Review Filem Redha : Kisah Anak Autisma
Review Filem Redha yang mesti Ibubapa Tonton
Melihat review kawan kawan FB mengenai review filem Redha membuatkan saya tidak senang duduk membuatkan saya kena pergi menontonnya dan membuat review Redha.
Pertama kali dalam usia 34 ini saya menonton movie seorang diri.
Tidak literally seorang diri kerana ditemani Alya.
Sambil meluangkan masa berbual dan berjalan jalan dengannya — Alya redha temankan Mommy tengok ‘Redha’
Movie Redha ialah mengenai sepasang suami isteri Razlan (Nam Ron) dan Alina (June Lojong) yang mempunyai seorang anak berusia 6 tahun bernama Danial (Harith Haiqal) yang tinggal di Terengganu.
“Penafian adalah musuh kebenaran”
Denial is the enemy of truth
Filem arahan Tunku Mona Rizal ini mengisahkan tentang Alina yang mula menyedari kelainan pada anak mereka.
Danial suka bermain sendiri dan mempunyai masalah komunikasi verbal dan non verbal.
Dia boleh mendengar dan akan mengulang semula sebutir-sebutir perkataan yang didengarinya samada baru didengari atau minggu lepas.
Untuk mendapatkan Danial melihat anak mata kita adalah sangat sukar (atau hampir tiada kemungkinan).
Anak autistik tidak sukakan eye contact.
Mereka juga sukakan kelakuan berulang (repetitive behaviour) seperti pergerakan tangan terawang awang.
Berdepan dengan suaminya Razlan yang pada mulanya tidak dapat menerima anak mereka ‘tidak sempurna’ — adalah tidak mudah bagi Alina.
Berulang- alik Alina ke Kuala Lumpur untuk berjumpa pakar kanak kanak ditemani adiknya Sasha (Nadiya Nisa).
(Surprise sangat bila pelakon June Lojong memang seiras dengan Nadiya Nisa! Macam adik beradik. Haha suka gosip artis betul)
Tiada pelakon cantik dan handsome mahupun hijabista.
Ianya movie kehidupan seharian.
Ia membawa mesej yang besar kepada kita para ibubapa dan masyarakat.
Sewaktu menonton untuk review filem Redha ini hanya lebih kurang 10 orang menonton didalam panggung.
Saya duduk bersebelahan pasangan bangsa Cina yang membawa anaknya berusia lebih kurang 7 tahun yang autisme menonton movie ini.Saya melihat keluarga kecil yang menonton bersama saya juga adalah review Redha sebenar.
Menonton kesukaran Alina mengendalikan Danial yang makan makanan yang sama setiap hari, baring di lantai bila mahunya, buang air ditempat awam dan hilang di mall membuatkan air mata kami (sepanggung) sangat murah.
Melihat bagaimana mudahnya masyarakat kita menuduh ‘tidak pandai jaga anak’ (poor parenting) seseorang tanpa memahami apa yang mereka lalui.
Siapa yang mendaftar mahu anaknya autisme?
Siapa yang mahu anaknya tidak sempurna?
Pelakon cilik Danial (Harith Haiqal) sangat pandai memainkan wataknya sempat membuatkan saya keliru adakah dia benar benar autistik jadi bagaimana dia menerima arahan haha maafkan saya.
Saya cuma kagum.
Rupanya pelakon ini melihat dan mengikut gaya 2 orang kanak-kanak autistik seperti bagaimana mereka makan, bagaimana mereka mandi dan bagaimana mereka baring di lantai dan lain lain.
Anak autistik tak suka bising dan mereka sangat cepat belajar.
Permainan seperti lego, membina sand castle, memasukkan manik ke dalam benang dan membuka katup butang adalah sangat penting untuk motor skil anak anak ini.
Danial membesar dalam dunianya. Mengelap pipi apabila dicium sesiapa walaupun ayah ibunya.
Deria mereka juga sangat kuat — seperti bau sesuatu makanan atau perasaan seseorang.
Spektrum untuk anak anak ini sangat luas daripada mild (tidak serius) kepada severe (serius).
Kebanyakannya tidak bercakap dalam ayat yang penuh.
Autisme tidak boleh dirawat namun berita baiknya ia boleh diperbaiki keadaannya.
Ramai anak autisme yang telah berjaya dan kebanyakan daripada mereka mempunyai perubahan yang semakin bagus apabila dikesan dengan lebih awal.
Cerita ini turut memperkenalkan sebuah sekolah untuk anak autisme iaitu NASOM.
Detail mengenai NASOM di link ini
Anak anak yang mengidap autisme ini sangat cepat menyerap sesuatu yang mereka tonton contohnya apabila menonton program atau kartun dalam bahasa Inggeris — mereka akan berkomunikasi dalam bahasa itu.
Ini kerana English mempunyai 48 phonics (lebih sedikit berbanding bahasa lain).
Kelebihan mereka boleh jadi dalam bentuk fotografik, muzik mahupun bahasa.
Banyak momen yang membuatkan penonton tersentuh didalam movie Redha ini.
Dahulu kita tidak tahu tentang autisme kan, hanya ada pandai atau bodoh.
Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlukan sokongan dari ahli keluarga dan juga masyarakat.
Kita sangat memerlukan ramai orang baik dan kebaikan tersebar berbanding prasangka dan tuduhan.
