Tips Rancang Cukai dari AR Success (Bahagian Dua)
Apa itu cukai perniagaan dan Tips Rancang Cukai Perniagaan adalah antara soalan daripada usahawan yang sering ditanya kepada akauntan.
Baca tentang apa itu cukai perniagaan disini.
Tips Rancang Cukai yang Pertama sehingga Keempat turut dikongsikan oleh AR Success di link diatas.
Tips Rancang Cukai Kelima : Elak pengarah syarikat berhutang dengan syarikat.
Kesalahan ini ada terdapat dalam 2 akta iaitu:-
- Seksyen 224, AS 2016 – Syarikat tidak boleh beri pinjaman kepada pengarah.
- Pekeliling 8/2015, ACP 1967 – Syarikat tidak boleh beri pinjaman kepada seseorang yang ada kaitan dengan pengarah.
Berdasarkan ACP 1967, syarikat akan dikenakan purata 4.3% faedah atas amaun yang dipinjam. Faedah ini dikira sebagai pendapatan dan ianya tertaluk kepada cukai. Cukai ini tidak dibenarkan tolak apa-apa perbelanjaan.
Tips Rancang Cukai Keenam : Upgrade Enterprise ke Sdn Bhd
Ada 2 asas anda perlu pertimbangkan sebelum upgrade ke Sdn Bhd iaitu:-
- Asas pertama- keperluan dari segi bisnes.
Contohnya untuk membida projek di bawah agensi kerajaan atau mana-mana projek kebiasaannya projek besar, pihak terbabit mensyaratkan hanya syarikat sdn bhd layak memohon.
Maka di sini anda boleh pertimbangkan untuk upgrade ke sdn bhd. Namun di sini ada risikonya jika anda tidak terpilih mendapat projek tersebut.
Maksud saya risiko dari segi menanggung kos tambahan (tahunan) berbanding enterprise iaitu kos menyediakan Laporan Audit dan Cukai Syarikat.
- Asas kedua- masa yang sesuai untuk upgrade
Asas ini ada kaitan dengan implikasi cukai. Persoalannya bilakah masa yang sesuai?
Penanda aras masa yang sesuai adalah bila keuntungan anda setahun mencecah minimum RM70,000 atau RM80,000 setahun.
Jika keuntungan anda melebihi penanda aras ini anda akan berdepan dengan cukai kena bayar yang sangat tinggi.
Tips Rancang Cukai Ketujuh : Maksimumkan Bayar Zakat
Peratus maksimum bagi enterprise dan sdn bhd adalah berbeza iaitu:-
- Sdn Bhd- hanya 2.5% daripada zakat yang dibayar boleh di tolak dari CKB
- Enterprise- boleh tolak 100%
Tips Rancang Cukai Kelapan : Insuran Berkelompok
Tahukah anda insuran yang dibayar kepada pengarah syarikat adalah tidak dibenarkan ditolak dari pendapatan perniagaan atau dengan kata lain jumlahnya akan dicampur balik dari untung atau rugi syarikat di dalam pengiraan pendapatan bercukai (rujuk Tips#2 (iv) di atas.
Walaubagaimanapun, bagi pengarah yang mempunyai jawatan di dalam syarikat (Pengarah Eksekutif), bayaran premium insuran kepada pengarah ini menjadi belanja dibenarkan.
Tips Rancang Cukai Kesembilan : Maksimumkan Pelepasan Cukai
Pelepasan cukai bermaksud belanja yang dibenarkan ditolak dari PENDAPATAN BERCUKAI atau dengan kata lain belanja dapat mengurangkan CKB seseorang.
Anda boleh rujuk senarai pelepasan cukai individi di laman sesawang LHDN iaitu www.hasil.gov.my
Namun saya senaraikan juga senarai pelepasan dan terangkan apa tindakan anda selanjutnya untuk mendapat pelepasan yang maksimum
BIL | PERKARA | AMAUN MAKSIMUM | TINDAKAN |
1 | Individu dan saudara tanggungan | 9000 | Otomatik |
2 | Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (keadaan kesihatan mestilah disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Ibu dan bapa Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa | 5,000 (terhad) ATAU 3,000 (Terhad) | Simpan resit bayaran rawatan perubatan |
3 | Peralatan sokongan asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) | 6,000 (Terhad) | Simpan resit belian alat sokongan |
4 | Individu kurang upaya | 6,000 | |
5 | Yuran pendidikan (sendiri) Selain dari Ijazah dan PHD (contohnya Diploma, sijil dan lain-lain) dan terhad kepada bidang Undang-undang Perakaunan Kewangan Islam Teknikal Vokasional Industry, saintifik atau teknologi Peringkat Ijazah dan PHD bagi semua bidang atau kursus. | 7,000 | Simpan Surat Tawaran Lanjut Pelajaran dan resit bayar yuran. |
6 | Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) | 6,000 (Terhad) | Simpan resit bayar perubatan |
7 | Permeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/isteri atau anak) Nota: Bukan setiap seorang RM500 tetapi hanya salah seorang sahaja yang boleh tuntut | 500 (Terhad) | Simpan resit bayar perubatan |
8 | 4 kategori Gaya hidup iaitu:- Pembelian bahan bacaan bercetak dan penerbitan seperti buku, jurnal, majalah, suratkhabar untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak. Pengecualian dari menuntut pelepasan:- Bahan tidak bercetak dan tidak diterbitkan contoh e-book walaupun ianya dicetak selepas dibeli. Bahan bacaan terlarang. Pembelian komputer meja atau komputer riba, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak bagi setiap 3 tahun. Pembelian alat sukanYuran keahlianGym Langganan internet | Mana-mana kategori yang dibelanjakan | Simpan resit belanja mana-mana 4 atau keempat-empat kategori gaya hidup sehingga had maksimum. |
MAHUKAH PEMILIK SYARIKAT BELAJAR ILMU URUS AKAUN BISNES SYARIKAT SECARA MUDAH DAN PRAKTIKAL?
ARS JUGA BOLEH MEMBUATKAN USAHAWAN TENANG DAN DAPAT TIDUR MALAM TANPA RISAUKAN URUSAN AKAUN SYARIKAT.
HUBUNGI TERUS :
ROZITA KAMARUDIN
PRINCIPAL, AR SUCCESS
CHARTERED ACCOUNTANT
MEMBER OF THE MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS
MEMBERSHIP NO: 26195
Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.
Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala LumpurTel: 03-9171 0611