Risiko Beli Ubat Online
Entri kali ini adalah berkaitan dengan risiko beli ubat online kerana LunaStory komited untuk menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Perkhidmatan Farmasi. Pada bulan Oktober ini, kempen kesedaran âWaspada Pembelian Ubat Dalam Talianâ sedang begitu aktif dijalankan. Semoga apa yang dikongsikan di halaman ini bermanfaat buat pembaca semua ya.
Tuan Puan boleh baca artikel sebelum ini iaitu Selamatkah Beli Ubat Online disini.
âAda apa dengan ubatâ
Hampir semua penyakit ada penawarnya. Kalau demam, ada ubat demam. Kalau selsema, ada ubat selsema. Kalau sakit-sakit dan lenguh badan, semestinya ada ubatnya juga. Zaman sekarang, kalau Google di dengan kata carian âubat sakit badanâ mesti jumpa punya iklan ubat untuk gejala tersebut. Ataupun lagi mudah kalau anda biasa dengan aplikasi e-commerce marketplace di gadget seperti L*zada, Sh*pee, C*rousell dan sebagainya. Siap boleh bandingkan harga lagi antara satu produk dengan produk yang lain!

Tekan â tekan terus dapat.
Eh
Sempat pula admin buat pantun dua kerat. Tapi betul lah kan? Bukan ubat sahaja, nak cari suplemen kesihatan dan barang âmake-upâ pun dah tak perlu keluar dari rumah. âOrderâ sahaja online, esok dah sampai barang ke tuannya.
Pada admin, badan nak pakai lama kan. Jadi, admin biasakan diri dengan membaca akhbar online juga untuk mengetahui jika ada hebahan kepada orang ramai sebagai keselamatan sebelum mula membeli sesuatu produk, terutamanya produk yang melibatkan kesihatan.
Admin terbaca di akhbar baru-baru ini menerusi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, yang daripada awal tahun ini sehingga September 2019, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah merampas banyak produk berdaftar yang bernilai RM31 juta. (link) Kalau anda baca dengan lebih lanjut, produk yang dirampas tersebut ternyata mengandungi kandungan berbahaya seperti racun berjadual.
Dengar perkataan âRacunâ sahaja dah gerun kan? Bayangkan racun penyembur lipas. Sembur dekat lipas terus keras kejung ia. Kalau isi kandungan penyembur tadi ada dalam kosmetik yang tepek dekat muka muka, tak ke haru jadinya?

Terus hilang selera nak cuba pakai lipstik baru ke, compact powder baru ke, dan sebagainya kan walaupun iklannya sangat menarik ÂŻ\_(ă)_/ÂŻ
Kenapa Berisiko Beli Ubat Online Ya?
Seperti yang telah admin sebut awal-awal tadi, badan kita kan nak pakai lama. Tidak salah jika kita terlebih berhati-hati sebelum klik butang âorderâ sebelum membeli ubat yang kita cari. Lagipun, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sentiasa mengingatkan orang ramai untuk pastikan semak sebelum klik. Ada banyak isu yang timbul bila ubat senang sangat terjual tanpa kawalan.
Logik tak kalau barang yang dijamin baik, selamat dan bermutu tinggi susah nak dapat? Dalam konteks artikel ini, susah contohnya adalah seperti sama ada produk tersebut adalah produk asli, berdaftar dan diperakui keselamatannya. Jangan terkejut jika produk tersebut yang anda biasa guna adalah produk tiruan bila anda beli terlalu senang untuk di klik dan murah, lebih-lebih lagi di internet ya 
Menurut laman web Program Perkhidmatan Farmasi KKM, antara risiko beli ubat online atau penyebab status produk ubat yang terjual di internet diragui adalah seperti berikut:
- keselamatan , kualiti dan keberkesanannya kepada pengguna tidak dapat dipastikan.
- khidmat nasihat yang lengkap mengenai penggunaan ubat-ubatan tidak diperolehi.
- terdapat risiko pembelian produk palsu yang boleh menyebabkan kematian.
- boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak dijangka seperti alahan yang teruk, sesak nafas secara tiba-tiba atau sesuatu keadaan yang memburukkan lagi penyakit yang dihidapi.
- tiada kesan penyembuhan kerana mengandungi bahan aktif yang salah atau langsung tidak mengandungi bahan aktif.

Memperkenalkan Lembaga Iklan Ubat dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
Di negara ini, setiap promosi iklan ubat dan supplemen kesihatan perlu diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca di sini 20 jenis penyakit yang dilarang untuk diiklankan: Cara Beli Ubat Online
Sekiranya iklan telah ada kelulusan, maka ia adalah iklan yang benar dan boleh dipercayai. Langkah-langkah ini semestinya adalah cara untuk mengurangkan risiko beli ubat online oleh pengguna-pengguna internet.

Antara bahan yang selalu dikesan dalam produk di online adalah seperti berikut. Anda perlu pastikan bahawa produk tersebut perlu didaftarkan terlebih dahulu dengan KKM iaitu ada nombor MAL. Jika anda semak tidak menjumpai nombor pendaftarannya, maka produk tersebut adalah tidak berdaftar dan elakkan daripada membelinya.

Recap: Antara langkah yang boleh diambil untuk Mengelakkan Kesan Beli Ubat Online
Dalam artikel LunaStory âCara Beli Ubat Onlineâ yang lalu, antara ciri-ciri ubat yang berdaftar adalah ubat yang mempunyai kod MAL yang sah serta berpelekat hologram MediTag. Kalau beli di kedai farmasi yang sah, kita boleh masuk kedai dan belek sendiri produk ubat tersebut untuk semak. Kalau beli di internet, kena âorderâ terlebih dahulu dan tunggu barang sampai kepada kita baru boleh semak.

Tahukah anda yang sangat mudah untuk pengguna membuat carian status pendaftaran produk ubat dan barangan kosmetik? Anda boleh melayari laman web ini (link) untuk carian produk berdaftar bernotifikasi.

Carian produk berdaftar di laman ini boleh dibuat dengan menggunakan :
- nama produk
- nombor pendaftaran
- nama pemegang pendaftaran
- bahan-bahan aktif
- nama pengilang
Ataupun, muat turun aplikasi carian ini di Google Playstore dengan kata carian âNPRA Product Statusâ

Mudah kan? Jika anda ingin mendalami isu ini, anda juga boleh menggunakan hashtag #BiarBetulIklanNi! di laman-laman media sosial rasmi kerajaan. Terdapat banyak infografik yang menarik untuk panduan orang awam ya.