Akaun Pengurusan Syarikat

May 26, 2022 by No Comments

Sebagai seorang usahawan yang mempunyai syarikat, adakah tuan puan tahu tentang akaun pengurusan syarikat? Tahukah tuan puan bahawa akaun pengurusan sangat penting dalam sesebuah syarikat?

Posting kali ini, Cik Min akan kongsikan tentang akaun pengurusan syarikat kepada tuan puan sekali gus dapat membantu para usahawan dalam menguruskan perakaunan syarikat.

Apa Itu Akaun Pengurusan | Akaun Pengurusan Syarikat

Akaan pengurusan merupakan:

  • Laporan Kewangan tidak beraudit dan perlu diaudit bagi syarikat Sdn Bhd untuk tujuan pematuhan Akta Syarikat 2016 dan dokumen rujukan untuk pengiraan cukai syarikat.
  • Laporan Kewangan tidak beraudit yang digunakan oleh pemilik Enterprise dan PLT sebagai dokumen bagi tujuan pengiraan cukai individu.
  • Disediakan oleh Bookkeeper dan disemak oleh akauntan.
  • Ianya perlu disediakan setiap tahun bermula dari hari atau tahun pertama perniagaan dan menjadi tanggungjawab pemilik dan pengarah syarikat menyediakan akaun pengurusan ini.
  • Ianya memberi maklumat kepada usahawan tentang berapa banyak jualan diperolehi, berapa banyak belanja di buat, aset apa dibeli, berapa tanggungan atau liabiliti dan lain-lain maklumat usahawan perlukan.
  • Ianya adalah salah satu laporan yang diperlukan oleh pihak bank untuk menilai kelayakan sesebuah perniagaan untuk mendapatkan pinjaman.
  • Usahawan boleh guna akaun pengurusan sebagai asas untuk buat keputusan. Contohnya, keputusan untuk membuat pelaburan atau menjual perniagaan.
  • Akaun pengurusan adalah asas untuk usahawan untuk membuat belanjawan tahunan.
  • Akaun pengurusan adalah “output” atau juga petunjuk sejauh mana kekuatan dan keberkesanan kawalan dalaman sesebuah syarikat.

Akaun pengurusan terbahagi kepada 2 komponen:-

  1. Penyata Untung dan Rugi (Profit & Loss Statement/Statement of Comprehensive Income/Income Statement)
  2. Kunci Kira-kira (Balance Sheet)

Laporan ini adalah laporan lengkap transaksi duit masuk dan keluar dari bank akaun syarikat mengikut kategori dan tarikh setiap transaksi itu berlaku.

Cik Min, penting ke laporan ni?

Laporan ini penting tuan puan untuk membantu pemilik bisnes dalam beberapa perkara seperti:

  • Mengetahui kedudukan kesihatan kewangan syarikat.
  • Mendapat petunjuk situasi bisnes iaitu dengan menggunakan kaedah nisbah.
  • Asas untuk membuat keputusan yang strategik, merancang, mengawal, dan menilai situasi kewangan syarikat.

1. Penyata Untung Dan Rugi (Profit & Loss Statement)

Akaun pengurusan syarikat

Penyata ini adalah penyata yang akan menunjukkan bisnes kita untung atau rugi.

Ianya terbahagi kepada 3 item iaitu:-

  1. Jualan
  2. Kos
  3. Belanja

1. Jualan

Jualan (dalam Bahasa Inggeris ialah Sales) atau hasil (dalam Bahasa Inggeris ialah revenue) atau pendapatan (dalam Bahasa Inggeris ialah income) memberi maksud yang sama. Ianya dibezakan oleh dalam laporan mana ianya digunakan. Jualan mestilah sama dengan “nature of business” semasa usahawan mendaftar perniagaan di SSM.

2. Kos

Kos merupakan perbelanjaan berkaitan dengan jualan.

Contoh:

Rahimah merupakan peniaga nasi lemak. Kos perniagaannya ialah beras, ikan bilis, santan dan semua yang berkaitan dengan nasi lemak.

3. Perbelanjaan

Perbelanjaan adalah belanja yang tidak berkait dengan jualan.  Contohnya, sewa kedai, bil utiliti, maintenance dan sebagainya.

Senarai di bawah merupakan contoh belanja:

  • Accommodation (Penginapan)
  • Advertising (Pengiklanan)
  • Bad Debts (Hutang Lapuk)
  • Bonus (Bonus)
  • Commission (Komisyen)
  • Cleaning (Pembersihan)
  • Director Allowance (Elaun Pengarah)
  • Director Remuneration (Gaji Pengarah)
  • EPF
  • SOCSO
  • Salary and Wage (Gaji dan Upah)
  • Medical Expenses (Perbelanjaan Perubatan)
  • Staff Refreshment (Perbelanjaan Pekerja)
  • Training (Latihan)
  • Petrol and Toll (Minyak Kenderaan dan Tol)
  • Travelling (Perjalanan)
  • Marketing (Pemasaran)
  • Repair and Maintenance (Pembaikan dan Penyelenggaraan)
  • Upkeep of Motor Vehicle (Penyelenggaraan Kenderaan)
  • Depreciation (Susut nilai)
  • Domain and Hosting
  • Meal and Entertainment (Hiburan)
  • Subscription Fee (Yuran Langganan)
  • Insurance (Insuran)
  • Renewal of Licence (Pembaharuan lesen)
  • Office Expenses (Perbelanjaan Pejabat)
  • Office Maintenance (Penyelenggaraan Pejabat)
  • Stationery and Printing (Alat tulis dan Percetakan)
  • Postage and Couriers (Yuran Pos dan Penghantaraan)
  • Refund (Bayaran Balik)
  • Office Rental (Sewa Pejabat)
  • Telephone and Internet
  • Utilities (Utiliti – Air dan Elektrik)
  • Bank Interest (Faedah Bank)
  • Accounting Fee (Yuran Perakaunan)
  • Audit Fee (Yuran Audit)
  • Tax Agent Fee (Yuran Agen Cukai)
  • Secretarial Fee (Yuran Setiausaha)

