Review Filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda

February 20, 2020 by No Comments

Tim penulis LunaStory menerima jemputan untuk Review Filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda yang merupakan filem pertama terbitan A. Aida dibawah arahan Bade Hj Azmi.

Review filem ini MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER dan pembaca dicadangkan membaca semula tulisan ini selepas menonton filem Ratu Kala Jengking ini di pawagam pada 27 Februari 2020.

Membesar dengan filem Bade Hj Azmi, hasil arahan beliau selalunya tidak mengecewakan cuma kali ini genre yang berbeza. Biasanya Bade mengarah filem berbentuk aksi.

Review Filem Ratu Kala Jengking
Pengarah filem Ratu Kala Jengking : Ratu Keranda – Bade Hj Azmi

“Filem ini bukan mudah untuk diarahkan kerana pelakonnya sampai 30 orang! Cukup ramai untuk sebuah filem.”

Bade Hj Azmi

Lokasi Penggambaran Filem Ratu Kala Jengking : Ratu Keranda

Penggambaran filem ini mengambil masa lebih kurang 30 hari di Sedeli, Johor.

Barisan Pelakon yang menjayakan filem ini bukan calang-calang orangnya. Kombinasi pelakon baru dan pelakon sedia ada memberikan nilai tambah dalam filem ini.

NADIA BRIAN – Cik Siti
DATUK FIZZ FAIRUZ – Pak Kulim
AMAR ASHRAF – Nadim
MAS KHAN – Awang
FIRMAN SIAGIAN – Firman
EYRA HAZALI – Mawar
OCTAVIA MANROSE – Teratai
DAYANG AREEDA – Nenek Kebayan
APRENA MANROSE – Ana
FAUZIAH NAWI – Mak Embun
ROSLAN SALLEH – Tok Ketua
DATUK AHMAD TARMIMI SIREGAR – Tok Imam
RAJA AZMI – Mak Kiah
TAHA WAHID – Sulong
MAK WAN LATAH – Mak Limah
PUTRA AMARIS – Dolah
REZA HASBI – Mamat
AZAM PITT – Samad
AMAN NASSIM – Taha
MAS HADZEEM – Amin
LAN SIRO – Daud
KHATY AZEAN – Mak Esah
AFZAN – Alias
QAZEM NOOR – Tok Dukun Sidek
MAAROP – Tok Dukun Kasim
BADRUL MUHAYAT – Badrul Muhayat
AISYAH ATAN – Aisah
IKHLAS JALIL – Malik
NAFIEZ ZAIDI – Adam
FAD ANUAR – Orang Bergerutu

Panjangkan senarai nama pelakon dalam filem ini? Sebagai penonton memang kita akan rasa berbaloi kerana hampir semua watak yang bersuara walaupun sekadar mengangguk kepala adalah wajah yang kita kenali dan biasa berlakon dalam drama dan filem.

Pendahuluan

Pembukaan sesebuah filem adalah kekuatan yang memberikan impresi baik atau sebaliknya kepada penonton.

Intro yang menarik bagaimana gadis cantik Siti menjerit apabila ditumbuhi biji ruam besar di wajahnya. Sorotan bumbung rumah kayu yang besar dikampung memberikan kita idea yang Siti ini bukan dari keluarga biasa-biasa.

Kesedihan yang dialami

“Mati lebih baik.”

Siti

Hatinya kecewa bila kekasih hati selama ini, Awang meninggalkannya kerana tak suka dengan wajah Siti.

Muzik Skor bagi filem ini adalah Yusry Abd Halim yang merupakan sebuah nama yang disegani dalam industri seni. CGI juga adalah hasil kerja KRU Production.

Sedutan Siti kecewa dengan sikap Awang cukup ringkas namun padat. Masa muzik masuk pun cun. Rasa sedih bertukar bahagia hanya dalam beberapa saat waktu Siti mula bersahabat dengan Nadim.