We need more kindness from people surrounding us.
Kata Mak Jah dalam movie ini “Sempurna atau tidak terimalah dengan redha.
Tak semua bernasib baik dapat anak syurga”
Anak autistik memerlukan constant communication atau komunikasi berterusan.
Ianya perlu jelas dan di ulang beberapa kali.
Mereka tidak faham ‘duduk betul-betul’ itu bagaimana. Apa yang betul?
Begitu juga cara menguruskan diri seperti menggosok gigi dan mandi.
Kanak kanak autism sangat rigid.
Mereka hanya makan apa yang mereka suka dan hanya buat apa yang dia suka.
Sangat sukakan apa yang mereka sukakan.
Dalam movie ini Alina membantu membuatkan Danial fokus melalui apa yang disukainya.
Danial sukakan dolphin (ikan lumba lumba) lalu ibunya membuatkan buku cerita tentang Danial dan Dale si ikan lumba lumba.
Danial juga sangat sukakan air dan berenang.
“Bertahun aku bertanya kepada Tuhan kenapa aku?
Kenapa aku tak dapat kehidupan yang sempurna.
Namun hari ini aku faham bahawa anak yang tidak sempurna ini membuatkan ku sempurna.”
RazlanBila kita redha dengan apa yang tidak sempurna, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk kita.
Redha. Beautiful Pain.
Ianya adalah MESTI TONTON.
10 orang didalam panggung itu menangis bersungguh sungguh.
Ianya mungkin tangisan kesyukuran, keinsafan mahupun sebuah kasih sayang.
Pasangan berbangsa Cina dengan anak autisme ialah orang yang terakhir meninggalkan panggung.
Dan mereka juga seperti saya — tenggelam dalam tangisan dan kesyukuran.
Mereka suami ister memeluk erat anak itu sewaktu melangkah keluar panggung.
Mata isterinya masih basah dengan air mata.
Saya memandangnya dengan pandangan
Kita bukan Melayu, India, Cina mahupun Japanese.
Kita adalah manusia.
Tulisan Dr Suriyakhatun dari FB nya untuk Review Filem Redha
Semalam anak saya ajak saya tonton cerita di panggung wayang. Saya jarang sekali ke panggung wayang namun kali ini saya ikut saja.
Malang sekali tidak ramai yang mahu menonton cerita yang sudah tentu sedih ini.
Tidak ada orang kaya sebagai hero, tidak ada wanita ayu dan jelita.
Yang ada orang biasa menjalani hidup biasa dan mendapat masaalah luar biasa.
Pelakon yang memegang watak anak autisma memang berlakon berdasarkan watak anak yang sebenar dan kita boleh lihat sendiri ciri-ciri autisma.
Antaranya:
1. Tidak bertentang mata
2. Bercakap sepatah-sepatah saja dan lambat bercakap serta buat bunyi tanpa makna, ulang perkataan yang sama dengan tidak mempunyai tujuan memberitahu sesuatu.
3. Bercakap bahasa Inggeris dengan telo sekali.
4. Membuat pergerakkan dengan tangan, suka ketuk-ketuk dan pergerakkan keras dan mungkin clumsy atau akward
5. Tidak tahan bunyi kuat atau bising.
6. Boleh mendapat sawan
7. Tidak dengar kata atau tidak faham arahan pada umur yang sepatutnya sudah boleh.
8. Sensitif pada gula akan mengamuk, hyperatif atau tidak boleh tidur jika makan yang manis
9. Tidak kenal bahaya.
10. Ada kesitimewaan seperti memori yang fotografik atau belajar skil dengan mudah ( dalam cerita ini berenang)
Ini yang dalam cerita ini tetapi banyak lagi yang boleh dikaji .
Anak autisma selalunya ada masalah penghazaman dan mungkin ada alergi pada kulit . Antara yang saya akan telitikan sebagai tanda pemulihan atau penyembuhan adalah apabila anak autisma menambahkan ‘range’ makanannya dan perubahan positif pada najisnya.
Selain ini tanda pemulihan adalah:
-Kurang sensitif pada bunyi.
-Mula boleh bertentang mata
-Daya komunikasi yang meningkat
Pendekatan yang berjaya adalah pendekatan pelbagai:
1. Nutrisi
2.Terapi : contohnya ” Cognitive Remedial Therapy” dan Occupational therapy.
3.Saya sendiri merawat dengan ubat homeopathy. Ada buku yang di tulis oleh seorang ibu, Dr Amy Lansky ( Dr phd) yang mencatatkan penyembuhan anaknya Adam dengan kaedah homeopathy. Nama buku “The Impossible Cure”. Dr Lansky pernah berhubung dengan saya dan saya ada berikan input dalam bukunya ini .
Ada ramai lagi anak-anak autisma yang belum didiagnos dan ada juga anak-anak dan juga dewasa yang ada ciri-ciri autisma yang tidak berapa berat tetapi menjejaskan kebolehan mereka berkomunikasi dengan keluarga dan masyarakat.
Bila kita mulai kenali ciri-cirinya, ia akan mudahkan kita cari solusinya.
Jika ada anak yang perangainya pelik, bawalah ke doktor pakar kanak-kanak untuk mendapatkan penilaian
Rujukan Dr
Semoga review Redha ini dapat membantu ibu bapa yang mencari informasi.