang lain. Cik LIS pun bila dah habis sekolah baru mula memaksa diri makan sayur. Punyalah susah nak educate diri makan sayur.

Sampai ada satu masa dahulu, Cik LIS kena makan sayur dengan bawang goreng baru lalu nak makan hidangan sayur macam bayam. Kalau tak ada bawang goreng, Cik LIS beli sayur seaweed dalam peket di pasar raya nak buat makan dengan nasi campur di hostel (,Ծ_Ծ,)

*Sekarang dah ok dah. Bayam kangkung ulam semua Cik LIS bedal.

Idea untuk makan sayur yang boleh dimakan sebagai hidangan sampingan dengan nasi seperti bawang goreng ini bagus. Kalau sayur hijau lain macam bayam pun dibuat begini nak cuba tak?

Bayam Brazil Goreng Rangup dari Wanz Bites

Bayam Brazil Goreng Rangup-2

Menyedari khasiat bayam brazil yang banyak dan cara penanamannya yang mudah, Wanz Bites mengeluarkan satu lagi produk selain daripada kerepek peria 5 rasa yang viral, iaitu Bayam Brazil Crispy & Spicy.

Didatangkan dengan pek sedia untuk dimakan, ianya sesuai untuk dimakan dengan hidangan panas tengahari, makan malam dan sebagainya. Ataupun makan ratah semata-mata macam makan kerepek biasa pun boleh.

Kalau pandai pek untuk travel dengan kapal terbang, boleh buat makan masa tengah bercuti di luar negara (kena declare dulu kot, untuk sesetengah negara). Kot2 kalau lidah rindu rasa makanan Melayu berbulan-bulan makan bukan makanan ruji orang kita.

Bukan kanak-kanak sahaja, orang tua yang liat nak makan sayur punpasti berselera dengan adanya bayam brazil goreng rangup ni!


Terliur nak krup krap krup krap dengan kerepek ini? Dapatkan stok anda dari link-link berikut:

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Alamat kedai:

KAMPUNG BUKIT BETONG,
27200 KUALA LIPIS, PAHANG.

Dekat Shopee pun pu ada kalau nak order online dengan Wanz Bites! – link


Sekian sahaja dari Cik LIS LunaStory. Jumpa lagi di siri jejak usahawan PeDAS yang akan datang ya (。•̀ᴗ-)✧


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.