Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Baihaq:PeDAS

March 18, 2020 by No Comments

Salam perkenalan buat semua pembaca artikel “Kebaikan Minyak Kelapa Dara | Baihaq:PeDAS” dari Cik Lis LunaStory. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara sering menjadi subjek untuk kajian yang lebih terperinci setelah orang mula menyedari keberkesanannya dalam kehidupan seharian. Contohnya, banyak laporan-laporan yang menyokong kebaikan minyak kelapa dara dalam mengekalkan tahap kesihatan pengguna VCO ini.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara-1

Kebaikan Minyak Kelapa Dara

Nutrisi: Asid Laurik

Minyak kelapa dara adalah produk hiliran daripada kelapa itu sendiri. Daripada laporan yang tercatat di dalam laman web MyAgro.moa.gov,my, minyak kelapa mengandungi 44.1 – 51.0 peratus kandungan asid laurik.

Kebanyakan laporan mengatakan bahawa kajian lebih menyeluruh dijalankan untuk memaksimumkan minyak kelapa dara disebabkan kandungan asid laurik yang tinggi. Asid laurik sering dikaitkan dengan kajian yang melibatkan

  • tindakbalas terhadap sel-sel kulit
  • mengimbangi tahap PH
  • memastikan ‘connective tissue’ tisu-tisu penyambung kuat
  • memastikan ‘connective tissue’ tisu-tisu penyambung terhidrat
  • sifatnya yang antibakteria dan antifungus
  • …dan lain-lain lagi

Walau bagaimanapun, penggunaan asid laurik sebagai persediaan makanan dan ubat-ubatan haruslah terlebih dahulu diselia oleh doktor atau ahli farmasi atau ahli herba bertauliah terlebih dahulu kerana ianya masih lagi di peringkat kajian dan masih belum konklusif dari segi penentuan keselamatannya.

Contohnya, sesetengah orang mungkin akan ada tindak balas negatif jika ada sejarah alahan terhadap produk yang tinggi asid lemak tepu asid laurik ini ataupun alahan terhadap pewarna, pengawet dan sebagainya yang mengiringi produk tersebut.

Pembersih dan Pelembap Semulajadi

Minyak kelapa dara dapat dijadikan sebagai alternatif produk-produk pembersih untuk solekan di pasaran. Sifatnya yang melembap secara tidak langsung mengatasi masalah bibir pecah, kulit kering dan kuku yang tidak bersinar.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara-2

Teman Ibu Yang Mempunyai Anak Kecil

Minyak kelapa dara banyak digunakan secara meluas di dalam hal ini. Ibu yang ada masalah puting merekah dan stretch mark menggunakan VCO di tempat yang bermasalah tersebut untuk mengurangkan ketidakselesaan dan melembapkan bahagian tersebut.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara-3

Jika kulit bayi rasi dengan VCO tanpa menunjukkan tanda-tanda negatif, VCO juga banyak digunakan untuk mengurangkan ruam lampin.

Peringatan: Bayi berumur 6 bulan dan kebawah tidak sesuai untuk makan makanan selain daripada susu ibu atau susu formula untuk bayi.

*Kredit penuh untuk sumber rujukan:

  • Facebook – Catatan daripada pandangan Dr Ezairy M.Sallih tentang rawatan alternatif dan kelapa
  • Hello Doktor – Asid Laurik
  • Berita Harian – 1,001 khasiat kelapa
  • apps.myagro.moa.gov.my – Maklumat komoditi: Kelapa

Minyak Baihaq dihasilkan turun temurun dan bukan lah daripada yang dimodenkan dengan pengunaan mesin dan campuran kimia. Minyak ini berbau harum kelapa asli menunjukkan minyak yang terbaik manakala minyak yang berbau tengik dan susah ditelan adalah minyak yang sudah rosak akibat teroksida dengan udara.

Berminat untuk mencuba produk VCO minyak kelapa dara dari Baihaq atau ingin menghubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut? Ikuti mereka di laman media sosial:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun kunjungi kedai mereka disini:

No 123, Kampong Samagagah Selinsing, Simpang Empat, 34400 Semanggol, Perak

Sekian sahaja siri usahawan PeDAS Baihaq. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS yang lain ya. Link untuk entri-entri terdahulu di bawah ini:

Entri pertama|| Minyak Kelapa Dara Baihaq | Usahawan PeDAS

Entri kedua|| Pengeluar Minyak VCO Perak | Baihaq:PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN. SILA DAPATKAN NASIHAT PERUBATAN DAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL BERTAULIAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.