Admires Lip Matte Halal Malaysia |PeDAS

February 16, 2020 by No Comments

Siri jejak usahawan PeDAS ini diteruskan lagi di dalam entri “Admires Lip Matte Halal Malaysia.” Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh mengikuti link di akhir nota kaki artikel ini.


Daripada aksesori pakaian melayu tradisional tanjak hinggalah ke madu kelulut makanan tambahan serta pewangi fabrik, kali ini kita beralih pula kepada barangan kosmetik kegemaran wanita – lipstick!

Wanita dan Kosmetik Berpisah Tiada

Admires Lip Matte Halal Malaysia-1

Hampir semua orang pakai barangan kosmetik untuk bagi nampak cantik. Atau at least, presentable. Iyelah, kalau nak bentang proposal depan bos-bos besar tapi muka pucat tak cukup tidur, kenalah calit sedikit muka dengan bedak kan? Sorok eye bag berkilo-kilo tu. Letak sedikit eye liner, biar nampak mata terang, walaupun letih dah hadap laptop 24 jam.

Dan yang paling penting, bibir pun kena nampak merah sedikit! Kalau tak sempat tepek bedak, lipstick atau lip matte memang penyelamat. Baru nampak macam muka segar sedikit ada warna merah tu. Kalau tak, pucat macam zombie.

Eh, lipbalm macam Vaseline pun dah macam lipstik kan? Calitkan di bibir untuk merawat atau melindungi bibir daripada pecah dek duduk dalam bilik air cond selalu. Kalau tak keluar jumpa orang pun, bila bibir kering dan pecah kan pedih. So, memang boleh kata semua orang terutamanya perempuan memang akan pakai lipstik kan?

Anyways, usahawan PeDAS kita kai ini adalah usahawan yang menjual lipstick jenis matte, iaitu Admires Lip Matte, halal Malaysia.


Admires Lip Matte Halal Malaysia, Produk Bumiputera Setanding Jenama Lain

Admires Lip Matte Halal Malaysia-2

Admires Lip Matte Halal Malaysia: Pengenalan

Usahawan kosmetik lipstik kita kali ini adalah keluaran bumiputera Melayu dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Syarikat yang mengeluarkan produk Admires Lip Matte Halal Malaysia pula adalah Al Jannah Creative Enterprise yang berkonsepkan mesra wuduk dan tidak mengeringkan bibir.

Tahukah anda? Setiap 50 sen hasil jualan daripada lip matte Admires akan disalurkan ke badan amal terpilih (◕‿◕✿)

Srikandi Produk Lip Matte Admires

Pengasas produk lip matte halal ini ialah Puan Endang Suriyati Binti Azmi. Dengan tema yang dibawa oleh produk ini, iaitu “A Touch of Delight That Inspire,” harapan pengasas buat semua pengguna terutamanya wanita Muslimah agar produknya dapat membantu menaikkan inspirasi dengan menaikkan keyakinan dalam diri setiap hari. Iyelah, orang pakai lipstik biasanya nak buat penyeri wajah kan?

Apa yang lebih istimewa bagi pengguna Muslimah terutamanya? Seperti yang telah Cik LIS sebut tadi, setiap 50 sen daripada pembelian produk Admires akan disalurkan ke tabung amal terpilih. Secara tak langsung, pengguna juga dapat menambah amal kebaikan kan? Rata-rata harga sebatang produk Admires pun boleh tahan mampu milik buat semua rakyat Malaysia. Setanding produk berjenama lain di pasaran!

View this post on Instagram

#AdmiresLipmatte

A post shared by endang suryati (@admires.lipmatte) on


Kata-kata Inspirasi Daripada Founder

“KEJAYAAN TIDAK DATANG DENGAN SENDIRI, KITA YANG PERLU BERJUANG UNTUK MENDAPATKANNYA.

DO YOUR BEST, NO ONE CAN DO BETTER..”


Ingin mengetahui promosi semasa produk ini? Follow mereka di Facebook dan Instagram mereka di bawah ini:

Facebook rasmi – link


Instagram rasmi- link

WhatsApp – link


Ada dua jenis produk utama keluaran usahawan ini, iaitu jenis lip matte dan jenis lipstik dalam bentuk cecair. Cik LIS akan share reviu produk mereka yang gorgeous di link di bawah ini. Tekan tau!

Entri kedua||Admires: Lip Matte Mesra Wuduk |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program kerajaan dan MDEC. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.