Runut bunyi yang baru iaitu lagu Luluh oleh Khai Bahar sewaktu Nadim kecewa adalah pelik dengan suasana lama menyedari ianya adalah lagu baru dan filem ini adalah filem lama.

Ada juga muzik baru sewaktu Siti kecewa suami seterusnya juga meninggal dunia namun muzik itu macam ok. Masa tu lagu Ernie Khairi.

Tapi paling best bila Firman nyanyi lagu ni

“Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku”

Firman
Siti memujuk ibunya untuk mengizinkannya pergi bertemu Nenek Kebayan

“Siti tak sanggup hidup macam ini lagi. Siti sanggup mati.”

Siti

Jalan terakhir Siti untuk berubat wajahnya ialah berjumpa Nenek Kebayan di Gunung Panti. Perjalanan mengambil masa lima ke enam hari untuk ke sana.

Busana dan Solekan Pelakon

Secara peribadi, penulis menyukai hampir semua busana yang dikenakan oleh pelakon-pelakon dalam filem ini. Terutama sekali busana Nadia Brian (yang memainkan watak Siti). Ianya sopan dan manis dipandang mata sebagai gadis Melayu.

Solekan Siti juga cantik dan natural. Ada juga solekan ruam biji di wajah yang tidak berapa real di permulaan filem namun selepas itu ruam biji itu nampak seperti penyakit yang sebenar.

Pemandangan dalam Filem

Sorotan kamera filem Ratu Kala Jengking Ratu Keranda ini memang cantik. Dengan latar belakang Johor, dan permainan lama seperti gasing dan kapal layar di pantai, kita akan merasakan kita berada di suatu tempat lain. Hakikatnya Malaysia itu cukup cantik dengan flora dan fauna yang kita ada.

Pemandangan dalam hutan pun cukup merimbun, hijau dan seronok ditonton.

Kisah Lagenda Siti Bermula

Sekembalinya Siti dari berubat dengan Nenek Kebayan, kehidupannya yang seterusnya bermula. Siti berkahwin dengan Awang, kekasih yang kembali kepadanya.

Satu Demi Satu Suaminya Meninggal Dunia

Suami Siti akan mati pada hari kedua perkahwinan. Ianya bukan kelakar oke. Kesian pun ada dengan Siti yang ketika itu sebatang kara.

Bermula dengan kisah Siti yang mempunyai penyakit sehingga suami-suaminya mati pada malam perkahwinan, ianya disusun dengan cantik. Puas hati penulis berada di dalam pawagam.

Pelik, aneh namun benar. Walaupun sudah empat orang suami Siti meninggal dunia namun penonton belum bosan lagi. Setiap satu daripadanya ada cerita tersendiri.

Sehingga ke akhir filem, Pak Kulim (Fizz Fairuz) datang ke kampung dan mahu berkahwin dengan Siti. Siapa yang tidak mahu?

Saya tidak takut. Ajal maut itu kan ditangan Tuhan?

Firman
Pak Kulim, imam baru di kampung ini mahu menikahi Siti

Filem ini dibarisi oleh ramai pelakon hebat antaranya ialah Fauziah Nawi sebagai ibu, Ahmad Tamimi Siregar sebagai imam. Malah pelakon yang menjadi tetamu semasa majlis perkahwinan Siti juga wajah wajah pelakon yang kita kenali.

Geng orang kampung membawang

Mawar iaitu kawan baik Siti boleh join grup makcik pakcik membawang. Biasanya orang muda dan anak dara pula tu tak dapat beri pendapat dalam kumpulan makcik pakcik, namun tidak untuk Mawar haha.

Badrul Muhayat pun ada untuk gali kubur suami Siti yang meninggal dunia.

Mak Esah (lakonan Kathy Azean) juga menghiburkan. CGI nya tidak banyak namun cukup pada keperluannya.

