Adab Menuntut Ilmu Online | Semua Jenis Kelas Online

February 3, 2021 by No Comments

Disebabkan banyaknya permintaan untuk kelas online waktu-waktu orang ramai tak dapat nak bergerak bebas ini, mari Lis selitkan adab menuntut ilmu untuk kelas online.

Menuntut ilmu adalah satu kemestian. Dan boleh kata setiap hari, secara tak langsung memang kita akan belajar ilmu baru, biarpun dengan hanya melihat tingkah laku atau perbuatan orang lain.

Kalau belajar di dalam setting yang formal, pengajar adalah guru. Bagi orang-orang lama, guru ini martabatnya sangat tinggi. Sentiasa bersantun dengan guru sudah menjadi pegangan. Sebab tu, tak mustahil kalau mak ayah zaman dulu-dulu memang merelakan kalau guru mereka tegur anak-anak di sekolah.

Zaman sekarang, dengan keadaan yang tak menentu, pembelajaran formal di dalam kelas menjadi sukar. Dan kita perlahan-lahan mengubah keadaan ini daripada pembelajaran fizikal ke alam maya. Maka, perisian atau aplikasi seperti e-Learning LMS, Zoom Meeting, Google Meet, Skype, WhatsApp video dan sebagainya.

Menuntut ilmu dalam talian ini adalah unik. Selalunya, akan ada tools tertentu yang unik daripada aplikasi tersebut untuk membantu pengajar (yang biasanya menjadi host) ataupun pelajar (yang biasanya menjadi guest) berinteraksi antara satu sama lain.

Di sini Lis kongsikan beberapa adab ketika berada di dalam kelas online:

1| Masuk ke dalam bilik online tersebut dengan tertib

Lis boleh dikatakan bekerja di dalam bidang yang melatih atau mengajar orang ramai, jadi Lis boleh kaitkan bertapa relevennya jika kita minta pelajar mengisi atau Log In dengan menggunakan nama sebenar dan atau alamat emel, seperti mana yang mereka telah isikan di dalam borang pendaftaran.

Adab Menuntut Ilmu Online 1

Tujuannya bukan sahaja untuk membantu pengajar mengenali pelajarnya, malah ada isu sekuriti juga perlu diambil kira. Orang ni ada macam-macam orang, macam-macam ragam. Kalau kelas tersebut berkapasiti besar, maknanya lagi banyak kepala dan ragam kan?

Let us just say, on our side, it is better safe than sorry, ya? Bayangkan kalau ada orang tak berkenaan masuk dalam chat atau kelas online tersebut, kan bahaya untuk semua orang.

2| Guna gambar yang sesuai sebagai profile picture

Ok. Yang ini sangat releven kalau kelas online terbuka yang dijalankan seperti di FB LIVE dan sebagainya. Sebab yang ini kita invite secara terbuka kan? Share je link, sesiapa pun boleh join jika dapat masuk ke page berlangsungnya kelas tersebut.

Sekali lagi, isu keselamatan boleh menjadi antara penyebabnya. Ramai orang boleh create akaun palsu dengan banyak sebab yang tak semuanya suci dan murni ya.

Kalau kelas tertutup pun, ada sesetengah apps atau aplikasi yang akan ada kita kena letak profile picture juga kan. Kelas online juga adalah seformal kelas fizikal yang lain, jadi sila guna gambar yang sesuai ya.

3| Buka atau Turn on Kamera

Kalau tidak ada sebab tertentu yang releven untuk anda sebagai pelajar tidak dapat nak buka kamera depan dihadapan laptop ataupun gadget anda ketika sesi kelas online sedang berlangsung, sila buka kamera tersebut ya.

Jangan malu dan jangan segan. Bayangkan kalau ini adalah seperti kelas fizikal biasa, duduk dekat kerusi menghadap papan putih. Tak kan kita nak tutup muka kita depan cikgu kan? Ini juga adalah adab ketika menuntut ilmu ya, online mahupun offline.

Jika perlu tinggalkan kelas, biarpun seketika, minta izin dengan cikgu terlebih dahulu ya. Dan barulah boleh tak share video kita. Dekat Zoom boleh hantar mesej private dekat cikgu supaya tidak menggangu sesi kelas tersebut.

4| Jika perlu bercakap, tunggu giliran anda

Sepanjang sesi kelas berlangsung, pastikan yang microphone kita dah mute. Yang ada tanda mic dengan palang merah tu ya. Kadang-kadang, kalau kita nak bertanyakan soalan, di Zoom Meeting ada emoji tanda angkat tangan. Gunakan tangan tersebut. Bila cikgu dah nampak dan beri laluan untuk anda tanya soalan, barulah buka mic tersebut.

5| Jangan lambat masuk ke kelas

Kalau kelas pukul 9 pagi, dan link untuk kelas sudah pun diberikan awal-awal, lebih baik masuk awal untuk memudahkan urusan sebelum sesi kelas bermula. Contohnya, kalau kelas berkapasiti besar selalunya akan letak pelajar dekat dalam waiting room dahulu supaya urusetia boleh verify anda adalah orang yang berkenaan untuk masuk ke kelas. Kaitannya sudah dijelaskan dalam point 1 tadi.

6| Berpakaian Kemas dan Sopan

Berpakaian kemas dan sopan juga adalah adab yang semua orang boleh ikuti juga. Kadang-kadang, kelas online akan dirakam bagi memudahkan pelajar untuk ulangkaji semula dan sebagainya.

Sekarang, kelas mengaji Al Quran juga boleh dilakukan secara online. Jadi, pertimbangkan juga untuk mengamalkan adab ketika membaca Al Quran jika anda di dalam kelas mengaji online ya.

Daripada perkongsian dari Beana Home Quran ini, kita boleh mengambil ikhtibar yang sama sebelum kita menuntut ilmu, terutamanya yang beragama Islam. Antaranya adalah masuk kelas online (sama ada kelas mengaji atau pun kelas yang lain) dengan keadaan berwudhuk dan tempat belajar kita bersih dan sebagainya.

Tempat yang kita pilih untuk menuntut ilmu juga kalau boleh, Lis cadangkan di tempat yang tidak menghalang laluan utama untuk pengguna lain di ruang anda ya.

Berburu ke Padang Datar,

Dapat rusa bergelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Macam bunga kembang tak jadi.

(tidak ada maknanya menuntut ilmu jika tidak diamalkan dengan sempurna)

Sekian sahaja edisi adab menuntut ilmu online untuk kali ini.


Nak perbetulkan tajwid? Atau menghafal dengan lancar? Untuk diri sendiri atau suami atau isteri mahupun anak-anak? Tak kira masa siang atau malam? Lebih selesa jika belajar online? Atau perlukan tutor yang boleh datang ke rumah dan one-one-one serta sangat penyabar? Bahasa pengantar boleh juga dalam Bahasa Inggeris?

Nak perbetulkan tajwid? Atau menghafal dengan lancar? Untuk diri sendiri atau suami atau isteri mahupun anak-anak? Tak kira masa siang atau malam? Lebih selesa jika belajar online? Atau perlukan tutor yang boleh datang ke rumah dan one-one-one serta sangat penyabar? Bahasa pengantar boleh juga dalam Bahasa Inggeris?

Tuan-tuan dan puan-puan yang berminat boleh mendapatkan butiran dengan lebih lanjut di link-link yang disediakan di bawah:

Laman Web | Facebook | Instagram | WhatsApp

Baca dengan lebih lanjut Kelas Mengaji Online Beana Online Class disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.