Susu Kambing Terbaik | Ada Apa Dengan Kambing

February 9, 2021 by No Comments

Anda sedang mencari artikel tentang susu kambing terbaik? Baca tentang perihal kambing, susu dan produk tenusunya yang lain di sini ya.

1| Kambing adalah haiwan ternakan yang terkenal dengan daya tahan yang tinggi

Catatan sejarah ketamadunan manusia banyak menyentuh tentang kambing dan produk susunya. Suatu masa dahulu di dunia Barat, kambing digelar sebagai “Poor Man’s Cow” kerana ternakan kambing tidak memakan kos yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan ternakan lembu.

Susu Kambing Terbaik 2

Walaupun susu lembu dikatakan lebih banyak dapat dikeluarkan dalam satu-satu masa lebih lima kali ganda berbanding dengan susu kambing, tidak ramai yang mampu menternak lembu terutamanya di negara-negara yang kurang membangun, jadi kambing menjadi pilihan alternatif.

Sesetengah jenis ternakan haiwan seperti lembu tidak mampu untuk hidup di tempat-tempat tertentu seperti di padang pasir. Namun, ada jenis kambing gurun yang boleh hidup di tempat yang gersang sebegini dan kebanyakannya tercatat di sebelah gurun di Asia Barat yang terkenal dengan tanah kering dan kurangnya air.

2| Kepelbagaian produk tenusu yang tidak kurang gahnya

Selain daripada diminum, susu kambing boleh dijadikan keju dan susu masam yogurt sama seperti susu ternakan haiwan yang lain. Malah, hasil eksportnya juga tidak kurang hebatnya.

Di dalam dunia gastronomi (atau subtopik makan-makan haha), chevre adalah nama untuk keju daripada susu kambing. Ejaan yang sebenar adalah chèvre, yang bermaksud kambing yang berasal perkataan Perancis.

Susu Kambing Terbaik 1

Chevre yang segar dan masih baru mempunyai tekstur yang lembut dan halus. Warnanya juga seperti putih krim. Semakin lama usia keju ini, semakin menguning dan rapuh keraknya. Baunya juga lebih kuat tetapi beraroma. Sesuai untuk disajikan bersama dengan roti baguette. Perancis adalah antara pengeksport keju chevre di dunia selain daripada keju jenis Brie dan Camembert.

Bagi produk yogurt susu kambing pula, Greek yogurt yang asal sebenarnya diperbuat daripada susu kambing. Versi moden sekarang banyak yang menggunakan susu lembu.

3| Susu kambing adalah antara alternatif untuk bayi 6 bulan dan ke atas yang ada alahan dengan susu lembu

Ada beberapa individu istimewa yang dilahirkan dengan kondisi badan yang agak berlainan dengan insan biasa, walaupun nampak normal dari segi luarannya. Dalam banyak-banyak kategori istimewa ini, antara yang berkaitan dengan pemakanan adalah alahan protein susu lembu.

Menurut kajian, 1% hingga 5% bayi ada alahan kepada protein yang berada di dalam susu lembu atau produk berasaskan susu lembu. Namun, ada bayi yang akan hilang alahan ini dengan sendirinya pada usia 2 hingga 3 tahun.

Terdapat banyak perbincangan dan pendebatan yang mengaitkan susu kambing sebagai alternatif untuk susu lembu kerana susu kambing dikatakan mengandungi paras kasein α s-1 pada tahap 89% lebih rendah berbanding susu lembu. Dan kandungan kasein α s-1 yang tinggilah yang menyebabkan reaksi alahan. (Hello Doktor, Susu Kambing: Benarkah Khasiatnya Seperti yang Dicanang-canangkan?)

Namun, hakikatnya data ini masih kurang lengkap untuk dijadikan bukti konkrit yang susu kambing mampu untuk menggantikan susu lembu atau susu ibu itu sendiri sepenuhnya di dalam diet bayi (berumur 6 bulan ke atas) mahupun kanak-kanak untuk masalah alahan ini.

Cara penyelesaian terbaik adalah dengan berbincang dengan pakar perubatan dan pemakanan yang bertauliah terlebih dahulu ya untuk kebaikan semua.

4| Susu kambing dikatakan lebih mudah diterima untuk mereka yang mengalami masalah intolerans laktosa

Sesetengah individu mengalami masalah ini jika kekurangan enzim lactase dalam badannya. Apabila seorang penghidap intolerans laktosa mengambil susu, laktosa yang tidak dihidrolisis ini akan ditapai oleh bakteria-bakteria yang terdapat di dalam usus besar, dan seterusnya menyebabkan masalah ketidakkeselesaan pada perut yang terhasil daripada tindakbalas daripada proses penapaian tersebut.

Susu kambing dikatakan mengandungi laktosa yang lebih rendah berbanding susu lembu. Namun, sekali lagi pesanan ikhlas, berjumpa dan rujuk dengan pakar terlebih dahulu ya. Mungkin ada faktor lain tersembunyi yang pakar dapat kesan dan beri diagnosis yang tepat.


Sekian sahaja untuk trivia tentang susu kambing kali ini. Untuk mendapatkan produk daripada susu kambing terbaik (susu formula) untuk anak-anak anda, layari laman-laman dan media sosial Nouqman untuk pertanyaan lebih lanjut ya. Klik sahaja link di bawah ya.

Facebook Nouqman | Laman Web Nouqman | WhatsApp: Puan Anis (60193605242)

Baca tentang Resepi Burned Cheese Cake Guna AirFryer disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.