Apa yang Menarik untuk Review Filem Ratu Kala Jengking : Puteri Keranda

Daripada mula cerita penulis sudah mula sukakan Nadia Brian. Raut wajah kecewa dan gusarnya tidak dibuat-buat dan cukup natural.

Bila dia senyum, kita rasa ianya adalah harapan. Dalam gelap pun Siti (Nadia Brian) ni lawa! Dan penulis sukakannya bukan kerana dia lawa sahaja namun bakat dan kesungguhannya memang terserlah.

Review Filem Ratu Kala Jengking
Nadia Brian sebagai Siti

Manis Sangat untuk Review Filem Ratu Kala Jengking

Ramai penonton teruja bila Fizz Fairuz keluar di hujung cerita sebagai suami Siti yang seterusnya iaitu yang ke 100!
Hanya dua syarat yang dikenakan oleh Siti untuk menjadi suami ke seratusnya.

1 adalah keranda dan yang kedua ialah tiga kaki kain kapan perlu disediakan.

Syarat daripada Fizz Fairuz pula ialah dua juga.

Belajar mengaji dengan solat sebelum berkahwin.

Review Filem Ratu Kala Jengking

Pengajaran Dalam Filem

Ketawa ketawa juga. Gamat panggung bila tiap kali bomoh keluar dalam babak.

“Jangan ingat semua bomoh buat kerja jahat. Tak masuk syurga kalau santau orang!”

Tok Alim

Antara elemen teguran dalam jenaka filem Ratu Kala Jengking Puteri Keranda ini.

Sedikit Kekurangan Filem

Mana ada filem yang sempurna. Seperti juga kita. Namun penulis tuliskan sebagai nota dan teguran.

Ini cerita lama namun ada juga dialog yang muda dengan slanga. Jadi sekejap kita percaya ini adalah zaman dahulu, namun masih slanga hari ini seperti “Kau jangan degil boleh?”
Ada juga “Sekarang dia nak kat aku, kau nak cakap apa?”

Mungkin juga dari dulu orang bercakap begitu kan, siapa tahu.

Adegan yang Tidak Perlu

1. Filem Melayu lama biasanya memerlukan pelakon berkemban dan mandi di dalam air. Serasa ianya tidak perlu lagi dalam tahun 2020 dan seterusnya.

2. Kain yang Siti pakai juga singkat ketika mencari Nenek Kebayan sehingga tersingkap menampakkan betisnya. Namun kali seterusnya dia mencari Nenek Kebayan, beliau berseluar. Ini lebih praktikal untuk berjalan dalam hutan.

2. Babak Siti berubat dengan Nenek Kebayan seakan tidak perlu. Dalam sinopsis dikatakan Siti pergi menuntut ilmu pertahanan. Pergerakan Siti masih lembut dan belum tampak cergas.

3. Babak Alias dan isterinya bergaduh kerana belum mempunyai zuriat juga agak didramakan. Concern isteri Alias untuk tidak mahu suaminya menimpa nasib yang sama ataupun sebenarnya beliau kecewa tak mahu berkongsi suami agak longgar dan mengelirukan.

Review Filem Ratu Kala Jengking

4. Babak Ustaz yang bertarung dengan orang Ratu Kala Jengking itu agak mengambil masa. Ratu Kala Jengking keluar di hujung sangat untuk memadankan dengan tajuk filem.

Keranda juga keluar pada hujung cerita. Jika tajuk ini Siti Suami 99 maka lebih lama penonton dapat menikmati tajuk ini bersama-sama haha.

Pengajaran

Mohonlah pertolongan dari Allah. Bila kita minta tolong dengan jin, bomoh dan syaitan, ianya adalah syirik.

Terbaik Dalam Review Filem Ratu Kala Jengking

Namun janji yang Nenek Kebayan minta Siti tunaikan waktu Siti mahu berubat adalah sebuah janji yang hebat dan kekuatan dalam filem ini.

Review Filem Geran disini.

Review Filem Wira dari NikNock.My disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.