Tips Tidak Haus Sepanjang Berpuasa
Bulan Ramadan telah menjelma sekali lagi tahun ini. Bila masuk bulan yang mulia ini sahaja, semestinya ada yang mencari tips-tips supaya tidak haus sepanjang berpuasa kan? Cik Luna pun selalu berasa haus tau ketika berpuasa. Jadi, jom baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui tips tidak haus sepanjang berpuasa!
1. Hindari Kopi Ketika Sahur. | Tips Tidak Haus Sepanjang Berpuasa
Seperti yang anda tahu, ramai antara masyarakat kita yang meminum kopi untuk menahan mata serta memberikan tenaga. Hal ini kerana setelah bersahur, mereka akan bersiap untuk pergi ke kerja. Cik Luna pun suka betul minum kopi semata untuk tahan mata dari tertidur.
Namun begitu, kopi mempunyai sifat dierutik yang boleh menyebabkan anda kerap membuang air kecil. Setelah itu, ia akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan anda.
Bukan itu sahaja, kopi juga mempercepatkan dehidrasi dalam badan manusia di mana lebih banyak kopi diminum, lebih haus anda akan rasa. Jadi, sebaiknya anda hindari kopi semasa bersahur untuk mencegah dehidrasi.
2. Letakkan Secubit Celtic Salt Dalam Air.
Tular di TikTok mengenai Celtic Salt yang hangat dikatakan dapat elakkan rasa haus sewaktu berpuasa. Selebriti terkenal yang berasal dari Singapura iaitu Atikah Suhaime juga berkongsikan tips ini dalam satu video di akaun TikTok peribadi beliau.
Kenapa Celtic Salt? Hal ini kerana, Celtic Salt mempunyai kandungan mineral yang tinggi. Celtic Salt ini juga bagus untuk hidrasi tubuh badan manusia. , ada yang kata Celtic Salt ini bagus untuk kecantikan juga. Wah, banyak manfaat produk ini rupanya!
Oleh sebab itu, Celtic Salt ini bagus untuk diminum dalam air kosong ketika bersahur. Hanya letakkan secubit sahaja dan Insya-Allah anda akan bertenaga dan tidak haus ketika menunaikan ibadah puasa pada bulan mulia ini.
3. Banyakkan Memakan Buah-buahan!
Selain dari meminum air kosong, anda juga boleh memakan buah-buahan untuk mengekalkan hidrasi badan! Jadi, buah-buahan apa yang patut dimakan untuk sumber air tubuh badan anda?
Berikut merupakan buah-buahan yang patut dimakan ialah tembikai, strawberi, nanas dan anggur. Hal ini kerana, buah-buahan ini semua mempunyai sekitar 85 hinga 92 peratus air!
Anda juga boleh membuat jus dari buah-buahan yang segar ini untuk diminum ketika bersahur.
Sepanjang bulan puasa yang mulia ini, bolehlah anda semua mengikut tips yang dikongsikan ini!
Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.
Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.