2. Kunci Kira-Kira

Kunci Kira-kira atau Imbang Duga atau dalam bahasa Inggeris disebut Balance Sheet. Majoriti usahawan kurang jelas apa yang dilaporkan dalam Kunci Kira-kira atau Balance Sheet ini.

Jika diterjemahkan dari sudut nama, Balance bermaksud Seimbang, manakala Sheet bermaksud lembaran maka jadilah Lembaran Seimbang.

Balance juga boleh diterjemahkan sebagai Baki, maka jadilah Lembaran Baki. Daripada terjemahan nama itu sendiri, maka itulah yang dilaporkan oleh Kunci Kira-kira iaitu Lembaran Baki yang Seimbang.

Cik Min, baki apa yang seimbang?

Baki yang seimbang merupakan baki pada akhir tahun bagi 3 item besar yang ada dalam kunci kira-kira iaitu:

  1. Aset
  2. Modal
  3. Liabiliti

Keseimbangan pula adalah keseimbangan antara ketiga-tiga item tersebut. Jika dijadikan formula, Aset mestilah seimbang atau sama dengan Liabiliti dan Modal.

Aset = Modal + Liabiliti

Tonton video di bawah untuk penerangan lanjut mengenai kunci kira-kira.

Apa Itu Aset | Akaun Pengurusan Syarikat

Aset adalah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan bagi menjalankan aktiviti perniagaan.

Bila disebut “dimiliki”, maksudnya “dibeli oleh syarikat”.

Bila disebut sebagai “digunakan”, maksudnya usahawan membeli komputer untuk kegunaan pekerja dan bukan untuk anak.

Harta ini terbahagi kepada 2 iaitu:-

  1. Harta Tetap
  2. Harta Semasa

1. Harta Tetap

Harta Tetap adalah harta yang mempunyai jangka hayat setahun dan lebih.

Nilai aset tetap ini bergantung kepada polisi sesebuah syarikat dan jenis perniagaan masing-masing.

Contoh harta tetap di dalam perakaunan:-

  • Tanah dan Bangunan
  • Loji dan peralatan
  • Peralatan pejabat
  • Perabot dan pemasangan
  • Komputer dan perisian
  • Kenderaan

2. Harta Semasa

Harta semasa adalah harta yang mempunyai jangka hayat kurang dari setahun dan kecairan yang tinggi.

Contoh harta semasa di dalam perakaunan :-

  • Baki tunai di tangan dan bank
  • Stok/inventori
  • Penghutang
  • Deposit
  • Akru

Apa Itu Modal | Akaun Pengurusan Syarikat

Modal adalah duit permulaan untuk memulakan perniagaan di mana pemilik bisnes akan menggunakan modal ini untuk membeli barang niaga dan dari situlah keuntungan akan diperolehi. Hal ini akan meningkatkan nilai sesebuah bisnes itu.

Namun, kadang-kadang bisnes mengalami kerugian menyebabkan modal permulaan menjadi semakin mengecil dan boleh menyebabkan nilai sesebuah bisnes itu menurun.

Dalam syarikat Sdn Bhd, modal yang dimasukkan dalam syarikat akan menentukan berapa peratus saham setiap pemegang saham itu dan modal ini mesti dimasukkan dalam akaun bank syarikat.

Dalam Enterprise, modal yang dimasukkan dalam akaun bank Enterprise tidak ada kaitan dengan saham kerana dalam Enterprise tiada sebarang saham boleh dikeluarkan.

Apa Itu Liabiliti | Akaun Pengurusan Syarikat

Liabiliti adalah hutang perniagaan kepada pihak luar dan perlu dijelaskan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Jenis-jenis Liabiliti

Ada dua (2) jenis kategori iaitu:-

  1. Liabiliti jangka pendek
  2. Liabiliti jangka panjang

1. Contoh liabiliti jangka pendek:

  • Hutang pembekal
  • Hutang terakru (contoh: EPF, SOCSO, EIS, yuran juruaudit, ejen cukai dan lain-lain belanja komitmen syarikat yang tertunggak)

2. Contoh liabiliti jangka panjang:

  • Pinjaman pembiayaan rumah atau bisnes
  • Pinjaman sewa beli kereta

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min mengenai akaun pengurusan syarikat. Cik Min harap dengan perkongsian kali ini dapat membantu usahawan dalam mengetahui tentang akaun pengurusan syarikat. Jumpa lagi di posting akan datang!

Maklumat Lanjut

Perlukan bimbingan lanjut mengenai pengurusan kewangan syarikat? AR Success merupakan sebuah syarikat yang pakar dalam menguruskan akaun kewangan syarikat usahawan atau peniaga. Hubungi 019-626 3206 (Puan Rozita) untuk penjelasan yang lebih lanjut.

•••

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Untuk artikel lain, boleh klik LunaStory.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.